... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, March 26, 2020

PELAKSANAAN KERJA KEWANGAN DAN AKAUN KPM SEPANJANG TEMPOH PKP

PERTANYAAN PELAKSANAAN KERJA  KEWANGAN DAN AKAUN KPM SEPANJANG TEMPOH PKP

Pihak PTJ di bawah KPM di dalam Kumpulan Sarana Pen. Akauntan KPM  seluruh Malaysia telah mengadakan berbincangan berkaitan pelaksanaan kerja kerja kew dan akaun di sepanjang tempoh PKP. Kami  ingin mendapatkan pencerahan dan maklumbalas dari pihak pengurusan KPM  seperti di berikut:

1. Adakah terimaan Sewa Kantin bagi Mac dan April 2020 boleh diteruskan seperti biasa dan bagaimana kaedah pengiraan  bayaran adakah mengikut hari atau bulanan spt  perjanjian kontrak. Bolehkah terimaan secara cdm@online transfer dibenarkan;

Jawapan:Sewa kantin bulan Mac dan Apr tunggu dahulu. Mungkin ada perkembangan terkini drp YBM atau Kementerian.


2.  Pembayaran bagi Gaji Guru Ganti/Pekerja Sambilan  mengikut FAQ BA KPM yg telah dikeluarkan. Adakah boleh diguna pakai diperingkat ptj kpm negeri negeri.


Jawapan:Edaran berhubung gaji adalah hanya terpakai dalaman KPM sahaja, hanya PTJ Lembah Klang sahaja. PTJ Negeri perlu berhubung dengan AO masing2 bagi mendapatkan nasihat dan tatacara dalam tempoh PKP ini.



3. Pembayaran PKK dan KBK bagi tempoh PKP adakah boleh dibayar6 penuh atau  dibayar mengikut hari pelaksanaan tugas tersebut sahaja;

Jawapan:
Pembayaran kontrak KBK adalah mengikut terma dan syarat dalam dokumen perjanjian iaitu berdasarkan perkhidmatan yang diberikan, melainkan terdapat dasar Kerajaan yang terkini...manakala bagi PKK adalah seperti biasa.

4. Pembayaran TnT bln Mac adakah diteruskan spt tempoh biasa atau ada pengecualian tarikh. Penerimaan dokumen sblm 10hb (AP100);

5. Pembayaran OT bln Mac adakah diteruskan spt tempoh biasa atau ada pengecualian dlm tempoh PKP ini;

6. Tempoh penyediaan kew320 bagi Tunggakan kenaikan gaji Januari adakah mengikut tempoh yang dikeluarkan sebelum ini dan semua jenis perubahan termasuk stop gaji pesara bulan April;

Jawapan: Semua jenis tindakan adalah dibenarkan bagi tindakan bulan April 2020 beserta dokumen sokongan lengkap. Tempoh bagi kuncimasuk Kew.320 adalah berdasarkan jadual pemprosesan gaji yang diedarkan bagi bulan April 2020. Proses penahanan gaji hendaklah dibuat sekiranya tindakan penamatan/lain-lain tidak dapat dilaksanakan bagi bulan April 2020.

7. Status bagi tindakan PA40 bagi pesara dan kakitangan yg meninggal dunia(serta merta) sepanjang tempoh PKP.

Jawapan:Tindakan penamatan boleh dibuat di HCM sekiranya dokumen adalah lengkap termasuk Kew.8. Sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap, PTJ perlu buat penahanan gaji bagi pegawai tersebut dan membuat kutipan bagi amaun potongan yang telah dibuat.


8. Status tarikh Penghantaran penyata kewangan thn 2019 ke BAS KPM adalah pd 31 Mac; adakah boleh dilanjutkan.

*Jawapan:
Pihak sekolah yg masih belum menghantar penyata kewangan sekolah perlu menghantar penyata tersebut selepas PKP iaitu pada 15 - 30 April 2020.

9. Status tarikh penghantaran ebil / Penyesuaian amanah/vot/hasil/deposit dan ABT (BKew). Adakah tarikh masih sama atau terdapat perubahan tarikh baru.

10. Proses kunci masuk Dokumen KEW320 dan simulasi gaji april dan Mei 2020  mengikut tempoh yg dimaklumkan dlm FAQ BA KPM.  Adakah terdapat perubahan terbaru.

Jawapan:Pengurusan bayaran emolumen adalah berdasarkan kepada edaran BA sebelum ini. Tiada perubahan. PTJ adalah diingatkan untuk semak emel setiap hari sekiranya ada perubahan terikini daripada pihak JANM. PTJ akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh PKP.


11. Status tempoh penghantaran Sijil panjar bulanan;adakah terdapat tarikh lain.

12. Status tempoh penghantaran dokumen DAT bulanan; adakah terdapat perubahan tarikh lain.

Jawapan:
Penghantaran DAT dilanjutkan tertakluk kepada arahan kerajaan iaitu 10 hari selepas tamat tempoh PKP berakhir. Sebagai contoh, sekiranya tempoh PKP tamat pada 14 April 2020, DAT mestilah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 April 2020.

13. Bagi pembayaran AP58(a) yang telah diluluskan perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan. bolehkah diberi pelepasan sehingga selesai tempoh PKP;

14.  Status bagi permohonan AP58(a) yang dikuiri dan belum sempat dijawab adakah boleh diteruskan utk dikunci masukdlm tempoh PKP;

15. Sekiranya PTJ hadir ke pejabat sepanjang tempoh PKP dgn kebenaran KJ adakah dokumen tersebut akan disemak oleh  BA KPM / AO negeri.

Jawapan
Semakan dari ao BA KPM berjalan seperti biasa.

Mohon perhatian dan pertimbangan tuan sewajarnya.

Terima Kasih.
Admin SPA KPM GROUP
25 Mac 2020

No comments:

Post a Comment