... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Respon 3

MGB terpanggil untuk sama-sama berganding bahu bersama kerajaan membendung penularan virus COVID-19 dengan cara menyebarkan maklumat.  Semoga ia membantu.




Cabutan Surat KPM.S.400-10/3/4/JLD 19 (32) bertarikh 17 Mac 2020 yang dikeluarkjan. oleh BPPA

Berikutan terdapat maklumat terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat KPM.S.400-10/3/4/JLD 19 (32) bertarikh 17 Mac 2020 yang melarang Pekerja Pembersihan (KBK) hadir ke sekolah, berikut diberikan cadangan mesej yang telah dikemaskini selari dengan arahan tersebut.  

Cadangan sebaran info kepada guru, AKP, PIBG dan semua ibubapa/penjaga.


As salam dan selamat sejahtera,

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu esok hingga 31 Mac 2020 (Selasa) di seluruh negara maka dimaklumkan bahawa pejabat sekolah dan sekolah akan ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Hanya Pengawal Keselamatan (PKK) yang akan bertugas. Selain daripada mereka, tidak dibenarkan sebarang kemasukan ke kawasan sekolah dalam tempoh itu kecuali dengan izin Guru Besar terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN oleh KPPA bertarikh 17 Mac 2020, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat/sekolah.

Bagi pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, pastikan sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja, sentiasa bersedia sekiranya diarah untuk hadir ke pejabat/sekolah atau mana-mana lokasi lain, dan memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.

Sila patuhi ketetapan kerajaan dari masa ke masa.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK DESA PINGGIRAN PUTRA
17 Mac 2020

Rujukan:
1- JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(2)
2- JPNS.SPD.100-1/9/2 JLD 2 (30)
3- KPM.BPM.S.400-10/3/4/JLD 19 (32)

No comments:

Post a Comment