... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, June 9, 2016

Cara Baharu Menentukan Ranking Dalam SAPS

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah melalui beberapa perubahan pada tahun
2016.  Pertamanya ialah mengenai Julat Markah bagi Gred Subjek dan diikuti dengan penambahan subjek baharu iaitu Bahasa Inggeris Penulisan. Selain daripada itu terdapat juga perubahan besar dalam menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah murid.


Bagi menentukan gred, berikut ialah julat-julat markahnya:

Julat MarkahGredGred PurataTafsiran
80 - 100A1Cemerlang
65 - 79B2Baik
50 - 64C3Memuaskan
40 - 49D4Mencapai Tahap Minimum
0 - 39E5Belum Mencapai Tahap Minimum

Setiap murid akan mengambil 6 subjek (4 mata pelajaran) iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman 
  2. Bahasa Melayu Penulisan 
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman 
  4. Bahasa Inggeris Penulisan 
  5. Matematik
  6. Sains
Gred Purata Calon akan dikira berdasarkan keputusan setiap subjek tersebut.  Sila lihat contoh di bawah.
6A      > (1+1+1+1+1+1)/6 = 1
4A2B > (1+1+1+1+2+2)/6 = 1.33
6B      > (2+2+2+2+2+2)/6 = 2

NoNamaBM PemBM PenBI PemBI PenMatSainsGred SemuaGred Purata PelajarTahap Penguasaan (Keputusan)
1AbuAAAAAA6A1.00Cemerlang
2ChanBAAABA4A2B1.33Baik
3IsmailAABBAB3A3B1.50Baik
4FatiBBBBBB6B2.00Baik
5JefCAAAAA5A1C1.33Memuaskan
6BakarAABCAB3A2B1C1.67Memuaskan
7DanialDAAAAA5A1D1.50Mencapai Tahap Minimum
8KrilDADDDD1A5D3.50Mencapai Tahap Minimum
9GhazDDDDDD6D4.00Mencapai Tahap Minimum
10EusofAAAEAA5A1E1.67Belum Mencapai Tahap Minimum
11HamABCDED1A1B1C2D1E3.17Belum Mencapai Tahap Minimum

Untuk menentukan Kedudukan Dalam Kelas (KDK), keputusan akan disusun mengikut Tahap Penguasaan (dalam slip keputusan dinamakan sebagai Keputusan) yang ditentukan mengikut gred terendah yang diperolehi calon (rujuk lajur Gred Semua - gred terendah calon ialah huruf gred yang paling kanan) dan diikuti dengan susunan Gred Purata Pelajar (GPP).  Rajah di atas adalah no peperiksaan (Kedudukan Dalam kelas) murid mengikut sistem yang baharu sementara di bawah pula ialah KDK berdasarkan sistem yang lama (lebih tertumpu kepada GPP).

NoNamaBM PemBM PenBI PemBI PenMatSainsGred SemuaGred Purata Pelajar
1AbuAAAAAA6A1.00
2ChanBAAABA4A2B1.33
3JefCAAAAA5A1C1.33
4DanialDAAAAA5A1D1.50
5IsmailAABBAB3A3B1.50
6BakarAABCAB3A2B1C1.67
7FatiBBBBBB6B2.00
8KrilDADDDD1A5D3.50
9GhazDDDDDD6D4.00
10EusofAAAEAA5A1E1.67
11HamABCDED1A1B1C2D1E3.17

Ismail dan Fati mendapat manfaat daripada cara kiraan sistem SAPS yang baharu apabila kedua-duanya mendapat tempat yang lebih baik berbanding dengan cara kiraan SAPS yang lama. Cara baharu ini mementingkan gred yang terendah diperolehi oleh pelajar dalam menentukan keputusan peperiksaannya.


2 comments: