Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambah baik akan digunakan. Walau bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Sila kilk pada gambar untuk ke Bahan Persembahan |
Mata pelajaran yang ditaksir dalam UPSR ialah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Bahasa Cina (SJKC)
- Bahasa Tamil (SJKT)
Bagi Sekolah Kebangsaan, pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya terdapat 5 subjek, namun mulai tahun 2016 akan ada 6 subjek apabila mata pelajaran Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 subjek iaitu:
- Bahasa Melayu Pemahaman
- Bahasa Melayu Penulisan
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
- Matematik
- Sains
Pelaporan akhir pendidikan rendah adalah lebih holistik,komprehensif dan bermakna. Terdapat 4 pelaporan yang akan dikeluarkan iaitu:
- Keputusan *UPSR
- Laporan Pentaksiran Sekolah (PBS)
- Laporan Pentaksiran Aktiviti jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Laporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
*Pernyataan Keputusan UPSR dalam bentuk gred A hingga E yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
*Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam bentuk deskriptif yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.Keempat-empat pelaporan ini dikatakan holistik kerana ia merangkumi pelbagai aspek yang diakronimkan sebagai PADI:
- Profile - Pelaporan PPsi
- Achievement - Keputusan UPSR
- Development - Pelaporan PS
- Involvement - Pelaporan PAJSK
Bahasa |
Matematik |
Sains |
Format Instrumen:
Contoh Instrumen:
- 011 Bahasa Melayu - Pemahaman A
- 011 Bahasa Melayu - Pemahaman B
- 012 Bahasa Melayu - Penulisan
- 013 Bahasa Inggeris - Pemahaman A
- 013 Bahasa Inggeris - Pemahaman B
- 014 Bahasa Inggeris - Penulisan
- 015/1 Matematik - Kertas 1
- 015/2 Matematik - Kertas 2
- 018/1 Sains - Kertas 1
- 018/2 Sains - Kertas 2
Perbandingan Format UPSR KBSR/KSSR
No comments:
Post a Comment