... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, December 16, 2017

Panduan 2018 Menentukan Bilangan Minggu Kalender Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan 2017)

Sebelum memulakan kalender persekolahan 2018, Guru Besar perlu menentukan bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing. Kalender akademik ialah minggu-minggu yang ditetapkan berlakunya proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (P&Pc) di sekolah. Ini bermakna kini sekolah telah diberi autonomi dalam menentukan corak perjalanan pendidikan di sekolah masing-masing. Berikut ialah panduan ringkas untuk menyediakan Kalender Akademik.

Tiga perkara asas:
  1. Kalender Persekolahan
  2. Kalender Akademik Sekolah
  3. Muktamadkan Jadual Waktu
    • tetapkan sama ada Tasmik di dalam atau di luar jadual waktu
    • pertimbangkan keperluan tambah/kurang period bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah
    • pertimbangkan berdasarkan bilangan guru mengikut opsyen yang ada di sekolah


1.  KALENDER PERSEKOLAHAN

Saban tahun akan dikeluarkan edaran pemakluman Penggal Persekolahan seperti contoh di bawah. 

Image result for kalender persekolahan 2018
Kalender Persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM

Minggu Persekolahan = 11 + 11 + 8 + 13 = 43 minggu
Cuti Sekolah = 1 + 2 + 1 + 5 = 9 minggu

Daripada situ bolehlah mula membahagi 43 minggu persekolahan dan 9 minggu cuti sekolah dalam jadual Kalender Persekolahan 2017. Tentukan tarikh mula dan tarikh akhir bagi setiap minggu untuk memudahkan semakan sekiranya timbul kekeliruan.  Nombor minggu perlu jelas dan JANGAN masukkan minggu cuti sekolah (diwakili lorekan warna hitam) dalam kiraan Minggu Persekolahan. Jika disemak semula kiraan minggu dalam jadual di bawah, ia perlu tally dengan siaran Penggal Persekolahan di atas.





2.  KALENDER AKADEMIK

Setelah jadual Minggu Persekolahan disiapkan, dapatkan siaran Cuti Perayaan dan Cuti Umum Persekutuan dan Negeri.

Cuti Perayaan yang dikeluarkan oleh KPM




Jadual Cuti Umum di Negeri Selangor


Masukkan cuti-cuti perayaan tersebut ke dalam jadual Kalender Persekolahan. Masukkan juga cuti-cuti umum (diwakili warna merah) bagi memudahkan dilihat sama ada sesuatu minggu itu terlalu banyak cuti umum selain dari menyenangkan pihak yang ingin merancang takwim aktiviti sekolah. Kelihatannya tiada yang melibatkan cuti sekolah penuh seminggu pada tahun ini.

Sekolah perlu memasukkan minggu peperiksaan ke dalam Jadual Minggu Kalender Persekolahan.  Misalnya seminggu untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun (minggu 21) dan seminggu lagi untuk Peperiksaan Akhir Tahun (minggu 39). Rujuk jadual di bawah: 



Guru Besar sekolah ini telah memutuskan untuk mempunyai 35 minggu Kalender Akademik pada sesi persekolahan tahun 2018.  Ini bermakna sekolah boleh memilih 8 minggu untuk tidak menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan.  Di sini ia telah menetapkan:

  1. Minggu 1: Minggu Pengurusan Kelas, APDM dan Budaya Sekolah
  2. Minggu 21: Peperiksaaan Pertengahan Tahun
  3. Minggu 16: Minggu Sukan dan Kerjaya
  4. Minggu 39: Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Minggu 40: Urusan SAPS 
  6. Minggu 41: Hari Jalinan Kasih/Persiapan HAK
  7. Minggu 42: Hari Koakademik - Minggu Keusahawanan
  8. Minggu 43: Hari Anugerah Cemerlang, Hari Graduasi



3.  MUKTAMADKAN JADUAL WAKTU



Setelah ditetapkan bilangan Minggu Kalender Akademik, maka baharulah boleh dirancang bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran seperti yang ditetapkan dalam SPI 8/2016.


Sebelum memulakan kiraan, ada baiknya difahami dahulu tentang maksud petak  bagi jadual tahap 1 dan jadual tahap 2 pada masa ini. Petak sebenarnya merujuk bilangan masa/period dalam jadual waktu. Bagi Tahap 1, pada masa ini (KSSR) bilangan petak seminggu termasuk perhimpunan dan Tasmik ialah 48 sementara bagi tahap 2 pula ialah 52. Sila rujuk rajah di bawah.

Katakan akhirnya kita pilih untuk melaksanakan 36 minggu Kalender Akademik, maka kandungan jadual waktu sekolah kita boleh seperti berikut:
Tahun 1 (Cara kiraan ini terdapat dalam bahan jerayawara KSSR Semakan 2017 oleh BPK)
Bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran ialah di lajur C.  Misalnya mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan 11 masa seminggu, Bahasa Inggeris pula 9 masa minggu, Matematik 6 masa seminggu dan akhirnya Tasmik 2 masa seminggu.  Ini menjadikan jumlah waktu belajar seminggu bagi Tahun 1 ialah 47 waktu.  

Lajur E menunjukkan lebihan/kekurangan jam belajar setahun bagi setiap mata pelajaran.  Jika dilihat, mata pelajaran Bahasa Inggeris dijangka mempunyai lebihan 2 jam belajar dari masa minimum yang ditetapkan berbanding dengan Matematik dan Pendidikan Agama Islam yang mempunyai lebihan 6 jam setiap satu.  Oleh itu penambahan masa bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris mungkin boleh jadi pertimbangan utama bagi sesebuah sekolah untuk memastikan jam setahun dapat dipenuhi.

Jika sekolah bercadang untuk kekal belajar 48 waktu seminggu (sama seperti jadual Tahap 1 2016), maka bolehlah pihak sekolah menambah 1 lagi masa bagi mana-mana mata pelajaran yang dirasakan sesuai dengan sekolahnya.  Namun ambil kira faktor kecukupan guru mata pelajaran yang ingin kita tambah sebelum membuat keputusan. Misalnya andai kata sekolah ini agak lemah dalam Matematik, maka Guru Besar boleh menambah masa belajar 1 masa lagi dalam seminggu bagi mata pelajaran Matematik iaitu bertambah dari 6 masa ke 7 masa seminggu. Maka kini ia akan kelihatan seperti berikut:


Masa Matematik ditambah 1 masa menjadikan masa belajar seminggu ialah 48 masa


Tahun 2 dan Tahun 3
Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Bilangan Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan Bilangan Minggu Kalender Akademik.


Tiga jadual yang berikut menunjukkan keperluan minimum bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran untuk Tahun 1 (KSSR Semakan 2017) dam tahun 2 hingga 6 (KSSR).  Jadual ini hanya menunjukkan pilihan bilangan minggu Kalender Akademik dari 35 hingga 40 sahaja.






No comments:

Post a Comment