... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: Respon 5

MGB terpanggil untuk sama-sama berganding bahu bersama kerajaan membendung penularan virus COVID-19 dengan cara menyebarkan maklumat.  Semoga ia membantu.


Dua surat dari KPM ini
1- KPM.100-1/5/1 Jld. 2 ( 44 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KSU
2- KPM.KPPM.S.100.Jld.3( 42 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KPPM


telah membenarkan Guru Besar untuk menentukan siapa yang benar-benar perlu hadir ke pejabat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan18 - 31 Mac 2020.

Sehubungan itu berikut ialah senarai yang dibenarkan/kehendaki hadir bertugas di sekolah:

1- Pengawal Keselamatan (PK) - kesemua PK hadir bertugas seperti biasa dengan mengamalkan semua langkah melindungi diri dari penularan.

2- Pembersihan Bangunan

Sediakan senarai nama mereka yang terlibat dan keluarkan satu surat kebenaran untuk hadir ke pejabat bagi tujuan pengesahan sekiranya diperiksa oleh Pihak Berkuasa.



Cadangan sebaran info kepada guru, AKP, PIBG dan semua ibubapa/penjaga.


As salam dan Selamat Sejahtera,

As salam,

Dua surat dari KPM ini
1- KPM.100-1/5/1 Jld. 2 ( 44 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KSU
2- KPM.KPPM.S.100.Jld.3( 42 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KPPM

ini maka berikut dimaklumkan esok, 19/3/2020 semua keempat-empat pekerja KBK hadir unbtuk merlakukan tugas berikut:
- mencuci tandas
- menyiram pokok
- membersihkan semua sampah2
- membuat disfektan

Selepas daripada tugasan di atas, hanya tandas OKU yang berhampiran Dewan Terbuka SAHAJA yang boleh digunakan untuk tempoh sehingga 31 Mac 2020 oleh Pengawal Keselamatan dan Pekerja KBK.

Mulai Jumaat, 20/3/2020 hanya seorang pekerja KBK yang dibenarkan hadir setiap hari. Pihak syarikat perlu segera tentukan siapa dan berikan nama kepada saya untuk dikeluarkan surat kebenaran.
Kehadiran harian pekerja KBK tersebut hanya untuk
- menyiram pokok
- mencuci dan disinfektan tandas OKU yang berhampiran Dewan Terbuka

Catatkan kehadiran setiap hari di Buku Kedatangan yang disediakan di pondok jaga
Selepas selesai tugasan tersebut, terus balik. Catat waktu balik di buku kedatangan.

Guru Besar
SK Desa Pinggiran Putra
18/3/2020

No comments:

Post a Comment