... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, March 10, 2020


As salam dan selamat sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa MGB Selangor menangguhkan buat sementara waktu semua program yang membabitkan perhimpunan beramai-ramai seperti Mini Konvensyen dan Majlis Merai Rakan-rakan Bersara yang dijadualkan pada bulan April.

Ini berikutan isu penularan COVID-19 yang mengesyorkan agar semua pihak mengelakkan sebarang aktiviti perhimpunan ramai.

Namun ini hanyalah ketetapan khusus untuk MGB Selangor dan bukannya satu saranan kepada sekolah.

Semua sekolah dipohon agar sentiasa mendapatkan info terkini daripada KPM, Kementerian Kesihatan atau mana-mana agensi berkaitan perkara ini.

Semoga kita semua dilindungi Allah dan dijauhi daripada segala bencana.

Sekian terima kasih.

YDP
MGB Selangor
10/3/2020

No comments:

Post a Comment