Respon 6
As salam dan selamat sejahtera,
1- Dua surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini KPM.100-1/5/1 Jld. 2 ( 44 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KSU dan KPM.KPPM.S.100.Jld.3( 42 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KPPM yang meminta hanya penjawat awam dan pekerja yang terbabit dengan essential services seperti urusan kewangan, keselamatan dan kebersihan dibenarkan hadir ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan segera pulang ke rumah setelah selesai tugasan
2- Maka dengan ini dimaklumkan esok, 19/3/2020 semua keempat-empat pekerja KBK hadir untuk melakukan tugas berikut:
- mencuci tandas
- menyiram pokok
- membersihkan semua sampah2
- membuat disfektan
3- Selepas selesai tugasan di atas esok
- buka hanya tandas OKU yang berhampiran Dewan Terbuka SAHAJA yang boleh digunakan untuk tempoh sehingga 31 Mac 2020 oleh Pengawal Keselamatan dan Pekerja KBK.
- Semua pekerja KBK terus balik
4- Mulai Jumaat, 20/3/2020 hanya seorang pekerja KBK yang dibenarkan hadir setiap hari. Pihak syarikat perlu segera tentukan siapa dan berikan nama kepada saya untuk dikeluarkan surat kebenaran.
Kehadiran harian pekerja KBK tersebut hanya untuk
- menyiram pokok
- mencuci dan disinfektan tandas OKU yang berhampiran Dewan Terbuka
- membersihkan kawasan
- lain-lain tugas yang perlu
5- Catatkan kehadiran setiap hari di Buku Kedatangan yang disediakan di pondok jaga. Selepas selesai tugasan tersebut, terus balik. Catat waktu balik di buku kedatangan.
Ini adalah usaha untuk mengoptimumkan pelaksanaan social distancing bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Semoga usaha kita ini dipermudahkan Allah.
Guru Besar
18/3/2020
No comments:
Post a Comment