... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Friday, April 27, 2018

Modul InTANS 2018


Modul InTANS 2018 ini adalah hasil kerjasama Sektor Akademik JPN Selangor dengan MGB Selangor. Ia mengandungi semua mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Seramai 19 orang guru terbabit menghasilkan modul Matematik,12 orang bagi modul Sains, 10 orang bagi modul Bahasa Inggeris sementara 13 orang terbabit dalam penghasilan modul Bahasa Melayu. Keempat-empat modul ini dijilidkan dalam satu buku dan dinamakan sebagai Modul InTANS 2018.

Modul ini dibina khusus untuk membantu murid SEDERHANA dan LEMAH agar mencapai Menguasai Tahap Minimum (MTM) dalam mata pelajaran teras.   Selain itu, modul ini juga memberi pendedahan dalam aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).  Dengan terhasilnya modul  ini diharapkan agar dapat membantu murid meningkatkan pencapaian MTM dalam UPSR. Modul  yang dibina berdasarkan kaedah ansur maju dan latih tubi soalan berlandaskan soalan KBAT untuk membimbing murid ke arah pemahaman sesuatu kemahiran

Pihak sekolah boleh menggunakan Modul InTANS ini  sebagai bahan tambahan untuk kegunaan  bagi menyokong Program Selangor Terbilang yang mensasarkan kumpulan murid-murid sederhana dan lemah.  Dengan adanya modul  ini diharap dapat  membina keyakinan diri murid dalam  menjawab soalan KBAT dan memupuk minat murid terhadap  mata pelajaran yang dipelajari khususnya murid-murid lemah agar berupaya untuk mendapat sekurang-kurangnya gred D (Menguasai Tahap Minimum) dalam UPSR

Objektif:

  1. Modul ini dapat membantu guru memberi penerangan dan bimbingan kepada murid lemah kaedah dan langkah untuk menjawab soalan (KBAT). 
  2. Beri pendedahan dan melengkapkan diri  murid menghadapi pelbagai bentuk soalan peperiksaan berunsurkan KBAT.
  3. Mengukuhkan pemahaman murid melalui latih tubi berstruktur dan peluang kepada murid membuat latihan mengikut keupayaan.
  4. Memperkukuhkan murid dalam teknik menjawab soalan dan dapat mengingati format jawapan.
  5. Kumpulan Sasaran: Murid  tahap 2 khususnya murid Tahun 6 yang berpotensi untuk mencapai sekurang-kurangnya menguasai tahap minimum.

Harga modul yang mengandungi 268 muka surat ini selepas subsidi oleh MGB Selangor ialah RM10 senaskah.  Dipohon sekolah membuat tempahan awal bagi membolehkan cetakan dibuat dengan bilangan yang mencukupi.  Tempahan boleh dibuat dengan menggunakan borang di pautan ini https://goo.gl/forms/TxCUiM24asmoiyQM2.


Bergantung kepada kuantiti yang dipesan, buku akan dihantar terus ke sekolah.  Invois dikeluarkan atas nama sekolah dan bayaran boleh terus dibuat kepada syarikat pencetak.

Sekiranya telah menghantar borang, pihak sekolah ingin mengubahnya sila hantar sekali lagi borang tersebut. Sistem akan mengambil borang yang terkini.

Mohon kita sama-sama menghormati dan menghargai hasil usaha panel dan mereka yang terbabit dalam mengeluarkan tenaga, kepakaran dan kewangan dengan memastikan tidak dilakukan akitiviti membuat salinan (spt. fotostat) naskah tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Exco MGB Selangor yang mewakili daerah masing-masing.

Tuesday, April 24, 2018

Sumbangan RM35,000 oleh MGB Selangor Sempena Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Selangor

Sukimin Juki: Sumbangan RM35,000 dari MGB Selangor kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk Hari Guru Peringkat Negeri 2018 
1
View photos
You received this mail because Sukimin Juki shared these photos with you. If you no longer wish to receive email notifications of shared photos, unsubscribe here.
Get the Google Photos app

Google LLC
1600 Amphitheatre Pkwy
Mountain View, CA 94043 USA

BOMS: Sumbangan Kebajikan Ahli dari MGB Selangor

Sukimin Juki: BOMS: Sumbangan Kebajikan Ahli kepada En Kamsani bin Sahlan dari MGB Selangor kerana masuk wad di Hospital Seremban 
View photo
You received this mail because Sukimin Juki shared these photos with you. If you no longer wish to receive email notifications of shared photos, unsubscribe here.
Get the Google Photos app

Google LLC
1600 Amphitheatre Pkwy
Mountain View, CA 94043 USA

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Langat 2018

Tarikh : 24 April 2018
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 Tengah hati
Tempat : Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tema : "Guru Pemaju Transformasi Pendidikan"


GIMIK PELANCARAN



LAFAZ IKRAR & NYANYIAN LAGU " GURU MALAYSIA"



BUKU PROGRAM








Sunday, April 22, 2018

Saturday, April 21, 2018

Program Pengantarabangsaan

#KitaSerumpun#
Malaysia Indonesia ( Bandung)
18-21 April 2018
Sekolah-sekolah Zon Barat Daerah Kuala Langat
SK Sri Langat
SK Bandar
SK Bandar Banting
SK Permatang Pasir
SK Sg Buaya
SK Seri Lanang
SK Kanchong Darat

Program Bersama Bank Rakyat dan LHDN

Program peningkatan ilmu berkaitan Pengurusan Kewangan dan Pelepasan Cukai
18/4/2018
Sasaran: Semua guru besar SK,  SJKT dan SJKC
Di SK Kanchong Tengah

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat

Sambutan Perayaan Hari Guru 2018
18 April 2018

2.00-5.00 petang
Tempat di ILP, Banting

Pertandingan Boling Amal Sempena Hari Guru Negeri Selangor 2018

Pada 19 April 2018 telah berlangsung pertandingan boling tersebut yang dianjurkan oleh PPD Kuala Selangor. Pertandingan diadakan di Space U8, Shah Alam,

MGB Selangor turut menyertainya dan telah diwakili oleh En Sukimin bin Juki, En Abd Rahman Marhaban dan En Rosman Mansoor.

Tuan Pengarah menyampaikan cenderamata kepada pasukan
Boling MGB Selangor

Sebelum balingan mula
Minum bersama Tuan Pengarah dan Penganjur sebelum ke gelanggang boling