... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: Respon 7


Berikutan keluarnya Dokumen Soalan Lazim (FAQ'S) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020, maka COVID-19: Respon 6 adalah terbatal.  


PENTING
Assalamualaikum Tuan/Puan KPPD,

Saya ingin mengambil perhatian Tuan/Puan terhadap Para 4a berkaitan Perkhidmatan KBK di Sekolah-Sekolah.

Jelas FAQ ini telah memutuskan agar perkhidmatan KBK hanya pada 30/3 dan 31/3 sahaja. Oleh yang demikian, pada 19/3 hingga 29/3, pekerja perkhidmatan KBK *tidak perlu hadir *.
Sekian dimaklumkan.

KPPK (SIP)

Sk- Pengarah Pendidikan Negeri Selangor


Memo Kepada KBK dan PKK

As salam dan selamat sejahtera,

1- Dokumen FAQ'S daripada KPM bertarikh 18 Mac 2020 memperincikan apa yang terkandung dalam dua surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia  ini KPM.100-1/5/1 Jld. 2 ( 44 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KSU dan KPM.KPPM.S.100.Jld.3( 42 ) bertarikh 17 Mac 2020 dari KPPM mengenai status perkhidmatan kebersihan dan keselamatan di sekolah.

2- Sehubungan itu, Memo sebelum ini mengenai jadual bertugas kebersihan adalah terbatal.  Mulai esok semua pekerja pembersihan KBK tidak perlu hadir ke sekolah.

3- Pekerja pembersihan dikehendaki hadir semula bertugas seperti biasa pada 30 dan 31 Mac 2020.

4. Pengawal keselamatan bertugas seperti biasa.

Ini adalah usaha untuk mengoptimumkan pelaksanaan social distancing bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Segala kesulitan amat dikesali.  Semoga usaha kita ini dipermudahkan Allah.

Guru Besar

18/3/2020
8.58 pm

No comments:

Post a Comment