... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: Ayuh Sama-sama Bantu Selamatkan Malaysia

SELAMATKAN MALAYSIA🇲🇾

Salam Sejahtera;

Murid sekolah dicutikan 14 hari, sayangnya ramai orang yang tidak memahami.

Kenapa 14 hari dan untuk apakah 14hari tersebut❓


  • 14 hari itu sangat penting dan marilah kita patuhi 14 hari itu.
  • 14 hari itu mampu menghentikan PENYEBARAN Covid-19.
  • 14 hari itu mampu menyelamatkan ribuan orang.


MENGAPA❓

Penjelasannya begini:

  • Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama 14 hari, jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.
  • Cuti 14 hari dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 daripada terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI 14 hari tersebut.


Contoh:
Seorang murid mula cuti 16 Mac selama 14 hari, dia akan mula ke sekolah pada hari ke-15.  Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan-jalan ke kawasan yg berisiko dengan Wabak Covid-19, mungkin pada hari ke 14/15 belum ada tanda-tanda dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan berpotensi menjangkiti andai dia masuk sekolah pada hari ke-15.

Maka 14 hari cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.

Untuk itu, semua orang harus bekerjasama, semua warga MALAYSIA🇲🇾 harus membantu, iaitu patuh untuk tidak ke mana-mana dalam tempoh 14 hari itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.

Waktu 14 hari itu, berguna untuk saling memantau, jika ada orang yang menunjukkan gejala-gejala serangan Covid-19, mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.

Jadi, mari kita mengisolasi diri, untuk diri sendiri dan orang lain,  mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.

Mohon bantu jelaskan kepada orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk menghentikan penularan Covid-19.  Jika tidak, CUTI 14 hari itu akan SIA-SIA, malah CUTI 14 tahun pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.

Semoga kondisi dunia akan pulih.

*C&P dari viral di media siosial

No comments:

Post a Comment