... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, March 28, 2020

COVID-19: SOALAN LAZIM (FAQ’S) BERKAITAN PELANTAR PEMBELAJARAN KPM MOE-DL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

SOALAN LAZIM (FAQ’S)
BERKAITAN PELANTAR PEMBELAJARAN KPM MOE-DL 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 


GURU

1. Bagaimana bahan-bahan PdP boleh diakses secara dalam talian?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan MOE-DL yang telah dibekalkan oleh KPM melalui JPN dan PPD. 

2. Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat masalah berkaitan ID MOE-DL?
Admin di sekolah.

3. Jika bahan-bahan tersebut tidak dapat diakses, siapakah yang boleh dihubungi? 
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, Whatsapp: 012-469 6382/012-469 6042/019-240 2493 atau e-mel kepada ihd@moe.gov.my / gchelpdesk@moe-dl.edu.my.

4. Bolehkah semua bahan-bahan tersebut dimuat turun tanpa had?
Ya. 

5. Bolehkah bahan-bahan yang disediakan sendiri dikongsi dalam pelantar MOE DL?
Ya. Guru boleh berkongsi bahan PdP di Menu Guru dalam Ruang Ilmu.

6. Adakah bahan-bahan pembelajaran ini boleh diakses secara percuma?
Ya. 

7. Dimanakah aplikasi dan sumber bahan PdP semasa situasi seperti COVID-19 bagi mengadakan kelas pembelajaran maya boleh diperoleh?
Pelantar Pembelajaran Digital khususnya di ruang (site) Pembelajaran Digital@rumah (COVID-19) dalam menu guru.

8. Apa yang ada dalam ruang Pembelajaran Digital@rumah (COVID-19) dalam menu guru?
Pautan aplikasi untuk PdPc digital guru (Google dan Microsoft), Belajar Kendiri (Infografik & poster, Webinar Google dan Microsoft), Panduan mengajar (Video), perkongsian bermakna-sharing is caring (Ruang Ilmu), Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Buku Teks Digital) dan KPM Play (Gamifikasi).


MURID

1. Adakah KPM menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara dalam talian?
Ya, melalui portal MOE-DL – http://www.moe-dl.edu.my.

2. Bagaimana saya dapat akses kepada bahan-bahan tersebut?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna murid dan kata laluan MOE-DL yang telah diedarkan oleh guru kelas.

3. Apakah bentuk bahan-bahan pembelajaran yang boleh diakses?
MOE-DL menyediakan akses kepada buku teks digital, video pembelajaran (EduwebTV/CikgooTube), KPM Play(permainan berasaskan pendidikan secara dalam talian dan offline), pautan aplikasi seperti WolframAlpha (enjin jawapan), dan Tinkercad (reka bentuk dan coding).

4. Adakah bahan-bahan pentaksiran disediakan dalam pelantar ini?
Ya. 



IBU BAPA

1. Bolehkah ibu bapa akses kepada bahan-bahan pembelajaran? 
Ibu bapa boleh mengakses EduwebTV melalui pautan http://eduwebtv.moe.edu.my/ dan video CikgooTubemelalui pautan http://bit.ly/cikgootube

2. Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang bahan-bahan pembelajaran ini?
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, Whatsapp: 012-469 6382/012-469 6042/019-240 2493 atau e-mel kepada ihd@moe.gov.my / gchelpdesk@moe-dl.edu.my.

3. Adakah bayaran dikenakan kepada ibu bapa yang mengakses dan memuat turun bahan pembelajaran ini? 
Tidak. 

4. Adakah bahan pembelajaran ini boleh diakses sepanjang masa atau pada waktu tertentu sahaja?
Boleh diakses sepanjang masa. 



Disediakan oleh :

Kementerian Pendidikan Malaysia
27 Mac 2020




LAMPIRAN

PAUTAN TERUS KE BAHAN PEMBELAJARAN


BIL
PERKARA
PAUTAN
CATATAN
1
Pelantar MOE-DL
Portal sehenti pelantar PdP, bahan PdP dan aplikasi untuk PdP.
2
EduWebTV*
Portal rasmi EduWebTV.

Channel rasmi Youtube EduWebTV KPM.

3
Cikgootube*
Perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru-guru KPM dari seluruh negara.
4
Portal e-Guru*
Portal video amalan pengajaran terbaik sebagai rujukan guru-guru
5
Buku Teks Digital Asas (BTDA)
Diakses melalui pelantar MOE-DL, menu Murid/Guru, Buku Teks Digital.
Koleksi buku teks KPM dalam format PDF daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
6
Bahan Bacaan dan Sumber Pembelajaran (Bahasa Inggeris)*
Bahan bacaan, aktiviti PdP mata pelajaran Bahasa Inggeris yang boleh dimuat turun, dicetak atau digunakan semula secara dalam talian.
* Boleh diakses tanpa log masuk.

No comments:

Post a Comment