... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, March 31, 2016

Pesanan Terakhir Menjelang Konvensyen Guru Besar Selangor Kali Ke-5

MGB Selangor akan menganjurkan Konvensyen Tahunannya Kali Ke-5 pada pada 5 hingga 7 April 2016 di TH Hotel and Convention Terengganu.  Seramai 397 orang Guru Besar telah mengesahkan akan hadir   Pada tahun ini giliran MGB Kuala Selangor pula menjadi tuan rumah.

Bagi melancarkan perjalanan konvensyen, berikut dimaklumkan perkara-perkara yang molek untuk diketahui, diingat dan dipatuhi:

Jadual Konvensyen mengandungi banyak maklumat penting seperti tarikh/masa, slot, pakaian dan lokasi. Selain di buku program, ia juga disertakan di dalam tag nama tanda.


KONVENSYEN GURU BESAR SELANGOR 2016
TH Hotel and Convention Centre Terengganu
5 - 7 April 2016

JADUAL KONVENSYEN
HARI/TARIKHMASAPERKARAPAKAIAN / LOKASI
SELASA
05 April 2016
2.15 – 4.00 ptgWelcome Drink, Pendaftaran Peserta dan Check-in Bilik
Semua Majlis/Mesyuarat Berlangsung di Dewan Baiduri KECUALI Dinyatakan
4.00 – 6.00 ptg
Taklimat & House Keeping
Slot 1:
Sesi Bersama Yang Dipertua MGBS
- En Mohamad Alwan bin Ginen
6.00 ptg–8.00 mlmRehat/Solat/Makan MalamCoffee House
8.00 – 10.00 mlmMesyuarat Agung Perwakilan MGBS Kali Ke-21Smart casual
RABU
06 April 2016
6.30 – 8.00 pgSarapan PagiCoffee House
8.00 – 10.00 pgSlot 2:
TRANSFORMASI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN
- En. Mohamad Najib bin Mohd Ali
- Lembaga Peperiksaan
Lelaki
- Kemeja (MGB)
- Tali Leher (MGB)
- Kot gelap

Perempuan
- Baju (MGB)
10.00 – 10.30 pgKudapan
10.30 – 11.00 pgPerkongsian Pintar
11.00 pg–1.00 ptgSlot 3:
PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH
- Pn Ruggayah binti Harun dan Cik Sunita Sulaiman
- Bank Negara Malaysia
1.00 – 2.15 ptgMakan Tengah Hari/Rehat/SolatCoffee House/Surau
2.15 – 6.00 ptg
Team building
Pantai Telok Ketapang
Pakaian yang sesuai
8.00 – 12.00 mlmPERASMIAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM
YB Datuk Seri Hj Noh bin Omar
- Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap
- Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
Tema Pakaian: Retro
- sopan
- kemas
KHAMIS
07 April 2016
6.30 – 8.00 pgSarapan PagiCoffee House
8.00 – 10.00 pgUCAP UTAMA
Y.Bhg. Tn. Zainuren bin Hj. Mohd Nor
- Pengarah Pendidikan Selangor
Baju batik daerah masing-masing
10.00 pg–12.00 tghMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KONVENSYEN
YB Dato` Hj Irmohizam bin Hj Ibrahim
- Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap
- YDP Majlis Belia Selangor
12.00 tghMakan Tengah HariCoffee House
1.00 petangPerjalanan Pulang

  1. Setiap daripada peserta/urus setia/exco dan pegawai telah diberikan no Id Konvensyen masing-masing (001 hingga 401). Sila rujuk dalam lampiran yang disertakan (Senarai Persetujuan Hadir Konvensyen Guru Besar Selangor).  No. Id ini hendaklah sentiasa diingat untuk memudahkan urusan-urusan yang berkenaan.  Ia juga dicetak pada tag nama anda.
  2. Pakaian yang ditetapkan
    1. Smart casual - dipakai pada hari pertama iaitu semasa Sesi Bersama YDP di sebelah petang dan bagi perwakilan semasa menghadiri Mesyuarat Agung MGBS Kali Ke-21 di sebelah malam
    2. Baju MGB.  Ia akan dipakai pada hari kedua
      1. Lelaki - Kemeja kain MGBS, tali leher MGB dan kot berwarna gelap
      2. Perempuan - baju dari kain MGBS
    3. Baju retro - dipakai semasa Majlis Perasmian/Jamuan Makan Malam.  Pastikan pakaian ini kemas dan bersopan.  
    4. Baju batik MGB Daerah masing-masing.  Akan dipakai pada hari terakhir semasa Mjajlis Penutupan
  3. Sewaktu Ketibaan.  Welcome drink disediakan di lobi hotel.  Sekiranya para peserta sampai terlalu awal, terdapat kemudahan menyimpan beg yang disediakan.  Sila berhubung dengan kakitangan hotel di kaunter.
  4. Semasa Pendaftaran.  Pendaftaran kehadiran dan check in hotel akan mula dibuat pada hari pertama 5/4/16 pukul 2.15 hingga 3.45 petang di lobi hotel.  Untuk mendaftar, anda hanya perlu menulis no Id, nama panggilan dan tanda tangan.  Tiada kaunter khusus mengikut daerah yang disediakan.  Oleh itu, anda boleh melakukannya di mana-mana kaunter yang dibuka.  Sewaktu mendaftar anda akan mendapat:
    1. Fail - mengandungi Buku Program
    2. Tag - ia mengandungi nama panggilan, nama penuh, no Id dan daerah.  Nama penuh anda yang dicetak adalah seperti apa yang anda hantar memalui borang pendaftaran.  Pohon maaf sekiranya nama Panggilan yang dipilih oleh sistem tidak menepati seperti yang anda sukai.
    3. Kunci Bilik - Setiap bilik akan mendapat dua anak kunci.  Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan diserahkan pada masa pendaftaran ini.  Anda boleh menyemak no bilik dan rakan sebilik anda melalui pautan di blog MGB Selangor (http://mgbselangor.blogspot.my.
    4. door gift
  5. Pakej makan kita ialah:
    1. Hari Pertama 5/4/16:
      1. Minum ringan petang
      2. Makan malam
      3. Minum ringan malam
    2. Hari Kedua 6/4/16
      1. Sarapan
      2. Minum ringan pagi
      3. Makan tengah hari
      4. Jamuan makan malam
    3. Hari Ketiga 7/4/16
      1. Sarapan
      2. Minum ringan pagi
      3. Makan tengah hari
  6. Sila pakai tag nama sepanjang berlangsungnya konvensyen
    1. Rekabentuknya:
    2. Inline image 1
  7. Sekiranya terdapat sebarang masalah kecemasan/kesihatan, sila hubungi:
    1. En Shahidan bin Hj Said - GB SK Ijok
    2. Pn Ani Rashidah bt Mohd Salleh - GB SK Sultan Abdul Aziz
  8. Sewaktu berlangsungnya konvensyen:
    1. Patuhi masa.
    2. Melakukan pendaftaran kehadiran di foyer dewan Baiduri
    3. Penuhkan ruang hadapan terlebih dahulu
    4. Ikutinya dengan penuh disiplin selari dengan jawatan kita sebagai Guru Besar
    5. Sewaktu rehat, loceng akan dibunyikan menandakan majlis akan bersambung
    6. Terdapat 15 booth pameran disediakan.  Lawatilah dan pastikan anda mendapatkan cap dari pemamer tersebut pada belakang kertas tag nama anda.  Sebaik-baiknyaapatkan sekurang-kurangnya 5 cap yang berbeza.
  9. Jamuan Makan Malam
    1. Pelan meja
      PENTAS
      VVIP
      VIP 3VIP 2VIP 1VIP 4
      Entrance
      Entrance
      123456
      121110987
      131415161718
      Entrance
      242322212019
      Entrance
      252627282930
      363534333231
    2. Pakaian adalah bertemakan RETRO.
    3. Pastikan penampilan adalah kemas dan sopan
    4. Tempat duduk adalah bebas
  10. Penilaian
    1. Urus setiap menyediakan borang elektronik yang boleh diisi dengan menggunakan telefon pintar
    2. Dipohon setiap peserta menjawabnya
    3. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan konvensyen serta mencari kelemahan dan ruang untuk memperbaikinya.
    4. Ia akan dipos melalui wakil daerah masing-masing apabila tiba waktunya.
  11. Lain-lain:
    1. Capaian internet disediakan. Namun peserta harap maklum berkemungkinan besar kelancarannya kurang cekap memandangkan bilangan peserta yang ramai.  Oleh itu digalakkan menggunakan akses internet sendiri
    2. Urus setia ada menyediakan kira-kira 20 hadiah khas (rahsia) yang akan diberikan pada bila-bila masa.  Sekiranya anda terpilih untuk memenanginya, syarat untuk mendapatkan hadiah tersebut ialah tag anda perlu mempunyai bilangan cap minimum yang tertentu.
    3. Sekiranya ada soalan yang ingin dikemukakan, sebutkan no Id dan nama.  Seboleh-bolehnya gunakan mikrofon dan tanyalah perkara yang releven 
    4. Atas rungutan dan cadangan yang diterima oleh urus setia pada konvensyen sebelum ini, konvensyen kali memperuntukkan masa santai kepada peserta pada petang hari kedua.
    5. Jangan lepaskan peluang untuk berramah mesra dengan rakan-rakan, teruatama mereka yang akan bersara pada tahun ini.
Semoga konvensyen kali ini lebih berjaya memenuhi kehendak anda kerana sesungguhnya andalah sumber inspirasi kami

*Semua yang dimaklumkan di sini berkemungkinan besar akan ada perubahan pada saat-saat akhir. Sila layari blog MGB Selangor di http://mgbselangor.blogspot.my untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Yang benar,

SUKIMIN BIN JUKI
Timbalan Pengerusi
Konvensyen Guru Besar Selangor Kali Ke-5

b/p
Yang Dipertua
Majlis Guru Besar

Friday, March 25, 2016

Mesyuarat Pegawai di Goldcourse

Mesyuarat berlangsung di Goldcourse Hotel Klang pada 25 Mac 2016 serentak dengan Bengkel OTI2 2016.  


Thursday, March 24, 2016

Penyerahan Tali Leher Guru Besar Lelaki

Seperti yang dijanjikan MGB Selangor telahpun membuat serahan tali leher untuk ahli lelakinya melalahi MGB daerah masing-masing.  Tali leher ini merupakan sumbangan daripada MGB Selangor sebagai tanda penghargaan dan kesetiakawanan dalam melaksanakan bersama-sama tugas dan tanggungjawab.  Ia akan dipakai bersama kemeja kain yang juga disumbangkan oleh MGBS pada hari kedua Konvensyen Guru Besar Selangor 2016 di Terengganu pada 5-7 April 2016.  Guru Besar wanita pula mendapat sepasang kain untuk dibuat baju dan dipakai pada hari yang sama.
Pengerusi MGB Petaling Perdana Pn. Latifah Latif menerima tali leheri daripada NYDP Tn Hj Abdul Shukor Ujang


Wakil Sepang Pn Hajah Rohaidah Mohd Ali
Setiausaha MGB Petaling Perdana Pn Hajah Zaini bt. Baba

Wakil Kuala Langat En. Yahaya bin Om menerima tali leher daripada NYDP Tn Hj Abdul Shukor Ujang

Bengkel OTI 2 UPSR 2016

Wednesday, March 16, 2016

Kunjungan Hormat MGB Selangor

Pada hari Rabu, 16 Mac 2016 Pegawai MGB Selangor yang diketuai oleh En. Mohamad Alwan bin Ginen telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Kestua Sektor Pengurusan Sekolah yang baharu En. Shashim Shah bin Harun.

Dalam pertemuan ini banyak perkara yang dibincangkan tertutamanya tentang program besar anjuran MGBS iaitu Konvensyen Guru Besar Selangor 2016 yang akan diadakan di TH Hotel and Convention Center Terengganu pada 5 hingga 7 April 2016.

Tuan KSPS banyak berkongsi visinya, tips dan pandangan yang dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama dan dilaksanakan oleh para Guru Besar.

Cenderamata dari MGB Selangor

Pemimpin Yang Banyak Idea

En. Shashim Shah bin Harun telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Selangor.  Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dan berpengetahuan luas dalam bidang pendidikan.  Pernah berkhidmat di Kementerian Pendidikan, Pengetua Sekolah dan jawatan terakhirnya sebelum bertukar ke Jabatan Pendidikan Selangor ialah Ketua PPD Kuala Selangor. 
Setiap Penolong Kanan perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu kemajuan akademik sekolah

Pemimpin perlu mengelakkan organisasinya daripada panas sepanjang hari namun hujan pada penutup hari 

Akademik perlu menjadi keutamaan semua pemimpin sekolah

Pemimpin perlu cerdik

Wednesday, March 9, 2016

Senarai Peserta Konvensyen Guru Besar Selangor Kali Ke-5

Peruntukan Bilik Penginapan

*Bendahari dan NYDP 2 masuk dalam kuota daerah masing-masing


Senarai Semua Pegawai dan Peserta

Monday, March 7, 2016

Mesyuarat Induk Konvensyen Guru Besar Selangor

Mesyuarat berlangsung di Kelab Shah Alam pada 7.3.16 Bilik Gombak pukul 2.30 petang.