MGB Selangor akan menganjurkan Konvensyen Tahunannya Kali Ke-5 pada pada 5 hingga 7 April 2016 di TH Hotel and Convention Terengganu. Seramai 397 orang Guru Besar telah mengesahkan akan hadir Pada tahun ini giliran MGB Kuala Selangor pula menjadi tuan rumah.
Bagi melancarkan perjalanan konvensyen, berikut dimaklumkan perkara-perkara yang molek untuk diketahui, diingat dan dipatuhi:
Jadual Konvensyen mengandungi banyak maklumat penting seperti tarikh/masa, slot, pakaian dan lokasi. Selain di buku program, ia juga disertakan di dalam tag nama tanda.
Bagi melancarkan perjalanan konvensyen, berikut dimaklumkan perkara-perkara yang molek untuk diketahui, diingat dan dipatuhi:
Jadual Konvensyen mengandungi banyak maklumat penting seperti tarikh/masa, slot, pakaian dan lokasi. Selain di buku program, ia juga disertakan di dalam tag nama tanda.
KONVENSYEN GURU BESAR SELANGOR 2016 TH Hotel and Convention Centre Terengganu 5 - 7 April 2016 JADUAL KONVENSYEN | |||
HARI/TARIKH | MASA | PERKARA | PAKAIAN / LOKASI |
SELASA
05 April 2016 | 2.15 – 4.00 ptg | Welcome Drink, Pendaftaran Peserta dan Check-in Bilik |
Semua Majlis/Mesyuarat Berlangsung di Dewan Baiduri KECUALI Dinyatakan
|
4.00 – 6.00 ptg
| Taklimat & House Keeping | ||
Slot 1: Sesi Bersama Yang Dipertua MGBS - En Mohamad Alwan bin Ginen | |||
6.00 ptg–8.00 mlm | Rehat/Solat/Makan Malam | Coffee House | |
8.00 – 10.00 mlm | Mesyuarat Agung Perwakilan MGBS Kali Ke-21 | Smart casual | |
RABU
06 April 2016 | 6.30 – 8.00 pg | Sarapan Pagi | Coffee House |
8.00 – 10.00 pg | Slot 2: TRANSFORMASI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN - En. Mohamad Najib bin Mohd Ali - Lembaga Peperiksaan |
Lelaki
- Kemeja (MGB) - Tali Leher (MGB) - Kot gelap Perempuan - Baju (MGB) | |
10.00 – 10.30 pg | Kudapan | ||
10.30 – 11.00 pg | Perkongsian Pintar | ||
11.00 pg–1.00 ptg | Slot 3: PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH - Pn Ruggayah binti Harun dan Cik Sunita Sulaiman - Bank Negara Malaysia | ||
1.00 – 2.15 ptg | Makan Tengah Hari/Rehat/Solat | Coffee House/Surau | |
2.15 – 6.00 ptg
|
Team building
|
Pantai Telok Ketapang
Pakaian yang sesuai | |
8.00 – 12.00 mlm | PERASMIAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM YB Datuk Seri Hj Noh bin Omar - Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor | Tema Pakaian: Retro - sopan - kemas | |
KHAMIS
07 April 2016 | 6.30 – 8.00 pg | Sarapan Pagi | Coffee House |
8.00 – 10.00 pg | UCAP UTAMA Y.Bhg. Tn. Zainuren bin Hj. Mohd Nor - Pengarah Pendidikan Selangor |
Baju batik daerah masing-masing
| |
10.00 pg–12.00 tgh | MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KONVENSYEN YB Dato` Hj Irmohizam bin Hj Ibrahim - Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap - YDP Majlis Belia Selangor | ||
12.00 tgh | Makan Tengah Hari | Coffee House | |
1.00 petang | Perjalanan Pulang |
- Setiap daripada peserta/urus setia/exco dan pegawai telah diberikan no Id Konvensyen masing-masing (001 hingga 401). Sila rujuk dalam lampiran yang disertakan (Senarai Persetujuan Hadir Konvensyen Guru Besar Selangor). No. Id ini hendaklah sentiasa diingat untuk memudahkan urusan-urusan yang berkenaan. Ia juga dicetak pada tag nama anda.
- Pakaian yang ditetapkan
- Smart casual - dipakai pada hari pertama iaitu semasa Sesi Bersama YDP di sebelah petang dan bagi perwakilan semasa menghadiri Mesyuarat Agung MGBS Kali Ke-21 di sebelah malam
- Baju MGB. Ia akan dipakai pada hari kedua
- Lelaki - Kemeja kain MGBS, tali leher MGB dan kot berwarna gelap
- Perempuan - baju dari kain MGBS
- Baju retro - dipakai semasa Majlis Perasmian/Jamuan Makan Malam. Pastikan pakaian ini kemas dan bersopan.
- Baju batik MGB Daerah masing-masing. Akan dipakai pada hari terakhir semasa Mjajlis Penutupan
- Sewaktu Ketibaan. Welcome drink disediakan di lobi hotel. Sekiranya para peserta sampai terlalu awal, terdapat kemudahan menyimpan beg yang disediakan. Sila berhubung dengan kakitangan hotel di kaunter.
- Semasa Pendaftaran. Pendaftaran kehadiran dan check in hotel akan mula dibuat pada hari pertama 5/4/16 pukul 2.15 hingga 3.45 petang di lobi hotel. Untuk mendaftar, anda hanya perlu menulis no Id, nama panggilan dan tanda tangan. Tiada kaunter khusus mengikut daerah yang disediakan. Oleh itu, anda boleh melakukannya di mana-mana kaunter yang dibuka. Sewaktu mendaftar anda akan mendapat:
- Fail - mengandungi Buku Program
- Tag - ia mengandungi nama panggilan, nama penuh, no Id dan daerah. Nama penuh anda yang dicetak adalah seperti apa yang anda hantar memalui borang pendaftaran. Pohon maaf sekiranya nama Panggilan yang dipilih oleh sistem tidak menepati seperti yang anda sukai.
- Kunci Bilik - Setiap bilik akan mendapat dua anak kunci. Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan diserahkan pada masa pendaftaran ini. Anda boleh menyemak no bilik dan rakan sebilik anda melalui pautan di blog MGB Selangor (http://mgbselangor.blogspot.
my. - door gift
- Pakej makan kita ialah:
- Hari Pertama 5/4/16:
- Minum ringan petang
- Makan malam
- Minum ringan malam
- Hari Kedua 6/4/16
- Sarapan
- Minum ringan pagi
- Makan tengah hari
- Jamuan makan malam
- Hari Ketiga 7/4/16
- Sarapan
- Minum ringan pagi
- Makan tengah hari
- Sila pakai tag nama sepanjang berlangsungnya konvensyen
- Rekabentuknya:
- Sekiranya terdapat sebarang masalah kecemasan/kesihatan, sila hubungi:
- En Shahidan bin Hj Said - GB SK Ijok
- Pn Ani Rashidah bt Mohd Salleh - GB SK Sultan Abdul Aziz
- Sewaktu berlangsungnya konvensyen:
- Patuhi masa.
- Melakukan pendaftaran kehadiran di foyer dewan Baiduri
- Penuhkan ruang hadapan terlebih dahulu
- Ikutinya dengan penuh disiplin selari dengan jawatan kita sebagai Guru Besar
- Sewaktu rehat, loceng akan dibunyikan menandakan majlis akan bersambung
- Terdapat 15 booth pameran disediakan. Lawatilah dan pastikan anda mendapatkan cap dari pemamer tersebut pada belakang kertas tag nama anda. Sebaik-baiknyaapatkan sekurang-kurangnya 5 cap yang berbeza.
- Jamuan Makan Malam
- Pelan mejaPENTAS
VVIP VIP 3 VIP 2 VIP 1 VIP 4 EntranceEntrance1 2 3 4 5 6 12 11 10 9 8 7 13 14 15 16 17 18 Entrance24 23 22 21 20 19 Entrance25 26 27 28 29 30 36 35 34 33 32 31 - Pakaian adalah bertemakan RETRO.
- Pastikan penampilan adalah kemas dan sopan
- Tempat duduk adalah bebas
- Penilaian
- Urus setiap menyediakan borang elektronik yang boleh diisi dengan menggunakan telefon pintar
- Dipohon setiap peserta menjawabnya
- Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan konvensyen serta mencari kelemahan dan ruang untuk memperbaikinya.
- Ia akan dipos melalui wakil daerah masing-masing apabila tiba waktunya.
- Lain-lain:
- Capaian internet disediakan. Namun peserta harap maklum berkemungkinan besar kelancarannya kurang cekap memandangkan bilangan peserta yang ramai. Oleh itu digalakkan menggunakan akses internet sendiri
- Urus setia ada menyediakan kira-kira 20 hadiah khas (rahsia) yang akan diberikan pada bila-bila masa. Sekiranya anda terpilih untuk memenanginya, syarat untuk mendapatkan hadiah tersebut ialah tag anda perlu mempunyai bilangan cap minimum yang tertentu.
- Sekiranya ada soalan yang ingin dikemukakan, sebutkan no Id dan nama. Seboleh-bolehnya gunakan mikrofon dan tanyalah perkara yang releven
- Atas rungutan dan cadangan yang diterima oleh urus setia pada konvensyen sebelum ini, konvensyen kali memperuntukkan masa santai kepada peserta pada petang hari kedua.
- Jangan lepaskan peluang untuk berramah mesra dengan rakan-rakan, teruatama mereka yang akan bersara pada tahun ini.
*Semua yang dimaklumkan di sini berkemungkinan besar akan ada perubahan pada saat-saat akhir. Sila layari blog MGB Selangor di http://mgbselangor.blogspot.my untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
Yang benar,
SUKIMIN BIN JUKI
Timbalan Pengerusi
Konvensyen Guru Besar Selangor Kali Ke-5
b/p
Yang Dipertua
Majlis Guru Besar
No comments:
Post a Comment