... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, October 29, 2015

Penataran Format Baharu UPSR 2016

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambah baik akan digunakan. Walau bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

 Klik untuk paparan Bahan Taklimat
Sila kilk pada gambar untuk ke Bahan Persembahan


Mata pelajaran yang ditaksir dalam UPSR ialah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Bahasa Cina (SJKC)
  • Bahasa Tamil (SJKT)

Bagi Sekolah Kebangsaan, pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya terdapat 5 subjek, namun mulai tahun 2016 akan ada 6 subjek apabila mata pelajaran Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 subjek iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik
  6. Sains

Pelaporan akhir pendidikan rendah adalah lebih holistik,komprehensif dan bermakna.  Terdapat 4 pelaporan yang akan dikeluarkan iaitu:

  1. Keputusan *UPSR
  2. Laporan Pentaksiran Sekolah (PBS)
  3. Laporan Pentaksiran Aktiviti jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  4. Laporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
*Pernyataan Keputusan UPSR dalam bentuk gred A hingga E yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
*Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam bentuk deskriptif yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Keempat-empat pelaporan ini dikatakan holistik kerana ia merangkumi pelbagai aspek yang diakronimkan sebagai PADI:

  • Profile - Pelaporan PPsi
  • Achievement - Keputusan UPSR
  • Development - Pelaporan PS 
  • Involvement - Pelaporan PAJSK


Kerangka Format Kertas Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran:
Bahasa


Matematik


Sains

Format Instrumen:
  1. Pemahaman Bahasa Inggeris
  2. Penulisan Bahasa Inggeris

Contoh Instrumen:


Pembetulan Buku Kedatangan Murid (Register)




Surat yang dikeluarkan oleh Pengarah BPSH Tuan Abdullah bin Mad Yunus ini boleh diguna pakai bagi semua jenis penutupan sekolah akibat daripada bencana alam. Ia tidak terhad kepada jerebu semata-mata. Sehubungan itu isu sekolah pada 5-9 januari yang ditangguhkan pembukaannya oleh KPM yang disebabkan oleh bencana banjir adalah termasuk dalam cakupan surat ini.

Sehubungan itu terdapat keperluan untuk membetulkan maklumat di Jadual Kedatangan Murid pada tarikh dan bulan yang terbabit seperti berikut:

Bulan
Tarikh
Bil. Hari
Jenis Bencana
Januari
5, 6, 7, 8 dan 9
5
Banjir
September
15 dan 28
2
Jerebu
Oktober
5, 6, 19, 20, 21 & 22
6
Jerebu


Maka dengan itu,  guru kelas perlu memperbetulkan Jadual Kedatangan Murid dari segi penandaan kehadiran murid.  Sebaik-baiknya diselaraskan di peringkat negeri atau daerah melalui inisitif PK HEM kerana perubahan di Jadual Kedatangan Murid agak banyak.  Ini untuk mengelakkan ketidakseragaman dan keilapan dalam membuat pembetulan.  Patuhi ketetapan JKM tersebut sebagai legal document yang tidak boleh dipinda menggunakan liquid paper ataupun dipadam.
1.     Tanda  (0 dengan berisi huruf S di dalamnya) pada setiap murid bagi tarikh 5 hingga 9 Januari 2015. Bermaksud murid tidak hadir bersebab.
2.     Menambah 5 hari lagi pada “Bilangan hari belajar dalam bulan ini” dan “Jumlah hingga akhir bulan ini” mulai bulan Februari hingga Ogos.
3.     Menambah 5 hari lagi pada “Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah” dan “Jumlah hingga akhir bulan ini” pada bulan Januari) menjadikannya 20 hari.

*Jumlah hingga akhir bulan ini  tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.



Sementara itu, pihak sekolah pula perlu mengira semula jumlah Hari Sekolah yang terkini iaitu dengan menjumlahkan jumlah hari yang telah bersekolah dengan jumlah hari akan bersekolah hingga akhir tahun.  Ini penting  bagi memastikan ia tidak kurang daripada 190 hari.  Dengan adanya jumlah Hari Bersekolah  ini, mudah untuk pihak sekolah mengatur semula permohonan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan mengikut kelayakan yang masih ada.

Sehubungan itu masalah untuk mendapatkan kelulusan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan seharusnya sudah tidak wujud memandangkan rata-rata sekolah mempunyai lebihan Hari Sekolah yang mencukupi walaupun menggunakan sepenuhnya Cuti Peristiwa (4 hari) dan Cuti Perayaan (5 hari).


Wednesday, October 28, 2015

Guru Besar Hilang Di Hutan

Berita kehilangan Pn. Jashiah bt. Rabu pada 23 Oktober 2015 bukan sahaja menggemparkan rakan-rakan Guru Besar malahan turut menjadi berita hangat seluruh negara. MGB Selangor dan MGB Daerah turut menyumbang dari segi kewangan dan tenaga dalam usaha untuk mencarinya.

Jashiah yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.



En. Alwan Ginen menyampaikan sumbangan sebanyak RM1000 daripada MGB Selangor
Semoga usaha mencari Pn. Jashiah dipermudahkan oleh Allah SWT.




Sunday, October 25, 2015

Persekolahan Seperti Biasa Isnin 26 Oktober 2015

Esok (Isnin), 25 Oktober 2015 semua sekolah di seluruh negara berjalan seperti biasa.



Saturday, October 24, 2015

Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba


Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat Pemakluman Status Hari Persekolahan Akibat Bencana bertarikh 21 Oktober 2015 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.  Keluarnya surat ini sudah pasti melegakan banyak pihak terutamanya sekolah yang selama ini kabur tentang status bilangan Hari Sekolahnya apabila sekolah diarahkan tutup beberapa kali.

Kita sedia maklum pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.

Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja. 

6. Hari sekolah. 
  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
  1. dikira sebagai hari sekolah. 
  2. tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."

Dengan keluarnya surat ini, banyak pertanyaan dan kemusykilan dapat jawapan dan penyelesaian terutamanya dari segi kiraan bilangan hari persekolahan bagi setiap sekolah di Malaysia.  Sebelum ini tiada surat yang menyatakan dengan jelas dan tepat tentang status hari sekolah berikutan penutupan sekolah disebabkan oleh banjir (awal tahun) dan jerubu (pertengahan/akhir tahun). Sila baca posting terdahulu (klik di sini) untuk melihat missing linknya.

Oleh itu, semua sekolah bolehlah membuat pindaan pada buku Buku Rekod Kedatangan (register) pada hari-hari yang terbabit dengan penutupan sekolah akibat bencana jerebu tersebut.  Misalnya di Selangor tarikh-tarikhnya ialah 15/9/2015 (Selasa), 28/9/2015 (Isnin), 5 & 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) serta 19-22 Oktober 2015 (Isnin hingga Khamis) hendaklah:

  1. Catat kehadiran semua murid sebagai "0" yang membawa makna Tidak hadir bersebab
  2. Hari-hari tersebut dikira sebagai Hari Sekolah. Tulis di ruang bawah bawah dan betulkan Jumlah Hari Belajar pada bulan-bulan terbabit.
Pastikan tidak menggunakan getah pemadam atau liquid paper' sewaktu membuat pembetulan. Sebaliknya potong, parap dan betulkan. 
Untuk memudahkan pihak audit kelak, setiap sekolah bolehlah menyediakan lampiran arahan-arahan penutupan sekolah da di sebelah atas diletakkan surat PEMAKLUMAN STATUS HARI PERSEKOLAHAN AKIBAT BENCANA ini sebagai punca kuasa mengapa hari-hari tersebut dikira sebagai hari persekolahan.

PK HEM perlu bertindak pantas untuk menyelaras dan menyeragamkan pembetulan pada Buku Kedatangan Murid tersebut.

Sunday, October 4, 2015

Sekolah Seluruh Selangor Ditutup Pada 5 & 6 Oktober 2015

Berikutan masalah jerebu yang semakin tebal melanda negara, Menteri Pendidikan telah mengarahkn semua sekolah di beberapa negeri termasuk Selangor ditutup pada 5 dan 6 Disember 2015.
Semua murid, guru, kakitangan bukan guru dan pentadbir terbabit dengan penutupan sekolah ini. Walau bagaimanapun kakitangan swasta Kebersihan Bangunan dan Kawalan Keselamatan berkerja seperti biasa. Cuti ini tidak perlu diganti.