Surat
yang dikeluarkan oleh Pengarah BPSH Tuan Abdullah bin Mad Yunus ini boleh
diguna pakai bagi semua jenis penutupan sekolah akibat daripada bencana alam.
Ia tidak terhad kepada jerebu semata-mata. Sehubungan itu isu sekolah pada 5-9
januari yang ditangguhkan pembukaannya oleh KPM yang disebabkan oleh bencana
banjir adalah termasuk dalam cakupan surat ini.
Sehubungan
itu terdapat keperluan untuk membetulkan maklumat di Jadual Kedatangan Murid
pada tarikh dan bulan yang terbabit seperti berikut:
Bulan
|
Tarikh
|
Bil. Hari
|
Jenis Bencana
|
Januari
|
5, 6, 7, 8 dan 9
|
5
|
|
September
|
15 dan 28
|
2
|
Jerebu
|
Oktober
|
5, 6, 19, 20, 21 & 22
|
6
|
Jerebu
|
Maka dengan itu, guru kelas perlu
memperbetulkan Jadual Kedatangan Murid dari segi
penandaan kehadiran murid. Sebaik-baiknya diselaraskan di peringkat negeri atau daerah melalui inisitif PK HEM kerana perubahan di Jadual Kedatangan Murid agak banyak. Ini untuk mengelakkan ketidakseragaman dan keilapan dalam membuat pembetulan. Patuhi ketetapan JKM tersebut sebagai legal document yang tidak boleh dipinda menggunakan liquid paper ataupun dipadam.
1. Tanda
(0 dengan berisi huruf S di dalamnya) pada
setiap murid bagi tarikh 5 hingga 9 Januari 2015. Bermaksud murid tidak hadir
bersebab.
2. Menambah
5 hari lagi pada “Bilangan hari belajar dalam bulan ini” dan “Jumlah
hingga akhir bulan ini” mulai bulan Februari hingga Ogos.
3. Menambah
5 hari lagi pada “Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah” dan “Jumlah
hingga akhir bulan ini” pada bulan Januari) menjadikannya 20 hari.
*Jumlah hingga akhir bulan ini tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.
*Jumlah hingga akhir bulan ini tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.
Sehubungan itu masalah untuk mendapatkan kelulusan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan seharusnya sudah tidak wujud memandangkan rata-rata sekolah mempunyai lebihan Hari Sekolah yang mencukupi walaupun menggunakan sepenuhnya Cuti Peristiwa (4 hari) dan Cuti Perayaan (5 hari).
No comments:
Post a Comment