... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, October 24, 2015

Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba


Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat Pemakluman Status Hari Persekolahan Akibat Bencana bertarikh 21 Oktober 2015 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.  Keluarnya surat ini sudah pasti melegakan banyak pihak terutamanya sekolah yang selama ini kabur tentang status bilangan Hari Sekolahnya apabila sekolah diarahkan tutup beberapa kali.

Kita sedia maklum pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.

Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja. 

6. Hari sekolah. 
  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
  1. dikira sebagai hari sekolah. 
  2. tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."

Dengan keluarnya surat ini, banyak pertanyaan dan kemusykilan dapat jawapan dan penyelesaian terutamanya dari segi kiraan bilangan hari persekolahan bagi setiap sekolah di Malaysia.  Sebelum ini tiada surat yang menyatakan dengan jelas dan tepat tentang status hari sekolah berikutan penutupan sekolah disebabkan oleh banjir (awal tahun) dan jerubu (pertengahan/akhir tahun). Sila baca posting terdahulu (klik di sini) untuk melihat missing linknya.

Oleh itu, semua sekolah bolehlah membuat pindaan pada buku Buku Rekod Kedatangan (register) pada hari-hari yang terbabit dengan penutupan sekolah akibat bencana jerebu tersebut.  Misalnya di Selangor tarikh-tarikhnya ialah 15/9/2015 (Selasa), 28/9/2015 (Isnin), 5 & 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) serta 19-22 Oktober 2015 (Isnin hingga Khamis) hendaklah:

  1. Catat kehadiran semua murid sebagai "0" yang membawa makna Tidak hadir bersebab
  2. Hari-hari tersebut dikira sebagai Hari Sekolah. Tulis di ruang bawah bawah dan betulkan Jumlah Hari Belajar pada bulan-bulan terbabit.
Pastikan tidak menggunakan getah pemadam atau liquid paper' sewaktu membuat pembetulan. Sebaliknya potong, parap dan betulkan. 
Untuk memudahkan pihak audit kelak, setiap sekolah bolehlah menyediakan lampiran arahan-arahan penutupan sekolah da di sebelah atas diletakkan surat PEMAKLUMAN STATUS HARI PERSEKOLAHAN AKIBAT BENCANA ini sebagai punca kuasa mengapa hari-hari tersebut dikira sebagai hari persekolahan.

PK HEM perlu bertindak pantas untuk menyelaras dan menyeragamkan pembetulan pada Buku Kedatangan Murid tersebut.

No comments:

Post a Comment