... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, March 20, 2021

Majlis Persaraan Hj Zaharullai Hj Hasan

Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan yang merupakan Guru Besar SK Parit 9, Sabak Bernam telah menamatkan perkhidmatan pada 18 Januari 2021 lalu.  Memandangkan pada waktu itu Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan aktiviti merentas daerah sedang berkuatkuasa, pihak sekolah telah menangguhkan majlis meraikan persaraan beliau.

Maka pada 20 Mac 2021 beliau diraikan dalam Majlis Junjungan Budi Kalungan Bakti, berlangsung di Laman Mazmida 2 Sabak Bernam.

Haji Zaharullai merupakan Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor dan juga merupakan Timbalan MGB Sabak Bernam sebelum beliau bersara. Beliau banyak memainkan peranan dalam hal-hal berkaitan kebajikan sewaktu dalam Exco MGB Selangor.

Tuesday, March 2, 2021

Hadiah Sisipan Pertandingan Video Pendek Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021

VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Pautan borang penyertaan: https://forms.gle/jsFutR827qAfvaJ28


Majlis Guru Besar Selangor juga berbesar hati menyediakan hadiah sisipan bagi mereka yang menyelitkan unsur kebaikan/aktiviti berkaitan buku #MyMate dalam video yang menyertai pertandingan ini.  Lima hadiah bernilai RM100 setiap satu akan diberikan kepada peserta yang memberikan info terbaik mengenai buku #MyMate ini.

Namun diingatkan bahawa elemen #MyMate ini tidak langsung diambil kira atau mempengaruhi markah penilaian asal pertandingan. Ini bermakna tanpa memasukkan unsur #MyMate sekalipun, video anda tidak terjejas langsung dalam penjurian pemarkahan.

Unsur #MyMate yang terdapat dalam video anda akan dijurikan oleh pihak lain yang tiada kena mengena dengan juri profesional pertandingan video pendek ini.



Dalam memasukkan unsur #MyMate ini, anda boleh mengambil keseluruhan tentang/kegunaan buku ini atau mana-mana bahagian daripadanya.  Misalnya anda hanya mengambil tentang Permainan Kata. Jadi dalam klip video anda mungkin akan menunjukkan betapa riang dan bermanfaat sekumpulan murid sedang bermain dengannya.  


PERMAINAN KATA


Nota: Boleh bermain bersama rakan ketika waktu lapang. Sila pastikan anda sudah menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberi. Sesuai dimainkan antara 3 hingga 5 pemain.


  1. Contoh-contoh kategori Nama, Negara, Buah, Bunga, Benda, Gajet, 

  2. Sebelum bermain, tentukan bersama kategori yang hendak dimasukkan. Semua peserta diminta mengisi nama kategori yang dipilih dalam baris teratas.

  3. Seorang pilih Abjad dan masing-masing isi dalam lajur Abjad

  4. Masing-mula mengisi jawapan pada setiap kategori yang ejaannya bermula dengan abjad yang dipilih tadi. Katakan seminit masa diberi untuk semua pemain memenuhkan jawapannya.

  5. Semak satu per satu kategori bersama-sama. Jika betul dan tidak ada sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 10. Jika betul tetapi sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 5.  Jika salah, tiada markah

  6. Jumlahkan markah semua kategori dan tulis di lajur Markah.

  7. Pemain berikutnya tentukan abjad lain dan ulangi langkah 3 di atas.

  8. Permainan tamat bergantung kepada keputusan bersama.  Biasanya faktor masa akan menjadi penentu.

  9. Peserta yang mengumpulkan Jumlah Markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang


Contoh permainan:

Dalam contoh ini, 4 kategori yang dipilih ialah Nama, Negara, Buah dan Benda.


HURUF

Nama

Negara

Buah

Benda

JUMLAH SKOR

A

Aminah

10

Arab

5

Anggur

10

Almari

10

35

S

Sulaiman

10

Singapura

10

Sentul

10

Sikat

10

40

T

Tajul

5

Thailand

5

Tembikai

10

Tali

5

25

M

Maria

10

Malaysia

5

Mengkudu

10

Masam

0

25

R

Ramona

10

Rusia

10

R

0

Repulik

0

20



Permainanan ini bagus dalam aspek menambah pengetahuan am, ejaan, pergaulan/bersosial, bertolak-ansur, matematik, memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah, menanam sikap sense of urgency dan self directed,






Selamat mencuba! Selamat berMyMate!