PERMAINAN KATA
Nota: Boleh bermain bersama rakan ketika waktu lapang. Sila pastikan anda sudah menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberi. Sesuai dimainkan antara 3 hingga 5 pemain.
Contoh-contoh kategori Nama, Negara, Buah, Bunga, Benda, Gajet,
Sebelum bermain, tentukan bersama kategori yang hendak dimasukkan. Semua peserta diminta mengisi nama kategori yang dipilih dalam baris teratas.
Seorang pilih Abjad dan masing-masing isi dalam lajur Abjad
Masing-mula mengisi jawapan pada setiap kategori yang ejaannya bermula dengan abjad yang dipilih tadi. Katakan seminit masa diberi untuk semua pemain memenuhkan jawapannya.
Semak satu per satu kategori bersama-sama. Jika betul dan tidak ada sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 10. Jika betul tetapi sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 5. Jika salah, tiada markah
Jumlahkan markah semua kategori dan tulis di lajur Markah.
Pemain berikutnya tentukan abjad lain dan ulangi langkah 3 di atas.
Permainan tamat bergantung kepada keputusan bersama. Biasanya faktor masa akan menjadi penentu.
Peserta yang mengumpulkan Jumlah Markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang
Contoh permainan:
Dalam contoh ini, 4 kategori yang dipilih ialah Nama, Negara, Buah dan Benda.
Permainanan ini bagus dalam aspek menambah pengetahuan am, ejaan, pergaulan/bersosial, bertolak-ansur, matematik, memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah, menanam sikap sense of urgency dan self directed,
No comments:
Post a Comment