... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Sunday, May 30, 2021

Pemakluman Kembalinya ke Rahmatullah En Mohd Anderil Abdul Rahman

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un


‎ ُاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ  وَاعْفُ عَنْهُ

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"


"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.."

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En Mohd Anderil Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Prasekolah dan Rendah Sektor Pngurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Majlis Guru Besar Selangor telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.30 petang Ahad, 30 Mei 2021 di Hospital Sungai Buloh.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Takziah kepada keluarga Allahyarham. 



                             ALFATIHAH


‎  بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ

*◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمين








Thursday, May 20, 2021

Terima Kasih Tuan Haji Izmi Haji Ismail

Terima kasih diucapkan kepada mantan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tuan Haji Izmi bin Haji Isamil di atas sumbang bakti dan sokongan selama menerajui pendidikan di Selangor dari 6 Mei 2020 hingga 19 Mei 2021.   Semoga tuan terus cemerlang  menabur jasa dan bakti di peringkat pusat.



SEKALUNG BUDI & SEJAMBAK KASIH

Diucapkan selamat bertugas buat Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang akan meneruskan khidmatnya ditempat baharu sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional berkuat kuasa 20 Mei 2021.

Cikgu Haji Izmi telah menumpahkan khidmat bakti yang tidak ternilai sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bermula 6 Mei 2020 hingga 19 Mei 2021.

Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

Tanam Lenggun Tumbuh Kelapa
Terbit Bunga Pucuk Mati
Budi Tuan Saya Tak Lupa_
Sudah Terpaku Di Dalam Hati

Terima kasih sekalung budi, Jasamu tuan kekal terpahat selamanya dihati

Disediakan oleh :

Perhubungan Korporat
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengarah Pendidikan Selangor Pn. Hajah Anismah

 





Majlis Guru Besar Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Pn. Hajah Anismah M. Noh sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang baharu mulai 20 Mei 2021.  Beliau menggantikan Tn. Haji Izmi bin Haji Ismail yang bertukar ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Putrajaya.

Saturday, May 1, 2021

Konvensyen MGBS 2021: Senarai Yang Belum Memberi Maklum Balas

Jumlah Responden


Senarai sekolah yang masih belum memberi maklum balas.  Mohon dapatkan borang daripada wakil MGB daerah masing-masing.

Saturday, March 20, 2021

Majlis Persaraan Hj Zaharullai Hj Hasan

Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan yang merupakan Guru Besar SK Parit 9, Sabak Bernam telah menamatkan perkhidmatan pada 18 Januari 2021 lalu.  Memandangkan pada waktu itu Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan aktiviti merentas daerah sedang berkuatkuasa, pihak sekolah telah menangguhkan majlis meraikan persaraan beliau.

Maka pada 20 Mac 2021 beliau diraikan dalam Majlis Junjungan Budi Kalungan Bakti, berlangsung di Laman Mazmida 2 Sabak Bernam.

Haji Zaharullai merupakan Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor dan juga merupakan Timbalan MGB Sabak Bernam sebelum beliau bersara. Beliau banyak memainkan peranan dalam hal-hal berkaitan kebajikan sewaktu dalam Exco MGB Selangor.

Tuesday, March 2, 2021

Hadiah Sisipan Pertandingan Video Pendek Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021

VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Pautan borang penyertaan: https://forms.gle/jsFutR827qAfvaJ28


Majlis Guru Besar Selangor juga berbesar hati menyediakan hadiah sisipan bagi mereka yang menyelitkan unsur kebaikan/aktiviti berkaitan buku #MyMate dalam video yang menyertai pertandingan ini.  Lima hadiah bernilai RM100 setiap satu akan diberikan kepada peserta yang memberikan info terbaik mengenai buku #MyMate ini.

Namun diingatkan bahawa elemen #MyMate ini tidak langsung diambil kira atau mempengaruhi markah penilaian asal pertandingan. Ini bermakna tanpa memasukkan unsur #MyMate sekalipun, video anda tidak terjejas langsung dalam penjurian pemarkahan.

Unsur #MyMate yang terdapat dalam video anda akan dijurikan oleh pihak lain yang tiada kena mengena dengan juri profesional pertandingan video pendek ini.



Dalam memasukkan unsur #MyMate ini, anda boleh mengambil keseluruhan tentang/kegunaan buku ini atau mana-mana bahagian daripadanya.  Misalnya anda hanya mengambil tentang Permainan Kata. Jadi dalam klip video anda mungkin akan menunjukkan betapa riang dan bermanfaat sekumpulan murid sedang bermain dengannya.  


PERMAINAN KATA


Nota: Boleh bermain bersama rakan ketika waktu lapang. Sila pastikan anda sudah menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberi. Sesuai dimainkan antara 3 hingga 5 pemain.


  1. Contoh-contoh kategori Nama, Negara, Buah, Bunga, Benda, Gajet, 

  2. Sebelum bermain, tentukan bersama kategori yang hendak dimasukkan. Semua peserta diminta mengisi nama kategori yang dipilih dalam baris teratas.

  3. Seorang pilih Abjad dan masing-masing isi dalam lajur Abjad

  4. Masing-mula mengisi jawapan pada setiap kategori yang ejaannya bermula dengan abjad yang dipilih tadi. Katakan seminit masa diberi untuk semua pemain memenuhkan jawapannya.

  5. Semak satu per satu kategori bersama-sama. Jika betul dan tidak ada sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 10. Jika betul tetapi sama dengan jawapan pemain lain, maka akan dapat 5.  Jika salah, tiada markah

  6. Jumlahkan markah semua kategori dan tulis di lajur Markah.

  7. Pemain berikutnya tentukan abjad lain dan ulangi langkah 3 di atas.

  8. Permainan tamat bergantung kepada keputusan bersama.  Biasanya faktor masa akan menjadi penentu.

  9. Peserta yang mengumpulkan Jumlah Markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang


Contoh permainan:

Dalam contoh ini, 4 kategori yang dipilih ialah Nama, Negara, Buah dan Benda.


HURUF

Nama

Negara

Buah

Benda

JUMLAH SKOR

A

Aminah

10

Arab

5

Anggur

10

Almari

10

35

S

Sulaiman

10

Singapura

10

Sentul

10

Sikat

10

40

T

Tajul

5

Thailand

5

Tembikai

10

Tali

5

25

M

Maria

10

Malaysia

5

Mengkudu

10

Masam

0

25

R

Ramona

10

Rusia

10

R

0

Repulik

0

20



Permainanan ini bagus dalam aspek menambah pengetahuan am, ejaan, pergaulan/bersosial, bertolak-ansur, matematik, memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah, menanam sikap sense of urgency dan self directed,






Selamat mencuba! Selamat berMyMate!

Sunday, February 28, 2021

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

  


C:\Users\HADI\AppData\Local\Temp\ksohtml5336\wps1.png

 

 


   d/a Guru Besar, SK Taman Seri Gombak, Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak,

 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Tel/Faks : 03-61894886 E-mel : mgb.selangor@gmail.com

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

 


Tema : Hari Guru


Anjuran : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS)


Penyertaan : Semua Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor


Pautan pendaftaran: https://forms.gle/fcL1XormxgRKqe176


 

 Hadiah Peringkat Negeri:

 

Johan             RM 500.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan

Naib Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan


Ketiga             RM 200.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan



Hadiah Peringkat Daerah:

 

Johan             RM 300.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan

Naib Johan RM 200.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan


Ketiga             RM 100.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan



 

  1. Syarat-syarat Penyertaan

 

  1. Penyertaan hanya terbuka kepada sekolah-sekolah negeri Selangor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

  2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar tidak lebih dari tiga (3) penyertaan.

  3. Setiap penyertaan mesti membabitkan  murid-murid dengan diterajui oleh guru/AKP.

  4. Maksimum nama boleh didaftarkan sebagai peserta (guru/AKP/murid) hanya 5 orang, namun pelibatan pembikinan video tiada had. 

  5. Durasi video tidak lebih dari 5 minit dengan mesej yang sesuai dan jelas bertemakan “Hari Guru” mengikut kreativiti masing-masing.

  6. Setiap video diwajibkan memasukkan logo Hari Guru dan Majlis Guru Besar Negeri Selangor.  Namun peserta juga digalakkan untuk memasukkan lencana sekolah masing-masing. Logo Hari Guru dan MGS boleh juga didapati dalam blog Majlis Guru Besar Selangor di pautan http://mgbselangor.blogspot.com

  7. Kapsyen (caption) video yang dimuat naik harus menarik perhatian panel juri. 

  8. Tag 5 (lima) sahabat di YouTube anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #sambutanhari guruselangor, #jpnselangorterbilang #videomgbselangor, #bomsmgbs,  serta pastikan akaun anda adalah ‘public’ dan tidak ‘private’. 

  9. Sila ambil perhatian bahawa lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi, asalkan tidak melanggar SOP PKP, PKPP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa. 

  10. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia dengan syarat sekolah peserta adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

  11. Konsep video adalah bebas sama ada berbentuk iklan, komersil, sketsa, lagu, dokumentari atau drama mengikut kreativiti masing-masing. 

  12. Video pendek ini wajib menggunakan Bahasa Melayu sahaja. 

  13. Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu / mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan masyarakat.

  14. Bahan penyertaan mestilah daripada karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri. Jika mengguna pakai footage video yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 

  15. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan video.

  16. Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai music track yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 

  17. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap, tidak mengikut syarat atau lewat diterima. 

  18. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/  diciplak. 

  19. Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian.

 

B. Penilaian

 

1. Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema  pemarkahan seperti berikut: 

  1. Keunikan idea dan gagasan  (20 markah)

    1. Idea -10 markah

    2. Kreativiti -10 markah

  2. Isi Kandungan  (30 markah)

    1. Variasi guru -15 markah

    2. Hook -  5 markah

Iii.   Konflik -  5 markah

  1. Ending -  5 markah

  1. Komunikasi  (20 markah)

    1. Skrip/Story line -10 markah

    2. Durasi - 10 markah

  2. Teknikal/Software (20 markah)

    1. Filming -10 markah

    2. Editing -10 markah

  3. Inisiatif (10 markah)        

Jumlah markah keseluruhan    100 markah 

 

2.  Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.  

3. Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana video yang tidak menepati objektif penganjuran atau mengandungi unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat.  

4. Kandungan video mestilah kreatif dan menarik serta menepati tema yang diberikan. 

 



  1. Hak Milik 


1. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.  

2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.  

3. Video yang menyertai pertandingan ini masih menjadi hak milik bersama penggiat video.

4. Video yang memenangi pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) sepenuhnya dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain promosi pada masa akan datang.  

5. Peserta wajib bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur. 

 


Penyertaan 

 

1. Borang Penyertaan secara Google Form akan mula dikeluarkan melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com mulai 1 Mac 2021, Isnin.

2. Peserta yang bertanding boleh mengadakan promosi di mana-mana media untuk mendapatkan ‘like’ dan ‘view’ terbanyak itu.  

3. Tarikh akhir penghantaran penyertaan dan pertandingan ialah pada jam 6.00 petang, 14 April 2021 (Rabu). 

4.  Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi En Megat Pauzi bin  Ibrahim (013-2528803), Tn Hj. Nor Azmi bin Rahmat (013-6355030) atau En Rosman bin Mansoor (012-3050121). 


  • Pihak urus setia Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS)  berhak  untuk membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.


Terima kasih. 

 



SUKIMIN BIN JUKI 

Yang Dipertua, 

Majlis Guru Besar Selangor


1 Mac 2021



Logo Majlis Guru Besar Selangor



IMG_256
Logo Hari Guru