... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, July 20, 2020

Bagaimana Saya Boleh Memeta Masuk Baki Kurikulum (Kandungan Asas) ke Dalam Kalender Akademik Yang Baharu?

Rajah di bawah menunjukkan gabungan Kalender Akademik Sekolah (KAS) dengan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT).  Kita boleh lihat Tajuk 1 mula diajar pada minggu kedua persekolahan (bersamaan Minggu 1 Kalender Akademik).  Sila rujuk lajur 1 (Minggu Persekolahan) dan lajur 4 (Minggu Akademik).

Minggu Akademik bermaksud terdapat proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.  Dalam RPT ini, semua ketiga-tiga kandungan kurikulum - Kandungan Asas (KA), Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) dimasukkan ke dalamnya.  Kita dapat lihat dalam RPT ini, guru dijangka memerlukan 4 masa untuk menghabiskan KA dan menyelitkan satu masa untuk KT bagi Tajuk 1 dalam minggu pertama dia mengajar.  Kemudain Tajuk 1 ini bersambung masuk ke minggu kedua dan guru ini memperuntukkan 1 masa untuk mengakhiri KA diikuti dengan 3 masa lagi untuk KT.  Akhir sekali dia menjalankan PdP berkaitan KP untuk menamatkan Tajuk 1.


Begitulah seterusnya yang mana dijangka dia dapat menghabiskan kesemua 13 tajuk pada minggu ke-38 (akademik).  Namun disebabkan berlakunya wabak Covid-19, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup selama hampir 4 bulan (18 Mac hingga 15 Julai 2020). 

Apabila sekolah dibuka pada 15 Julai 2020, masih ada 15 minggu akademik (Minggu Akademik ke-24 hingga 38) yang berbaki berdasarkan Kalender Akademik Sekolah yang asal. Dalam pada itu terdapat 13 Minggu Akademik (Minggu Akademik ke-11 hingga 23) lagi yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan menyeluruh.  Ini menjadikan kesemuanya 28 minggu akademik yang diperlukan untuk menghabiskan silibus.

Dalam rajah di bawah, pada ruang sebelah kanan kita dapat lihat terdapat hanya 23 minggu persekolahan dan 19 minggu akademik. Jadi bagaimana dapat kita 'menyumbat' kandungan 28 minggu ke dalam 19 minggu ini?

BPK telah menjajarkan kandungan kurikulum dengan langkah mengasingkan standard pembelajaran kepada 3 jenis kandungan iaitu Kandungan Asas (KA), Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP). Bagi membolehkan untuk 28 minggu standard kandungan dapat dimasukkan ke dalam 19 minggu, maka hanya kandungan Asas yang perlu untuk dimasukkan ke dalam 19 minggu akademik ini.  Manakala Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap masih boleh diselitkan jika masih ada ruang.
Perlu memetakan Kandungan Asas ke dalam petak kuning di sebelah kanan

Sehubungan itu, kita perlu memetakan baki kurikulum (KA) masuk ke dalam petak berwarna kuning.  Misalkan, guru ini sebelum cuti pada 13 Mac 2020, beliau masih belum sempat mengajar Tajuk 5 (minggu akademik 9 dan 10).  Maka dia perlu masukkan sama Tajuk 5 ke dalam petak kuning.  Bermakna beliau perlu 'menyumbat' masuk 25 minggu akademik ke dalam 19 minggu.  Caranya ialah dengan hanya mengambil KA dari tajuk 5 hingga tajuk 13 dan masukkan ke dalam petak kuning. Guru boleh memasukkan sama KT dan KP pada mana yang perlu pada pandangan beliau.


Contoh pemetaan selesi dilakukan dari ruang sebelah kiri masuk ke ruang sebelah kanan.

Jadi adakah anda masih berfikir kita tidak perlu membuat RPT yang baharu?

RPT Asal
RPT Selepas Dijajarkan



No comments:

Post a Comment