... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, January 9, 2018

Kunjung Hormat Pengarah Pendidikan Selangor 2018








Agenda Pertemuan:
  1. Memperkenalkan Barisan Pegawai MGBS yang baharu
  2. Memaklumkan tentang Konvensyen Pendidikan Kebangsaan GMGBM - Selangor menjadi tuan rumah. Tarikh cadangan ialah 9-12 Julai 2018
  3. Sumbangan MGB 2017 akan diteruskan pada tahun 2018 seperti Hari Guru Peringkat Negeri dan majlis-majlis tertentu seperti Iftar.
  4. Kerjasama Program PINTAS bersama SPA diteruskan pada tahun 2018
  5. Mesyuarat Agung Tahunan MGB Daerah
Antara perkara yang memerlukan diambil tindakan hasil dari kunjung hormat tadi ialah:
  1. Semak cadangan tarikh konvensyen yg dikatakan bertembung dgn Acara Asean Games yg Selngor juga jadi tuan rumah
  2. Semak semula prosedur surat panggilan Menteri Pendidikan. Berikan softcopy surat kepada Jabatan
  3. Dapatkan maklumat dari SPRM sama ada tajaan konvensyen menyalahi undang2 atau tidak
  4. Setiap kali mohon pengeluaran surat panggilan mesyuarat kena patuhi prosedur SPSK seperti sertakan minit mesyuarat dan maklumbalas mesyuarat yang lalu serta mematuhi tempoh antara tarikh surat dan tarikh mesyuarat
  5. KPI tidak lagi mengambil kira GPS sebaliknya hanya MTM
  6. Cari tarikh dan pengisian utk sesi bersama semua GB SK seluruh Selangor. Pengarah cadangkan hujung Februari. Cadangan pengisian yang dicadangkan ialah KSSR Semakan 2017, SKPMg2
  7. Daerah kumpul maklumat tentang isu bakal kekurangan guru PPKI apabila tempoh 3 bulan pertama pemerhatian tamat. Maklumkan kpd PPD dan JPN segera agar kelurangan guru berbanding kelulusan ABM boleh diusahakan
  8. Mohon sekolah2 diingatkan tentang helah syarikat yang meniru bahan keluaran asli JPN/MGB dan pastikan dapatkannya dari sumber yang asli
  9. Pengarah minta senarai Pegawai, Exco Negeri dan AJK setiap daerah diberikan kepadanya

No comments:

Post a Comment