... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, April 1, 2017

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6, 2017

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6

Majlis Guru Besar Selangor akan mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6 pada 2 hingga 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru.  Keahlian MGB Selangor adalah  terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.

  1. 2012 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  2. 2013 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  3. 2014 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur.  6 hingga 8 Mei 2014 mencatatkan kehadiran seramai 419 orang
  4. 2015 - De Baron, Langkawi. 1-3 April 2015
  5. 2016 - TH Hotel and Convention, 5 - 7 April 2016
Konvensyen kali keenam ini dijangka akan diadakan di Hotel New York, Johor Bahru.  Johor merupakan destinasi undian tertinggi pilihan peserta konvensyen 2016. MGB Selangor akan menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli.  Sehubungan itu berikut ialah peringatan kepada semua ahli agar:
  1. Membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 10 April 2017 dengan mengisi borang elektronik yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing.
  2. Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
  3. Guru Besar yang telah mengesahkan hadir, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
Jadual di bawah ialah respon daripada Guru Besar yang menyatakan sama ada dapat hadir atau tidak ke konvensyen tersebut menerusi Google Form yang dikirim melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing. Paparan di sini akan dikemaskini secara automatik lebih kurang setiap 5 minit.



No comments:

Post a Comment