... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, January 30, 2016

OTI1 Goldcourse Klang


Pada 28& 29 Januari 2016 telah berlangsung bengkel tersebut di Hotel Goldcourse Klang dengan dihadiri seramai 32 orang penggubal, 2 ilustrator, 2 orang  di unit cetakan dan 7 orang pegawai.  Ini merupakan kali pertama menggunakan format baharu.
YDP MGBS En Mohamad Alwan Ginen menyampaikan sepatah dua kata


















Bengkel Pembinaan Soalan OTI 1/2016

Sebagai satu usaha untuk memartabatkan pendidikan di negeri Selangor.\, MGB telah berusaha untuk menghasilkan soalan-soalan untuk kegunaan sekolah-sekolah yang menepati kehendak dan standard yang diteteapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bengkel ini dihadiri oleh ramai pakar-pakar dalam mata pelajaran masing-masing.














Thursday, January 28, 2016

Mesyuarat Pegawai Persediaan Konvensyen Pendidikan 5

Pada 28 Janauri 2016 telah berlangsung Mesyuarat yang membincangkan persediaan awal mengenai Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5.  Mesyuarat ini telah dihadiri kesemua pegawai dan berlangsung di Bussiness Centre Goldcourse.

Monday, January 25, 2016

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5

Majlis Guru Besar Selangor akan mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5 pada 5 hingga 7 April 2016 di Kuala Terengganu.  Keahlian MGB Selangor adalah  terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.


  1. 2012 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  2. 2013 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  3. 2014 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur.  6 hingga 8 Mei 2014 mencatatkan kehadiran seramai 419 orang
  4. 2015 - De Baron, Langkawi. 1-3 April 2015
Konvensyen kali kelima ini dijangka akan diadakan di TH Hotel, Kuala Terengganu.  MGB Selangor akan menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli.  Sehubungan itu berikut ialah peringatan kepada semua ahli agar:
  1. Membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 1 Februari 2016 dengan mengisi borang elektronik yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing.
  2. Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
  3. Guru Besar yang telah mengesahkan hadir, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
Ketiga-tiga jadual di bawah ini ialah respon daripada Guru Besar yang menyatakan sama ada dapat hadir atau tidak ke konvensyen tersebut menerusi Google Form yang dikirim melalui kumpulan WhatsApp daerah masing-masing. Paparan di sini akan dikemaskini secara automatik lebih kurang setiap 5 minit.


Kedudukan Respon Berdasarkan Pecahan Daerah dan Jantina



Senarai Guru Besar Yang Telah Memberikan Respon



Wednesday, January 20, 2016

MGB Sepang: Majlis Persaraan Guru Besar SJK (T) Dengkil

Pada 20 Januari 2016 telah berlangsung majlis persaraan En. M.Tamilsekaran, Guru Besar SJK (T) Dengkil. Majlis dihadiri oleh YB Shahrum Hj Mohd Sharif, Tn PPD Seoang Haji Khairi Bidin, En. Daniel Amaldas yang mewakili Pengarah Pendidikan.

En. Tamil telah berkhidmat sebagai guru selama hampir 42 tahun dengan memulakan perkhidmatannya sewaktu berusia 18 tahun.
YB Shahrum, ADUN Dengkil turut hadir
Ucapan PPD Sepang, Tuan Haji Khairi Bidin
Antara mereka yang turut hadirir.  Yang bersari hijau dan kunig emas ialah isteri yang dirai
En. Sukimin dan En. Wong (Bendahari)
Persembahan tarian murid
Ucapan dari wakil Pengarah En. Daniel

Tuesday, January 19, 2016

Perbincangan Awal Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5

Pegawai MGB Selangor telah mengadakan bertemu dengan Pengarah Pendidikan En Zainuren pada 15 Januari lalu. Pada dasarnya tuan Pengarah telah bersetuju dan ia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan pada JPN dan PPD. Kesemua perbelanjaan adalah ditanggung oleh MGB Negeri, MGB Daerah dan juga ahli.