... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, November 2, 2016

Jadual Berdasarkan Kalender Akademik

Kiraan pada jadual tahun 4-6 adalah salah kerana BM patutnya 160 jam bukannya 192

Sunday, October 30, 2016

Minggu Sekolah Sesi Persekolahan 2017

Berikut ialah minggu-minggu sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2017.  Ia sangat penting misalnya bagi kegunaan untuk menetapkan bilangan minggu Kalender Akademik Sekolah (Minggu P&P Sebenar), merancang Takwim Sekolah dan Rancangan Pelajaran Tahunan.

Selain itu jadual ini juga berguna untuk rujukan para guru/ibubapa tentang minggu persekolahan agar kiraannya sama. Ini berikutan sesetengah orang keliru apabila mengambil minggu cuti sekolah dalam kiraan. Kiraan minggu yang betul amat penting misalnya dalam menentukan giliran mata pelajaran RBT/TMK.

Sesi Persekolahan 2017 terdapat 43 minggu persekolahan.  Daripada 43 minggu ini pihak sekolah perlu menentukan bilangan minggu Kalender Akademiknya bagi membolehkan penetapan Jadual Waktu Sekolah dapat dibuat. Sebagaimana yang dimaklumi, mulai tahun 2017 Peruntukan Waktu Mata Pelajaran berubah cara kiraannya iaitu daripada minit seminggu kepada jam setahun. Jika dahulu sekolah perlu memastikan dalam jadual waktu mesti setiap mata pelajaran diuntukkan mengikut jumlah minitnya yang telah ditetapkan.  Namun mulai 2017 yang penting ialah jumlah jam setahun bagi setiap mata pelajaran perlu cukup dan ia dapat disemak melalui bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing.  Kaedah ini akan membolehkan sesetengah sekolah tamat sesi persekolahan hariannya lebih awal atau lebih lewat.  Ia bergantung kepada bilangan minggu Kalender Akademik sekolah yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

Saturday, September 10, 2016

Mesyuarat in progress





Pegawai Perhubungan En. Mohradi Moklas sedang memberikan ucapan sulungnya dalam mesyuarat Exco MGBS



Friday, September 9, 2016

Durian Runtuh Buat MGB Daerah

Sepang penerima tertinggi
Tuan Hj. Majid mewakili Gombak

En Norazmi mewakili Klang
En. Jamil mewakili Hulu Langat
En. Megat mewakili Sabak Bernam
Ustazah Anis mewakili Petaling Perdana
Pn Nor Azian mewakili Hulu Selangor
Pn. Latifah mewakili Petang Utama
En. Ahmad Yusak mewakili Kuala Selangor
En Azmi mewakili Kuala Langat