d/a Guru Besar, SK Taman Seri Gombak, Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak,
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks : 03-61894886 E-mel : mgb.selangor@gmail.com
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
Tema : Hari Guru
Anjuran : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS)
Penyertaan : Semua Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/fcL1XormxgRKqe176
Hadiah Peringkat Negeri:
Hadiah Peringkat Daerah:
Syarat-syarat Penyertaan
Penyertaan hanya terbuka kepada sekolah-sekolah negeri Selangor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Setiap sekolah hanya boleh menghantar tidak lebih dari tiga (3) penyertaan.
Setiap penyertaan mesti membabitkan murid-murid dengan diterajui oleh guru/AKP.
Maksimum nama boleh didaftarkan sebagai peserta (guru/AKP/murid) hanya 5 orang, namun pelibatan pembikinan video tiada had.
Durasi video tidak lebih dari 5 minit dengan mesej yang sesuai dan jelas bertemakan “Hari Guru” mengikut kreativiti masing-masing.
Setiap video diwajibkan memasukkan logo Hari Guru dan Majlis Guru Besar Negeri Selangor. Namun peserta juga digalakkan untuk memasukkan lencana sekolah masing-masing. Logo Hari Guru dan MGS boleh juga didapati dalam blog Majlis Guru Besar Selangor di pautan http://mgbselangor.blogspot.com
Kapsyen (caption) video yang dimuat naik harus menarik perhatian panel juri.
Tag 5 (lima) sahabat di YouTube anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #sambutanhari guruselangor, #jpnselangorterbilang #videomgbselangor, #bomsmgbs, serta pastikan akaun anda adalah ‘public’ dan tidak ‘private’.
Sila ambil perhatian bahawa lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi, asalkan tidak melanggar SOP PKP, PKPP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia dengan syarat sekolah peserta adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Konsep video adalah bebas sama ada berbentuk iklan, komersil, sketsa, lagu, dokumentari atau drama mengikut kreativiti masing-masing.
Video pendek ini wajib menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu / mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan masyarakat.
Bahan penyertaan mestilah daripada karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri. Jika mengguna pakai footage video yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan video.
Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai music track yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap, tidak mengikut syarat atau lewat diterima.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ diciplak.
Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian.
B. Penilaian
1. Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
Keunikan idea dan gagasan (20 markah)
Idea -10 markah
Kreativiti -10 markah
Isi Kandungan (30 markah)
Variasi guru -15 markah
Hook - 5 markah
Iii. Konflik - 5 markah
Ending - 5 markah
Komunikasi (20 markah)
Skrip/Story line -10 markah
Durasi - 10 markah
Teknikal/Software (20 markah)
Filming -10 markah
Editing -10 markah
Inisiatif (10 markah)
Jumlah markah keseluruhan 100 markah
2. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
3. Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana video yang tidak menepati objektif penganjuran atau mengandungi unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat.
4. Kandungan video mestilah kreatif dan menarik serta menepati tema yang diberikan.
Hak Milik
1. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.
2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
3. Video yang menyertai pertandingan ini masih menjadi hak milik bersama penggiat video.
4. Video yang memenangi pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) sepenuhnya dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain promosi pada masa akan datang.
5. Peserta wajib bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
Penyertaan
1. Borang Penyertaan secara Google Form akan mula dikeluarkan melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com mulai 1 Mac 2021, Isnin.
2. Peserta yang bertanding boleh mengadakan promosi di mana-mana media untuk mendapatkan ‘like’ dan ‘view’ terbanyak itu.
3. Tarikh akhir penghantaran penyertaan dan pertandingan ialah pada jam 6.00 petang, 14 April 2021 (Rabu).
4. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi En Megat Pauzi bin Ibrahim (013-2528803), Tn Hj. Nor Azmi bin Rahmat (013-6355030) atau En Rosman bin Mansoor (012-3050121).
Pihak urus setia Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS) berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.
Terima kasih.
SUKIMIN BIN JUKI
Yang Dipertua,
Majlis Guru Besar Selangor
1 Mac 2021