... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, January 30, 2021

Buku Teks Digital Sekolah Rendah 2021

 Buku Teks Digital:


Berikut merupakan senarai buku teks digital dalam bentuk PDF yang telah dikurangkan size failnya supaya ia lebih ringan dan mudah dimuat turun. Senarai buku dan fail-fail terkini akan dimuat naik dari masa ke semasa. Sila klik link di bawah untuk muat turun Buku Teks:

Tahun 1

  1. Bahasa Melayu Tahun 1 SK (44.1mb)

  2. English Year 1 SK (40.3mb)

  3. Super Minds 1 – Student’s Book (47.8mb)

  4. Super Minds 1 – Workbook (32.2mb)

  5. Matematik Tahun 1 SK Jilid 1 (37.8mb)

  6. Mathematics_Year1 Part 1 (36.0mb)

  7. Matematik Tahun 1 SK Jilid 2 (18.0mb)

  8. Mathematics_Year 1 Part 2 (25.0mb)

  9. Sains Tahun 1 SK (28.1mb)

  10. Science Year 1 SK (27.3mb)

  11. Pendidikan Islam Tahun 1 (47.2mb)

  12. Pendidikan Moral Tahun 1 SK (46.5mb)

  13. Pendidikan Kesenian Tahun 1 SK (24.2mb)

  14. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1 SK (30.1mb)

  15. Bahasa Arab Tahun 1 SK (30.7mb)

  16. Bahasa Cina Tahun 1 SK (20.1mb)

  17. Bahasa Tamil Tahun 1 SK (22.7mb)

Tahun 2

  1. Bahasa Melayu Tahun 2 SK Jilid 1 (39.6mb)

  2. Bahasa Melayu Tahun 2 SK Jilid 2 (39.5mb)

  3. Super Minds 1 – Student’s Book (47.8mb)

  4. Super Minds 1 – Workbook (32.2mb)

  5. Matematik Tahun 2 SK Jilid 1 (34.1mb)

  6. Mathematics Year 2 Part 1 (44.0mb)

  7. Matematik Tahun 2 SK Jilid 2 (21.6mb)

  8. Mathematics_Year 2 Part 2 (29.0mb)

  9. Sains Tahun 2 SK (35.7mb)

  10. Science Year 2 SK (34.8mb)

  11. Pendidikan Islam Tahun 2 (20.9mb)

  12. Pendidikan Moral Tahun 2 SK (28.1mb)

  13. Pendidikan Kesenian Tahun 2 SK (48.1mb)

  14. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 SK (40.6mb)

  15. Bahasa Arab Tahun 2 SK (18.5mb)

  16. Bahasa Cina Tahun 2 SK (17.9mb)

  17. Bahasa Tamil Tahun 2 SK (27.1mb)

 

Tahun 3

  1. Bahasa Melayu Tahun 3 SK Jilid 1 (25.6mb)

  2. Bahasa Melayu Tahun 3 SK Jilid 2 (25.2mb)

  3. Get Smart Plus 3 Student’s Book (42.2mb)

  4. Get Smart Plus 3 Workbook (23.2mb)

  5. Matematik Tahun 3 SK Jilid 1 (44.0mb)

  6. Mathematics Year 3 Part 1 (45.3mb)

  7. Matematik Tahun 3 SK Jilid 2 (26.0mb)

  8. Mathematics_Year 3 Part 2 (26.9mb)

  9. Sains Tahun 3 SK (37.0mb)

  10. Science Year 3 (38.0mb)

  11. Pendidikan Islam Tahun 3 (25.0mb)

  12. Pendidikan Moral Tahun 3 SK (69.7mb)

  13. Pendidikan Kesenian Tahun 3 SK (27.1mb)

  14. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 SK (19.6mb)

  15. Bahasa Arab Tahun 3 SK (12.2mb)

  16. Bahasa Cina Tahun 3 SK (16.7mb)

  17. Bahasa Tamil Tahun 3 SK (28.5mb)

 

Tahun 4

  1. Bahasa Melayu Tahun 4 SK (61.8mb)

  2. Get Smart Plus 4 Student’s Book (46.4mb)

  3. Matematik Tahun 4 SK (61.3mb)

  4. Mathematics Year 4 (60.8mb)

  5. Sains Tahun 4 SK (45.4mb)

  6. Science Year 4 (46.1mb)

  7. Pendidikan Islam Tahun 4 (33.1mb)

  8. Pendidikan Moral Tahun 4 SK (41.3mb)

  9. Sejarah Tahun 4 SK (51.6mb)

  10. Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 SK (27.6mb)

  11. Pendidikan Kesenian Tahun 4 SK (30.9mb)

  12. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4 SK (33.9mb)

  13. Bahasa Arab Tahun 4 (28.0mb)

  14. Bahasa Cina Tahun 4 SK (24.8mb)

  15. Bahasa Tamil Tahun 4 SK (30.3mb)

 

Tahun 5

Buku Teks Digital Asas (BTDA) bagi Tahun 5 masih belum semua judul diterbitkan.

  1. English Plus 1 Student’s Book Year 5 (35.9mb)

  2. Matematik Tahun 5 SK (34.5mb)

  3. Pendidikan Islam Tahun 5 SK (37.9mb)

  4. Pendidikan Moral Tahun 5 SK (40.5mb)

  5. Bahasa Arab Tahun 5 SK (34.1mb)

  6. Sains Tahun 5 SK (20.3mb)

 

Buku teks berikut boleh digunakan untuk sementera waktu (rendah kualiti).

  1. Bahasa Melayu Tahun 5 SK (29.1mb)

  2. Pendidikan Moral Tahun 5 SK (40.5mb)

  3. Pendidikan Muzik Tahun 5 SK (7.23mb)

  4. Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK (11.0mb)

  5. Sejarah Tahun 5 SK (54.0mb)

  6. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK (55.7mb)

 

Tahun 6

  1. Bahasa Melayu Tahun 6 SK (54.3mb)

  2. English Year 6 SK (41.9mb)

  3. Matematik Tahun 6 SK (57.5mb)

  4. Sains Tahun 6 SK (61.7mb)

  5. Science Year 6 (64.3mb)

  6. Sejarah Tahun 6 SK (Unit 1-5.03mb) (Unit 2 – 4.39mb)

  7. Pendidikan Islam Tahun 6 (46.1mb)

  8. Pendidikan Moral Tahun 6 SK (37.3mb)

  9. Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 SK (22.3mb)

  10. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 SK (23.3mb)

  11. Pendidikan Seni Visual Tahun 6 SK (40.7mb)

  12. Pendidikan Muzik Tahun 6 SK (40.6mb)

  13. Pendidikan Kesihatan Tahun 6 SK (26.0mb)

  14. Pendidikan Jasmani Tahun 6 SK (32.9mb)

  15. Bahasa Arab Tahun 6 (38.6mb)

  16. Bahasa Cina Tahun 6 SK (34.3mb)


Dipetik dari laman web SK Likas, Kota Kinabalu.

Wednesday, January 27, 2021

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

As salam dan selamat sejahtera,
Dipohon semua guru besar dan guru memahami intipati penjelasan daripada facebook Menteri Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin ini berkaitan PdPR.




Dr Radzi Jidin 

Apabila PKP dilaksana buat pertama kali pada 18 Mac 2020, sesi persekolahan dijalankan dengan kaedah yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Pada waktu itu KPM telah memutuskan supaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
KPM memahami bahawa murid-murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi. Setiap guru juga berdepan dengan situasi dan cabaran yang berbeza. Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
Sepertimana yang dijelaskan dalam Manual PdPR KPM, PdPR tidak terhad kepada kaedah dalam talian. Guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian untuk murid mereka.
Antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid. Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa. Kemudian, guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan. Ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul. Ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid. Bahkan, saya dimaklumkan guru SMK Pulau Gaya menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
Sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Terima kasih, Cikgu!
Kepada ibu bapa, kami mengucapkan setinggi penghargaan atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Pandemik COVID-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. Walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha.
Marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Sent from my iPhone


Friday, January 15, 2021

Contoh Kalender Akademik Sekolah 2021

 




Minggu Akademik Sekolah
Tahap 1 - 38 minggu - tiada peperiksaan
Tahap 2 - 36 minggu

Pada Minggu Persekolahan ke-4, 16, 37 dan 42 sekolah ini tidak menjadikannya sebagai Minggu Akademik bagi kelas Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) kerana pada minggu-minggu tersebut bilangan hari belajar hanya 1 hari pada minggu perayaan Tahun Baru Cina dan minggu perayaan Hari Raya sementara hanya 2 hari pada minggu perayaan Deepavali.  Bagi Tahap 2 ditambah lagi 2 minggu iaitu 18 dan 39 kerama pada waktu tersebut berlangsungnya peperiksaan.

UPSR pada minggu ke-33 hanya sebagai contoh. Tiada sebarang keputusan rasmi mengenainya dan ini tidak boleh dijadikan rujukan.

Setelah Kalender Akademik ini siap disedia dan disahkan oleh Guru Besar, maka bolehlah para Ketua Panitia dan guru bergerak untuk membuat Rancangan Pelajaran Tahunan masing-masing.
 


Wednesday, January 13, 2021

Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0)

 As salam dan selamat sejahtera,


Sila muat turun Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0) di di pautan ini 


http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/lain-lain/category/449-penjajaran-kurikulum-standard-sekolah-rendah-kssr-semakan-2017 


Sebahagian besar mata pelajaran sudah ada DPK 2.0nya. Bagi yang belum ada, lawati dari semasa ke semasa untuk menyemak dan mengambil tindakan.  


Selepas itu masukkannya ke dalam RPT masing-masing. RPT sekolah kita pada tahun 2021 ini ialah:

Tahap 1 - ___ minggu kalender akademik

Tahap 2 - ___ minggu kelander akademik


Sisipan - bermaksud kita mengajar kurikulum tahun 2020 (DPK 1.0) yang tidak dapat dilaksanakan atau tidak dikuasai murid (terkesan) kepada murid tahun 2021 ini.


Ada dua kaedah sisipan sebagaimana yang BPK sarankan iaitu:

1- dikhususkan pada minggu2 tertentu

2- dibuat sepanjang tahun


Ia bergantung kepada situasi di sekolah masing-masing. Jika tiada sebarang DPK 1.0 yang terkesan maka tidak perlu dibuat langsung sisipan ini. Sila bincang bersama PK Pentadbiran atau Guru Besar.


Sebagai peringatan bersama, amalan membeli atau mengambil RPT dari sekolah/internet lain perlu dielakkan kerana kita sepatutnya merancang sendiri RPT tersebut sesuai dengan murid-murid dan MKA sekolah kita.  Kita perlu memastikan RPT kita cukup untuk silibus (DPK2.0/Sisipan) dapat dihabiskan seperti yang dirancang.


Sekian, terima kasih.


Guru Besar


13 Januari 2021