... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Sunday, October 25, 2020

SMS dari MKN

21.10.20: Mulai 22 Oktober hingga tamat PKPB di KL, Putrajaya, Labuan, Selangor & Sabah, pekerja sektor awam & swasta tidak perlu ke pejabat sebaliknya hanya WFH.

21.10.20: Bagi pekerja di zon merah yang perlu ke tempat kerja, mesti jalani saringan & ujian COVID-19 dan dapatkan surat pelepasan perjalanan daripada majikan.

22.10.20: Susulan arahan WFH di kawasan PKPB. Pekerja & majikan dinasihatkan untuk merujuk Surat Edaran JPA bagi sektor awam & laman sesawang MITI bagi sektor swasta.

22.10.20: Selain daripada sektor awam dan swasta, lain-lain sektor ekonomi tidak formal boleh beroperasi seperti biasa di kawasan PKPB berdasarkan SOP sedia ada.

Kita belum menang. Terus patuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri seiring norma baharu bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Elakkan 3S. Kawasan SESAK, tempat SEMPIT, SEMBANG dekat. Amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka.

Kontak rapat: individu bersemuka dgn kes positif pada jarak kurang 1 meter & ada kontak fizikal dgn kes positif dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan.

Perangi COVID-19: Amalkan CAPP
CEGAH dari awal,
AMAL norma baharu,
PATUHI SOP,
PANTAU status kesihatan sentiasa.

#kitajagakita#

No comments:

Post a Comment