... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, November 4, 2019

Bengkel Google Classroom Perkasa ICT Guru Besar Negeri Selangor


Pada Isnin, 4 November 2019 bertempat di Dewan Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam, telah diadakan Bengkel Google Classroom khusus buat semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Bengkel ini dijalankan dengan bermula dengan Pendaftaran dan Sarapan. Setelah Bacaan Doa, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Sukimin Bin Juki YDP MGB Selangor, merangkap, YDP MGB Gabungan Malaysia. Bengkel Google Classroom berjaya disampaikan dengan jayanya oleh Mohd Khamarol Izwan Bin Othman, Jurulatih Utama Google Classroom Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Bengkel diselang-seli dengan Penyampaian Sijil, Cenderamata dan pelancaran Pelantar e-Dagang KOGUBESTore olek Koperasi Guru Besar Selangor Berhad atau KOGUBEST dan Program diakhiri dengan Perasmian penutup oleh Presiden Angkasa, Dato' Abdul Fattah Bin Abdullah



Pendaftaran menggunakan Smart Kad MGBS


Bacaan Doa

  

Ucapan Alu-aluan





Penceramah Google Classroom




Penyerahan Sijil Penghargaan kepada tuan rumah
En. Zainuddin Abdul Halim
Guru Besar SK Bukit Jelutong


Antara Barang jualan yang dijual secara online atau e-Dagang
oleh KOGUBESTore





Majlis Penutup Bengkel dan Pelancaran KOGUBESTore

  

Dato' Abdul Fattah Bin Abdullah
Presiden Angkasa, Malaysia

Berikut adalah catatan ringkas Bengkel Google Classroom MGB SK Negeri Selangor 2019

Tarikh : 4 November 2019
Tempat : Dewan Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam

Ucapan Alu-aluan
Tuan Sukimin Bin Juki
YDP MGB Selangor
merangkap
YDP MGB Gabungan Malaysia

1. Program adalah hasrat Pengarah JPN Selangor
2. Ucapan Terima Kasih buat tuan rumah, Mohd Khamarol Izwan Bin Othman, Urus Setia dan semua GB yang dapat hadir
3. Program Interim sedang berjalan dari Julai hingga Disember 2019
4. Selamat berbengkel GC 2019

Bacaan Doa oleh;
Ustaz Nizamuddin Bin Hj. Abdul Majid

Bengkel Google Classroom
Penceramah:
Mohd Khamarol Izwan Bin Othman
Jurulatih Google Classroom
daftar ID GC : *.*@moe-dl.edu.my
Klik join class
password join class : s97fv

Antara JK Google Classroom disekolah:
Disamping PGB sebagai pengerusi
# PK Pentadbiran adalah Super Admin bagi Google Classroom
disamping Guru ICT sebagai Admin

Cara lihat paparan Admin Console Sekolah
masuk guna e-mail kod sekolah.xxxx@moe.gov.my

Google education training menawarkan aplikasi Work batch education khusus untuk bina kod bagi ROBOTIC..

Pengisian Bengkel Google Classroom
1. Mengetahui cara Join Kelas
2. Boleh letakkan mesej dan arahan pada paparan skrin
3. Latihan membina Kelas dan jemput rakan ke dalam kelas
4. Pelajaran yang menjadi latihan ialah membuat eRPH sebagai tugasan.
5. Buat tetapan bagi pelbagai bentuk fail untuk diupload ke Google drive
6. Mengetahui bagaimana menyusun jadual aktiviti dan menguruskan mesyuarat menggunakan Calendar Classroom..
7. Bagi membuat pengukuhan, peserta bengkel diminta menyertai https://quizizz.com/join dengan Password 985375
5 peserta terbaik diberikan saguhati..

Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan.

Ucapan Penutup
Pengarah JPN Selangor
Dr. Mahanom Binti Mat Sam
disampaikan oleh YDP MGBS

# Mohon Kuasai Pekeliling KSSR Semakan 2017 tahun 1, 2, 3

Antara perkara penting ialah tentang penjelasan Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3)

Contoh isu : Surat 2015 penetapan jadual 3,2,1 bagi jadual P.Islam
Surat semakan KSSR 2017 penetapan Pendidikan Islam boleh 5 waktu

Ucapan Pengerusi Koperasi Guru Besar Selangor Berhad
# Ucapan Alu-aluan
# Penjelasan pelancaran pelantar e-dagang KOGUBESTore
# Terima Kasih kepada semua GB
# KGB SB bertukar kepada KOGUBEST
# Koperasi berumur lebih 11 tahun..
# Keahlian daripada Guru Besar Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
# Boleh layari web: www.kogubest.com

# Penyerahan Sijil MOU Perjanjian Persefahaman diantara KOGUBEST oleh Tuan Sukimin dengan pihak ALK KOGUBESTore Dato' Nadzmi

Perasmian Penutup Majlis

dirasmikan oleh Presiden Angkasa, Dato' Abdul Fattah Bin Abdullah

Pencatat : Wakil MGB HS
Find quizzes on any topic and practice or compete with friends.


No comments:

Post a Comment