... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, October 3, 2019


KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMIMPIN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
                                ANJURAN BERSAMA: MGB SELANGOR DAN MGB KUALA LANGAT    
               

TARIKH:                      30 SEPTEMBER 2019 ( ISNIN )
MASA:                        08:00 HINGGA 04:30 PETANG
TEMPAT:                     PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR, MORIB


LATAR BELAKANG

Majlis Guru Besar Selangor telah meminta Majlis Guru Besar setiap daerah menganjurkan satu kursus selama satu hari bermula tahun 2019.  Setiap daerah diminta menghantar 4 orang guru besar menghadiri setiap kursus tersebut.  Peruntukan yang diberikan oleh MGB Selangor ialah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan baki kekurangan perbelanjaan ditampung oleh MGB Daerah masing-masing.  Sehubungan itu, Majlis Guru Besar Kuala Langat (MGBKL) akan mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pemimpin Sekolah Negeri Selangor pada 30 September 2019 di Pusat Latihan Awam Morib, Banting. Oleh itu, aktiviti ini amat sesuai diadakan untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme pemimpin sekolah.
    

OBJEKTIF KURSUS  
  1. Menambah pengetahuan, kemahiran dan kemahiran kepada semua  guru besar 
      sebagai pengurus sekolah; dan
  2. Meningkatkan pembangunan profesionalisme kepimpinan sekolah

SASARAN
1. 35 orang guru besar SK, 36 orang guru besar ( 4 orang guru besar bagi 9  buah daerah  
    )=  71 orang
2. Tetamu khas = 3 orang 
               







         










No comments:

Post a Comment