Berikut ialah minggu-minggu sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2017. Ia sangat penting misalnya bagi kegunaan untuk menetapkan bilangan minggu Kalender Akademik Sekolah (Minggu P&P Sebenar), merancang Takwim Sekolah dan Rancangan Pelajaran Tahunan.
Selain itu jadual ini juga berguna untuk rujukan para guru/ibubapa tentang minggu persekolahan agar kiraannya sama. Ini berikutan sesetengah orang keliru apabila mengambil minggu cuti sekolah dalam kiraan. Kiraan minggu yang betul amat penting misalnya dalam menentukan giliran mata pelajaran RBT/TMK.
Sesi Persekolahan 2017 terdapat 43 minggu persekolahan. Daripada 43 minggu ini pihak sekolah perlu menentukan bilangan minggu Kalender Akademiknya bagi membolehkan penetapan Jadual Waktu Sekolah dapat dibuat. Sebagaimana yang dimaklumi, mulai tahun 2017 Peruntukan Waktu Mata Pelajaran berubah cara kiraannya iaitu daripada minit seminggu kepada jam setahun. Jika dahulu sekolah perlu memastikan dalam jadual waktu mesti setiap mata pelajaran diuntukkan mengikut jumlah minitnya yang telah ditetapkan. Namun mulai 2017 yang penting ialah jumlah jam setahun bagi setiap mata pelajaran perlu cukup dan ia dapat disemak melalui bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing. Kaedah ini akan membolehkan sesetengah sekolah tamat sesi persekolahan hariannya lebih awal atau lebih lewat. Ia bergantung kepada bilangan minggu Kalender Akademik sekolah yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.