... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, May 7, 2016

Majlis Sejambak Budi, Selautan Kasih

Pergerakan Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan berlaku melibatkan seramai 7 orang pada bulan April 2016.  Di antaranya ialah Pengarah Pendidikan Selangor En. Zainuren Hj Mohd Noor dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya.  Kekosongan tempat beliau diisi oleh Tn. Haji Mohd Salleh Mohd Kassim, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.

Sebagai tanda menghargai pelbagai sumbangan yang telah beliau taburkan di negeri kelahirannya, Jabatan Pendidikan Selangor telah menganjurkan Majlis Sejambak Budi Selautan Kasih di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 6 Mei 2016.  Majlis Guru Besar Selangor telah membeli dua buah meja selain menyampaikan cenderamata kepada beliau.Banyak jasa beliau di Selangor dan terhadap MGB Selangor dan MGB Daerah-daerah.  Sesungguhnya Selangor begitu terasa akan kehilangannya.

Selamat Maju Jaya Tuan!












No comments:

Post a Comment