Tahun 2016 dijangkakan penuh dengan cabaran kepada dunia pendidikan kerana banyak perkara-perkara baharu diperkenalkan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSR) sepenuhnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6 membuka dimensi baru kepada para pendidik. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada (KBSR) untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang hadir ke dunia pendidikan negara selari dengan pelaksanaan KSSR akan sampai ke kemuncaknya. Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Peperiksaan Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan lengkap kitarannya. Di antara komponen PBS tersebut, perubahan Peperiksaan Pusat UPSR dijangka memberi kesan yang paling besar. Selain bilangan subjek yang ditambah menjadi 6, format setiap kertas dan penekanan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan tersebut telah menjadi topik hangat diperkatakan pada penghujung kalender persekolahan 2015.
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang hadir ke dunia pendidikan negara selari dengan pelaksanaan KSSR akan sampai ke kemuncaknya. Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Peperiksaan Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan lengkap kitarannya. Di antara komponen PBS tersebut, perubahan Peperiksaan Pusat UPSR dijangka memberi kesan yang paling besar. Selain bilangan subjek yang ditambah menjadi 6, format setiap kertas dan penekanan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan tersebut telah menjadi topik hangat diperkatakan pada penghujung kalender persekolahan 2015.
Selamat Tinggal - mulai 2016 sasarannya ialah 6A |
Sehubungan itu para Guru Besar diminta agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini bagi memastikan kualiti pendidikan negeri Selangor terus dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment