... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, September 28, 2015

Urutan Surat Siaran Mengenai Persekolahan dan Cuti Persekolahan Bagi Sesi 2015

























PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998*

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
 (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 
1998* 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan mula berkuat kuasa. 
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.

2. Pemakaian. 
Peraturan-Peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 

3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini— 


  • “guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah; 
  • “cuti peristiwa” ertinya hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah;
  • “hari ganti” ertinya hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. 


4. Kaedah-kaedah penggal sekolah.
Kaedah-kaedah penggal sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah mendapat kelulusan Menteri. 

5. Cuti.
Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.

6. Hari sekolah. 


  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dan satu ratus sembilan puluh hari. 


7. Cuti peristiwa. 


  1. Guru besar atau pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari bagi mana-mana satu tahun.
  2. Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah. 


8. Daftar kehadiran murid. 


  1. Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan dalam daftar kedatangan murid pada setiap hari yang murid itu hadir. 
  2. Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan. 
  3. Guru besar atau pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-turut tanpa apa-apa sebab munasabah. 


9. Pemberitahuan cuti. 
Guru besar atau pengetua hendaklah memberitahu ibu bapa murid secara bertulis mengenai hari ganti, cuti penggal sekolah dan cuti peristiwa. 

10. Kuasa menutup sekolah. 


  1. Guru besar atau pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi suatu tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.
  2. Penutupan sekolah di bawah subperaturan (1), hendaklah diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang praktik dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain. 


Dibuat 8 April 1998


**Nota:
Menteri mengeluarkan Peraturan di atas berikutan kuasa yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seperti yang berikut (rujuk yang bertanda biru):
BAHAGIAN XIII 
PERATURAN-PERATURAN 
130. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan. 


  1. Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
  2. Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut
(a) penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu; 
(b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan

Sunday, September 27, 2015

Penutupan Sekolah Pada 28.9.15 Berikutan Jerebu

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor ditutup pada Isnin, 28 September 2015 berikutan bacaan IPU menunjukkan Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-309)







Wednesday, September 23, 2015

Janji kita di sini 1.10.15

Para Pegawai dan Exco diminta berkumpul di masjid Kula Selangor ini pada pukul 7.45 pagi 1 Oktober 2015 untuk sama-sama bertolak ke SK Seri Maamor

Tuesday, September 22, 2015

Rencah ratus di Mesyuarat Exco

Mesyuarat Exco MGbSelangor berlangsung di Kelab Shah Alam pada 21 September 2015.


YDP sedang mempengerusikan mesyuarat

Bendahari sedang membisikkan info penting kepada YDP

En. Zaharuddin Jamil dari Kuala Langat turut hadir dalam sesi taklimat

Masing-masing sibuk melihat aturcara program

Tuesday, September 15, 2015

Semakan TOV 2016

Pada 11 dan 12 September 2015 telah berlangsung bengkel kerja Memurnikan Soalan TOV UPSR 2016 di Hotel Goldcourse Klang.

MGB Selangor terus berusaha untuk memperkasakan imej pendidikan negeri Selangor agar menjadi yang terbilang seperti yang dihasratkan oleh tuan Pengarah Pendidikan En. Zainuren Hj Mohd Noor.

YDP sedang menyampaikan ucapan penutupan

Pn. Maznah Mohd Noor




















Halatuju masa hadapan

Hj Azmi, Hj Shukor, En. Alwan, En. Sukimin, En. Hasim dan Hj. Hamidi

Tuesday, September 1, 2015

Seminggu Lagi UPSR 2015



UPSR pada tahun 2015 ini merupakan calon terakhir yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mulai tahun 2016, calon UPSR adalah di kalangan mereka yang belajar menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 September ini. Daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 pula merupakan calon sekolah swasta.



Image result for upsr



Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual. Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

MGB Selangor mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon UPSR 2015.  Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan.