... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, February 9, 2021

Hari-hari Persekolahan Sepanjang Tahun 2021 Bagi Setiap Negeri

Sebagaimana yang dimaklumi, jumlah minimum hari persekolahan yang wajib dipenuhi oleh setiap sekolah dalam setahun ialah 190 hari.  Keperluan minimum ini termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996.  Berdasarkan kepada Kalender Persekolahan 2021, Cuti Perayaan (tahun ini ia babitkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali) dan Cuti-cuti Am Persekutuan dan Negeri, berikut ditunjukkan jumlah hari persekolahan bagi setiap negeri dan juga tarikh-tarikh hari bersekolah bagi setiap negeri. 

Saban tahun, setiap sekolah mempunyai kelayakan untuk memohon 4 hari Cuti Peristiwa. Namun berdasarkan jumlah hari persekolahan pada tahun ini, dirasakan hampir semua semua sekolah sukar untuk mendapat kelulusan sepenuhnya.  Mungkin Sabah dan Sarawak terkecuali memandangkan mereka mempunyai 194 dan 195 hari persekolahan.  Dalam pada itu para PGB sekolah-sekolah  di Sarawak mungkin boleh merancang awal untuk hari persekolahannya yang ke-170 kerana pada hari tersebut hanya mereka yang bersekolah sedangkan semua sekolah di negeri lain seluruh negara sedang bercuti.  Hari persekolahan tersebut 4 November 2021 ialah hari Khamis dan ia menjadi pemisah kepada cuti panjang 5 hari dari hari Rabu hingga ke hari Ahad. 185,143


Nota: Jadual ini dijana oleh app 5-FMEO. Sebarang kesilapan mohon maaf diharap dapat maklumkan segera ke gmgbm2020@gmail.com

No comments:

Post a Comment