... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, November 24, 2018

Majlis Persaraan Pn Hajah Sa’diah Hussin, Guru Besar SK BBST

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Pn Hajah Sa'diah binti Hussin, Guru Besar SK Bandar Baru Salak Tinggi telah diadakan di Dewan Casa De Jazs, Nilai Square pada hari Jumaat 23 November 2018.
Beliau bersara pilihan 56 tahun.
Bersama suami di pentas


Ucapan En. Khairul Anuar Awang, wakil JPN Selangor

Ucapan Tn Hj Arbain bin Pinni, Ketua PPD Sepang
Pn. Hajah Sa'diah Hussin
Bekas Guru Besar SK BBST En Yahaya Om juga turut hadir

Tuesday, November 20, 2018

Majlis Persaraan Pn Hajah Noredzan bintu A Bakar, Guru Besar SK Taman Seroja

Pn. Hajah Noredzan binti A Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seroja akan bersara mulai 31 Disember 2018.  Majlis persaraan beliau telah diadakan pada 19 November 2018 di Dewan SK Taman Seroja.








Wednesday, November 14, 2018

Bengkel DTP:Pembudayaan PAK21 ke arah kemenjadian murid sekolah Daerah Hulu Langat 2018

Bengkel DTP:Pembudayaan PAK21 ke arah kemenjadian murid sek2 daerah HL di Hotel Syeun, Ipoh, Perak





Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2018

Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya merupakan satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Seperti tahun lepas penilaian murid 2018 tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat. Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzik, lingustik, logik matematik dan visual ruang.



Semakan keputusan peperiksaan: Klik di sini

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia KPM akan mengaktifkan semakan keputusan UPSR 2018 mulai 29 November 2018 iaitu bersamaan dengan tarikh keputusan UPSR 2018.  Untuk menggunakankannya pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan (myKid) dan nombor angka giliran UPSR.

Keputusan yang ditunjukkan adalah ringkas dan bagi mendapatkan slip keputusan lengkap calon perlu mengambilnya di sekolah masing-masing.

Jamuan Akhir Tahun GB Maskulin dan Mantan GB Hulu Langat 2018

Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi.







Konvensyen Pendidikan Kebangsaan@ UNISEL Kuala Selangor

Senarai Pembentang daripada Daerah  Hulu Langat :

Tajuk En Azmi:
Peranan Gurubesar dlm pengurusan kokurikulum dari perspektif guru sekolah rendah zon cheras DHL Selangor.

Tajuk Pn Hjh Ainon:
Penglibatan koloboratif komuniti dlm mencemerlangkan organisasi pendidikan melalui kelab potensi diri JEPS.

Tajuk Sk Convent( M ) Kajang:
Isu2 pelaksanaan dasar pendidikan( PLC, PBD,TS25, PIMA, STEM, SKPMG2, DLL) SEBAGAI INISIATIF MELANGKAH KE HADAPAN.