... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, February 28, 2018

Pertukaran Pegawai Perhubungan MGBS

Mulai 5 Februari 2018 En. Mohd. Mohradi bin Mohd. Mohlas sebagai PPK, Ketua Unit  Perhubungan dan Pendaftaran.  Tempat beliau digantikan dengan Tuan Haji Mohamad Aroff bin Tuban.  
Detik pertukaran Pegawai Perhubungan MGB Selangor dari En. Mohradi kepada Tn Hj Aroff



Taklimat daripada Tuan Timbalan Pengarah





Thursday, February 15, 2018

Ziarah Guru Besar

Pada 12 Februari 2018 yang lalu, MGB Sepang dan MGB Selangor telah memulakan Program Ziarah di bawah slogan MGB Selangor, BOMS  ke rumah Pn Hajah Wan Nor Fadriah, Guru Besar SK Dato' Abu Bakar Baginda. Beliau yang masih bercuti selama 3 bulan selepas menjalani pembedahan.

Ziarah tersebut juga sempat disulami bacaan doa selamat yang diketuai okeh Ustaz Azami serta penyampaian sumbangan dari MGB Selangor. Didoakan semoga Pn. Hajah Wan segera sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala.

Terima kasih kepada rakan Guru Besar Pn. Norma, Ustaz Royahan, En. Ishak Noh (Pengerusi MGB Sepang) dan Ustaz Azami yang hadir bersama yang Dipertua MGB Selangor En. Sukimin bin Juki. 













Sent from my iPhone

Wednesday, February 14, 2018

Carta Organisasi Majlis Guru Besar Daerah-daerah Negeri Selangor

Mulai 2018, semua struktur organisasi MGB Daerah-daerah di Negeri Selangor telah diseragamkan.  Ini merupakan hasil keputusan Mesyuarat Exco 1/2018 yang diadakan pada 24 Januari 2018 di Hotel Aliya Klang.  Berikut ialah carta organisasinya:

Wednesday, February 7, 2018

Baju MGB Selangor 2018


Dalam Mesyuarat Exco MGB Selangor 1/2018 yang telah diadakan pada 24 Januari 2018, telah diputuskan agar MGB Selangor menghadiahkan sepotong/sepasang kain kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan yang masih berkhidmat pada 1 Mac 2018. Ini sebagai tanda penghargaan daripada MGBS kepada ahli-ahlinya yang sentiasa menyokong program dan projek yang dianjurkan oleh MGBS.  Ia juga selari dengan slogan MGBS iaitu BOMS (Berkebajikan, Optimum, Mesra dan Sistematik)   Sehubungan itu dipohon semua ahli mengisi borang yang dikirimkan melalui ahli Exco MGBS daerah masing-masing tidak lewat dari 12 Februari 2018 (Isnin).

Diharap inisiatif ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita selain menaikkan lagi semangat kekitaan dan kejelekitan sesama kita.  Dicadangkan apabila kita menghadiri sesuatu majlis atau kursus, tetapkanlah salah satu harinya untuk kita sama-sama memakai baju tersebut.  Selain itu kita juga boleh cadangkan hari-hari tertentu untuk kita sama-sama memakainya walaupun kita berjauhan dari sudut geografi namun tetap sehati, sejiwa dan dekat di hati.

Jika diimbas kembali ini merupakan kali kedua MGBS menyumbangkan kain baju kepada ahlinya. Kali pertama ialah pada tahun 2016 yang memilih warna ungu.  

Berikut ialah statistik keperluan kain mengikut daerah berdasrkan borang yang telah dijawab.