... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, March 28, 2018

Tema Hari Guru 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Pada 23 Mac 2018 telah diumumkan Tema Hari Guru 2018 oleh Yang Berhormat dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan sewaktu dalam ucapannya di Majlis Gerakan Massa Terima Kaish Cikgu.  Majlis berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.




Image result for logo hari guru 2018

Klik pautan ini untuk lagunya http://youtu.be/Kz1A2Vmf57c


Lirik Lagu Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Sent from my iPhone

Sunday, March 18, 2018

Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Seri Perak, Sentul

Pada hari Sabtu, 17 Mac 2018 telah berlangsung Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Seri Perak, Sentul.  Majlis disempurnakan oleh Yang Berhotmat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan.

Di kesempatan itu, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia bersama KONGRES telah menyerahkan dua permohonan iaitu Hakiki DG48 Bagi Jawatan Guru Besar dan peruntukan pembiayaan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Kali Ke-24 seperti yang dijanjikan oleh YB Menteri sewaktu di Pulau Pinang.









Wednesday, March 7, 2018

Program Kepimpinan Pentadbiran Guru Besar Terbilang

PROGRAM KEPIMPINAN PENTADBIRAN GURU BESAR TERBILANG

Pada hari Selasa, 6 Mac 2018 telah diadakan Program Kepimpinan Pentadbiran Guru Besar Terbilang di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Seramai 48 orang peserta telah menghadirinya dari semua daerah. Dua pengisian penting yang disampikan ialah Teori dan Realiti oleh Tuan Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Selangor dan Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah oleh En. Rosli bin Badron, Akauntan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.







Klang


Petaling Perdana



Sepang

Kuala Selangor

Sabak Bernam

Kuala Langat

Hulu Langat


Cenderamata kepada En. Rosli Badron

Penutup oleh KS Sektor Jaminan Kualiti Tn. Hj Mohd Radzi Abdullah


Cenderamata kepada Tuan Timbalan Pengarah, En Shashim Shah bin Harun