... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Sunday, February 28, 2021

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

  


C:\Users\HADI\AppData\Local\Temp\ksohtml5336\wps1.png

 

 


   d/a Guru Besar, SK Taman Seri Gombak, Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak,

 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Tel/Faks : 03-61894886 E-mel : mgb.selangor@gmail.com

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

 


Tema : Hari Guru


Anjuran : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS)


Penyertaan : Semua Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor


Pautan pendaftaran: https://forms.gle/fcL1XormxgRKqe176


 

 Hadiah Peringkat Negeri:

 

Johan             RM 500.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan

Naib Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan


Ketiga             RM 200.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan



Hadiah Peringkat Daerah:

 

Johan             RM 300.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan

Naib Johan RM 200.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan


Ketiga             RM 100.00 + Sijil Pencapaian + hadiah iringan



 

  1. Syarat-syarat Penyertaan

 

  1. Penyertaan hanya terbuka kepada sekolah-sekolah negeri Selangor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

  2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar tidak lebih dari tiga (3) penyertaan.

  3. Setiap penyertaan mesti membabitkan  murid-murid dengan diterajui oleh guru/AKP.

  4. Maksimum nama boleh didaftarkan sebagai peserta (guru/AKP/murid) hanya 5 orang, namun pelibatan pembikinan video tiada had. 

  5. Durasi video tidak lebih dari 5 minit dengan mesej yang sesuai dan jelas bertemakan “Hari Guru” mengikut kreativiti masing-masing.

  6. Setiap video diwajibkan memasukkan logo Hari Guru dan Majlis Guru Besar Negeri Selangor.  Namun peserta juga digalakkan untuk memasukkan lencana sekolah masing-masing. Logo Hari Guru dan MGS boleh juga didapati dalam blog Majlis Guru Besar Selangor di pautan http://mgbselangor.blogspot.com

  7. Kapsyen (caption) video yang dimuat naik harus menarik perhatian panel juri. 

  8. Tag 5 (lima) sahabat di YouTube anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #sambutanhari guruselangor, #jpnselangorterbilang #videomgbselangor, #bomsmgbs,  serta pastikan akaun anda adalah ‘public’ dan tidak ‘private’. 

  9. Sila ambil perhatian bahawa lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi, asalkan tidak melanggar SOP PKP, PKPP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa. 

  10. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia dengan syarat sekolah peserta adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

  11. Konsep video adalah bebas sama ada berbentuk iklan, komersil, sketsa, lagu, dokumentari atau drama mengikut kreativiti masing-masing. 

  12. Video pendek ini wajib menggunakan Bahasa Melayu sahaja. 

  13. Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu / mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan masyarakat.

  14. Bahan penyertaan mestilah daripada karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri. Jika mengguna pakai footage video yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 

  15. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan video.

  16. Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai music track yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta. 

  17. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap, tidak mengikut syarat atau lewat diterima. 

  18. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/  diciplak. 

  19. Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian.

 

B. Penilaian

 

1. Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema  pemarkahan seperti berikut: 

  1. Keunikan idea dan gagasan  (20 markah)

    1. Idea -10 markah

    2. Kreativiti -10 markah

  2. Isi Kandungan  (30 markah)

    1. Variasi guru -15 markah

    2. Hook -  5 markah

Iii.   Konflik -  5 markah

  1. Ending -  5 markah

  1. Komunikasi  (20 markah)

    1. Skrip/Story line -10 markah

    2. Durasi - 10 markah

  2. Teknikal/Software (20 markah)

    1. Filming -10 markah

    2. Editing -10 markah

  3. Inisiatif (10 markah)        

Jumlah markah keseluruhan    100 markah 

 

2.  Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.  

3. Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana video yang tidak menepati objektif penganjuran atau mengandungi unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat.  

4. Kandungan video mestilah kreatif dan menarik serta menepati tema yang diberikan. 

 



  1. Hak Milik 


1. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.  

2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.  

3. Video yang menyertai pertandingan ini masih menjadi hak milik bersama penggiat video.

4. Video yang memenangi pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) sepenuhnya dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain promosi pada masa akan datang.  

5. Peserta wajib bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur. 

 


Penyertaan 

 

1. Borang Penyertaan secara Google Form akan mula dikeluarkan melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com mulai 1 Mac 2021, Isnin.

2. Peserta yang bertanding boleh mengadakan promosi di mana-mana media untuk mendapatkan ‘like’ dan ‘view’ terbanyak itu.  

3. Tarikh akhir penghantaran penyertaan dan pertandingan ialah pada jam 6.00 petang, 14 April 2021 (Rabu). 

4.  Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi En Megat Pauzi bin  Ibrahim (013-2528803), Tn Hj. Nor Azmi bin Rahmat (013-6355030) atau En Rosman bin Mansoor (012-3050121). 


  • Pihak urus setia Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS)  berhak  untuk membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.


Terima kasih. 

 



SUKIMIN BIN JUKI 

Yang Dipertua, 

Majlis Guru Besar Selangor


1 Mac 2021



Logo Majlis Guru Besar Selangor



IMG_256
Logo Hari Guru



Tuesday, February 23, 2021

Barisan Pegawai Majlis Guru Besar Selangor

Kedudukan Bilangan Pendaftaran Alamat E-mel

Senarai Pendaftaran Alamat E-mel Untuk Pemilihan JK tadbir Majlis 2021 - 2024

  1. Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir MGB hendaklah dipilih/lantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Biasa tiga tahun sekali.(Fasal 8.4).
  2. Tempoh Penggal Jawatankuasa Tadbir sekarang akan berakhir pada Mesyuarat Agung pada tahun 2021 ini. Sehubungan itu, pemilihan Jawatankuasa Tadbir bagi Penggal 2021 - 2024 akan diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. 
  3. Sehubungan itu memandangkan suasana dan kaedah berlangsungnya Mesyuarat Agung pada tahun ini agak berlainan, berkemungkinan besar cara pengundian untuk pemilihan tersebut juga berubah.
Muat Turun:
  1. Perlembagaan MGB Daerah Sepang (sama untuk semua daerah kecuali yang berwarna jingga)
  2. Perlembagaan MGB Selangor (sama semua negeri kecuali Perlis, WP Putrajaya dan WP Labuan)