... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, November 14, 2018

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2018

Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya merupakan satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Seperti tahun lepas penilaian murid 2018 tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat. Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzik, lingustik, logik matematik dan visual ruang.



Semakan keputusan peperiksaan: Klik di sini

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia KPM akan mengaktifkan semakan keputusan UPSR 2018 mulai 29 November 2018 iaitu bersamaan dengan tarikh keputusan UPSR 2018.  Untuk menggunakankannya pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan (myKid) dan nombor angka giliran UPSR.

Keputusan yang ditunjukkan adalah ringkas dan bagi mendapatkan slip keputusan lengkap calon perlu mengambilnya di sekolah masing-masing.

No comments:

Post a Comment