... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, July 14, 2015

Mesyuarat Pegawai MGB Selangor 2015

Mesyuarat telah dihadiri oleh kesemua tujuh orang pegawai.  Fokus perbincangan ialah mengenai pelaksanaan Program Hayati Asas Kenegaraan yang akan diadakan di Hotel Goldcourse, Klang pada 5 Ogos 2015 (Rabu).  Program ini merupakan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) namun pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengamanahkan kepada MGB Selangor untuk menguruskannya. Program ini akan melibatkan kira-kira 400 orang Guru Besar sebagai peserta, 27 anggota jawatan kuasa MGB Selangor dan 13 orang tetamu jemputan, pemudahcara dan penceramah. Berikut ialah agihan tugas mengikut daerah:

  1. Pembentang Kertas Kerja - MGB Petaling Perdana
  2. Persediaan Tempat - MGB Gombak
  3. Pendaftaran - MGB Petaling Utama
  4. Cenderamata - MGB Kuala Selangor
  5. Pengacaraan - MGB Hulu Langat
  6. Bacaan Doa - MGB Kuala Langat
  7. Protokol dan Sambutan - MGB Sabak Bernam
  8. Jamuan - MGB Hulu Selangor
  9. Hiasan Pentas dan PA System - MGB Sepang
  10. Bahan Cetak, Buku Program, Fail dan Jemputan - MGB Klang


Selain itu, perbincangan juga turut berkisar tentang Konvensyen GMGBM di Langkawi pada 10 hingga 13 Ogos 2015 yang akan dihadiri oleh semua Exco bersama pengerusi dan timbalan pengerusi tetap.

Biro Penerbitan juga telah membentangkan cadangan penerbitan buletin MGB Selangor.


Lokasi mesyuarat


PSU, SU, YDP, bendahari dan Timbalan


No comments:

Post a Comment