Monday, December 19, 2016
Cabutan Maklumbalas Aplikasi SADO KSSR
Berikut ialah cabutan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengguna. Bagi anda yang ingin mengemukakan sama sila klik pautan ini Borang Maklumbalas.
Aplikasi Sediakan Kalender Akademik (ASKA)
Sebagai usaha untuk membantu sekolah-sekolah menyediakan Kalender Akademiknya selari dengan Kalender Persekolahan 2017, MGB Selangor telah membina satu aplikasi ringkas.
- Pengguna hanya perlu taipkan simbol / pada lajur G jika minggu tersebut mahu dikira sebagai Minggu Kalender Akademik.
- Di penjuru kiri sebelah atas ada ditunjukkan bilangan Minggu Kalender Akademik
- Tanda sehingga bilangan minggu Kalender Akademik sekolah anda cukup seperti yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Warna petak akan berubah dari merah ke warna hijau sekiranya bilangan minggu Kalender Akademik berada dalam julat 32-40.
Friday, December 2, 2016
App Ringkas Mengira Keperluan Petak di Jadual Waktu KSSR 2017 Berdasarkan Bil. Minggu Kalender Akademik
MGB Selangor ada aplikasi ringkas untuk membantu Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Jadual Waktu mengira keperluan bilangan masa (petak) di jadual waktu sekolah.
Hanya memerlukan 3 bahagian untuk dilalui bagi mendapatkan rangka jadual waktu tersebut. Rangka jadual waktu yang betul amat penting sebelum jadual waktu dijana oleh hmana-mana aplikasi.
Bahagian A: Menentukan maklumat Asas berkaitan Jadual Waktu Sekolah
Bahagian B: Menetapkan bil. masa seminggu bagi setiap mata pelajaran
Pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran seminggu asalkan ia tidak kurang dari masa yang dicadangkan oleh aplikasi (kiraannya berdasarkan SPI 8/2016). Sekolah boleh melebihkan mana-mana mata pelajaran bergantung kepada kelemahan dan kekuatan sekolah misalnya dari segi kompetensi muridnya dan bilangan guru opsyen sedia adanya.
Bahagian C: Menetapkan Rangka Jadual Waktu Sekolah
Bahagian ini adalah untuk menentukan waktu mula dan waktu balik setiap hari di rangka jadual waktu sekolah agar akhirnya bilangan petak yang terdapat di jadual tersebut sama dengan bilangan yang anda pilih dalam Bahagian B tadi.

- Mula-mula isikan Tahun berapa (1, 2, 3, 4, 5 atau 6) 👉
- Isikan bil minggu Kalender Akademik (32 hingga 43) 👉
- Masa pertama bermula pada pukul
- Tempoh satu masa belajar (1 period berapa minit)
- Rehat bermula pada pukul berapa?
- Tempoh masa waktu rehat (berapa minit)
Berdasarkan maklumat yang diberi tersebut, aplikasi akan mengira bilangan waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran bagi Tahun tersebut.
Bahagian B: Menetapkan bil. masa seminggu bagi setiap mata pelajaran
Pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran seminggu asalkan ia tidak kurang dari masa yang dicadangkan oleh aplikasi (kiraannya berdasarkan SPI 8/2016). Sekolah boleh melebihkan mana-mana mata pelajaran bergantung kepada kelemahan dan kekuatan sekolah misalnya dari segi kompetensi muridnya dan bilangan guru opsyen sedia adanya.
- Anda diberi kuasa untuk menentukan berapa masa seminggu belajar bagi setiap mata pelajaran
- Namun ia tidak boleh kurang daripada jam setahun seperti yang ditetapkan dalam SPI 8/2016
- Anda masukkan bilangan masa cadangan dan sistem akan memeriksa sama ada jam tahunannya mencukupi atau tidak
- Isikan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran di lajur F (warna kuning) dalam jadual berikut
Bahagian C: Menetapkan Rangka Jadual Waktu Sekolah
Bahagian ini adalah untuk menentukan waktu mula dan waktu balik setiap hari di rangka jadual waktu sekolah agar akhirnya bilangan petak yang terdapat di jadual tersebut sama dengan bilangan yang anda pilih dalam Bahagian B tadi.
- Anda perlu tentukan dalam Jadual Waktu tersebut dengan petak P&P (kuning) dan petak bukan P&P (hitam)
- Untuk menghitamkan petak taip simbol slash ("/") pada petak tersebut
- Petak hitam tidak dikira sebagai period P&P. Hanya petak kuning dikira sebagai Period P&P
- Untuk menghilangkan petak hitam, tekan butang DELETE pada petak berkenaan
- Jumlah bilangan petak kuning (P&P) dikira secara automatik dan ditunjukkan pada sel K37 (petak biru) di bawah
- Anda perlu sekurang-kurangnya menyamakan dengan petak hijau pada sel E21. Apabila telah sama, warna petak tersebut akan bertukar warna menjadi hijau
Sila klik di sini untuk ke app tersebut.
Untuk menilai/beri cdangan sila klik di sini. Terima kasih.

Tuesday, November 22, 2016
Contoh Jadual Bilangan Kalender Akademik 36 Minggu
Berikut ialah contoh penyediaan jadual waktu sekolah berdasarkan bilangan minggu Kalender Akademik yang sekolah pilih. Petikan Powerpoint BPK, salid 7: Tentukan jumlah minggu kalender akademik (PdP) yang sekolah mahu laksanakan dalam tahun yang dirancang (2017). Dalam contoh ini, sekolah telah memilih 36 minggu Kalender Akademik. Ini bermakna 7 minggu lagi tidak dikira sebagai minggu berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan (p&pc).
Maka perlu dikira terlebih dahulu bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran berdasarkan 36 minggu tersebut. Berikut ialah kiraan untuk mata-mata pelajaran Tahun 1 KSSR (Semakan 2017).
Rujuk lajur C untuk mengetahui bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran. Ini bermakna jadual bagi Tahun 1 akan mengandungi 47 masa dalam jadual waktu untuk p&pc seminggu.
Berikut pula ialah ialah kiraan bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran Tahun 2 dan 3 KSSR. Ia masih mengekalkan mata pelajaran yang lama. Panduan menukar daripada minit ke jam bagi semua mata pelajaran KSSR boleh didapti dalam Lampiran 10 Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 8 Tahun 2016
| Tahun 2 & 3 memadai minimumnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu |
| Petikan Panduan Penukaran dari Minit ke Jam |
| Tahun 4, 5 dan 6 pula minimum masa seminggu p&pcnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu |
Berikut ialah pecahan masa p&pc seminggu bagi setiap mata pelajaran mengikut Tahun.
Daripada sini dapat dilihat Tahap 1 (Tahaun 1, 2 dan 3) akan mempunyai masa p&pc sebanyak 47 masa seminggu sementara bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pula sebanyak 50 masa seminggu. Ini bermakna kedua-dua tahap boleh balik awal (atau masuk lewat bagi sesi petang) sekurang-kurangnya sehari. Bagi sekolah dua sesi, mereka bolehlah menggunakan ruang ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibat guru pagi dan petang misalnya mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan dan sebagainya.
Menyusun Jadual Waktu
Punca Kuasa: Taklimat Masa & Jadual
- Sekolah menyusun jadual waktu yang sesuai (anjal) bagi melaksanakan kurikulum (Slaid2)
- Mengaplikasikan konsep adaptability & flexibility dalam membina jadual waktu sekolah (Slaid 4)
Namun demikian dalam contoh berikut, bagi menyusun jadual waktu sekolahnya, sekolah memilih untuk:
- balik awal pada hari Rabu bagi murid Tahap 2 (untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang mencukupi hadir semula bagi aktiviti Kokurikulum Mingguan)
- masa pertama pada hari Jumaat tiada proses p&pc bagi memberi ruang majlis bacaan Yaasin
Dapat dilihat pada masa pertama hari Jumaat bagi semua jadual waktu dihitamkan menunjukkan tiada masa p&pc. Mungkin sekolah boleh laksanakan aktiviti Bacaan Yaasin atau aktiviti 1Murid1Sukan atau pembudayaan budaya sekolah dan sebagainya.
Sementara itu murid Tahap 2 boleh balik awal pada hari Rabu dan memberi masa yang cukup untuk mereka bersiap hadir semula bagi menyertai aktiviti Kokurikulum Mingguan.
Bagi memudahkan sekolah untuk menentukan/memilih bilangan minggu Kalender Akademik sekolahnya, di sini disertakan sekali lagi jadual Bilangan Masa/Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan 32 hingga 43 Minggu Kalender Akademik.
Contoh Jadual Bilangan Kalender Akademik 36 Minggu
Berikut ialah contoh penyediaan jadual waktu sekolah berdasarkan bilangan minggu Kalender Akademik yang sekolah pilih. Petikan Powerpoint BPK, salid 7: Tentukan jumlah minggu kalender akademik (PdPc) yang sekolah mahu laksanakan dalam tahun yang dirancang (2017). Dalam contoh ini, sekolah telah memilih 36 minggu Kalender Akademik. Ini bermakna 7 minggu lagi tidak dikira sebagai minggu berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc).
Maka perlu dikira terlebih dahulu bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran berdasarkan 36 minggu tersebut. Berikut ialah kiraan untuk mata-mata pelajaran Tahun 1 KSSR (Semakan 2017).
Rujuk lajur C untuk mengetahui bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran. Ini bermakna jadual bagi Tahun 1 akan mengandungi 47 masa dalam jadual waktu untuk p&pc seminggu.
Berikut pula ialah ialah kiraan bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran Tahun 2 dan 3 KSSR. Ia masih mengekalkan mata pelajaran yang lama. Panduan menukar daripada minit ke jam bagi semua mata pelajaran KSSR boleh didapti dalam Lampiran 10 Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 8 Tahun 2016
| Tahun 2 & 3 memadai minimumnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu |
| Petikan Panduan Penukaran dari Minit ke Jam |
| Tahun 4, 5 dan 6 pula minimum masa seminggu p&pcnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu |
Berikut ialah pecahan masa p&pc seminggu bagi setiap mata pelajaran mengikut Tahun.
Daripada sini dapat dilihat Tahap 1 (Tahaun 1, 2 dan 3) akan mempunyai masa p&pc sebanyak 47 masa seminggu sementara bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pula sebanyak 50 masa seminggu. Ini bermakna kedua-dua tahap boleh balik awal (atau masuk lewat bagi sesi petang) sekurang-kurangnya sehari. Bagi sekolah dua sesi, mereka bolehlah menggunakan ruang ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibat guru pagi dan petang misalnya mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan dan sebagainya.
Menyusun Jadual Waktu
Punca Kuasa: Taklimat Masa & Jadual
- Sekolah menyusun jadual waktu yang sesuai (anjal) bagi melaksanakan kurikulum (Slaid2)
- Mengaplikasikan konsep adaptability & flexibility dalam membina jadual waktu sekolah (Slaid 4)
Namun demikian dalam contoh berikut, bagi menyusun jadual waktu sekolahnya, sekolah memilih untuk:
- balik awal pada hari Rabu bagi murid Tahap 2 (untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang mencukupi hadir semula bagi aktiviti Kokurikulum Mingguan)
- masa pertama pada hari Jumaat tiada proses p&pc bagi memberi ruang majlis bacaan Yaasin
Dapat dilihat pada masa pertama hari Jumaat bagi semua jadual waktu dihitamkan menunjukkan tiada masa p&pc. Mungkin sekolah boleh laksanakan aktiviti Bacaan Yaasin atau aktiviti 1Murid1Sukan atau pembudayaan budaya sekolah dan sebagainya.
Sementara itu murid Tahap 2 boleh balik awal pada hari Rabu dan memberi masa yang cukup untuk mereka bersiap hadir semula bagi menyertai aktiviti Kokurikulum Mingguan.
Bagi memudahkan sekolah untuk menentukan/memilih bilangan minggu Kalender Akademik sekolahnya, di sini disertakan sekali lagi jadual Bilangan Masa/Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan 32 hingga 43 Minggu Kalender Akademik.
Subscribe to:
Posts (Atom)