Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menetapkan tarikh-tarikh cuti seragam untuk semua sekolah seperti dalam jadual di bawah:
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Tuesday, May 30, 2017
Friday, April 1, 2016
Jadual UPSR 2016
Mulai tahun 2016 ini, terdapat perbezaan ketara dari segi jadual peperiksaan UPSR berikutan dengan pertambahan subjek yang diperiksakan. Kini kertas Bahasa Inggeris akan menyumbangkan dua gred sama seperti mata pelajaran Bahasa Melayu.
Thursday, December 17, 2015
Surat Siaran Mengenai takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2016
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 19 TAHUN 2015 - TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Surat Siaram KPM 19/2015 - Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2016 |
Perincian Takwim Persekolahan 2016 |
Cuti Perayaan 2016 |
Labels:
Pemakluman,
Pemberitahuan,
Penggal Persekolahan,
Punca Kuasa
Thursday, October 29, 2015
Pembetulan Buku Kedatangan Murid (Register)
Surat
yang dikeluarkan oleh Pengarah BPSH Tuan Abdullah bin Mad Yunus ini boleh
diguna pakai bagi semua jenis penutupan sekolah akibat daripada bencana alam.
Ia tidak terhad kepada jerebu semata-mata. Sehubungan itu isu sekolah pada 5-9
januari yang ditangguhkan pembukaannya oleh KPM yang disebabkan oleh bencana
banjir adalah termasuk dalam cakupan surat ini.
Sehubungan
itu terdapat keperluan untuk membetulkan maklumat di Jadual Kedatangan Murid
pada tarikh dan bulan yang terbabit seperti berikut:
Bulan
|
Tarikh
|
Bil. Hari
|
Jenis Bencana
|
Januari
|
5, 6, 7, 8 dan 9
|
5
|
|
September
|
15 dan 28
|
2
|
Jerebu
|
Oktober
|
5, 6, 19, 20, 21 & 22
|
6
|
Jerebu
|
Maka dengan itu, guru kelas perlu
memperbetulkan Jadual Kedatangan Murid dari segi
penandaan kehadiran murid. Sebaik-baiknya diselaraskan di peringkat negeri atau daerah melalui inisitif PK HEM kerana perubahan di Jadual Kedatangan Murid agak banyak. Ini untuk mengelakkan ketidakseragaman dan keilapan dalam membuat pembetulan. Patuhi ketetapan JKM tersebut sebagai legal document yang tidak boleh dipinda menggunakan liquid paper ataupun dipadam.
1. Tanda
(0 dengan berisi huruf S di dalamnya) pada
setiap murid bagi tarikh 5 hingga 9 Januari 2015. Bermaksud murid tidak hadir
bersebab.
2. Menambah
5 hari lagi pada “Bilangan hari belajar dalam bulan ini” dan “Jumlah
hingga akhir bulan ini” mulai bulan Februari hingga Ogos.
3. Menambah
5 hari lagi pada “Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah” dan “Jumlah
hingga akhir bulan ini” pada bulan Januari) menjadikannya 20 hari.
*Jumlah hingga akhir bulan ini tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.
*Jumlah hingga akhir bulan ini tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.
Sehubungan itu masalah untuk mendapatkan kelulusan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan seharusnya sudah tidak wujud memandangkan rata-rata sekolah mempunyai lebihan Hari Sekolah yang mencukupi walaupun menggunakan sepenuhnya Cuti Peristiwa (4 hari) dan Cuti Perayaan (5 hari).
Saturday, October 24, 2015
Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat Pemakluman Status Hari Persekolahan Akibat Bencana bertarikh 21 Oktober 2015 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri. Keluarnya surat ini sudah pasti melegakan banyak pihak terutamanya sekolah yang selama ini kabur tentang status bilangan Hari Sekolahnya apabila sekolah diarahkan tutup beberapa kali.
Kita sedia maklum pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.
Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja.
6. Hari sekolah.
- Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari.
- Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
- dikira sebagai hari sekolah.
- tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."
Dengan keluarnya surat ini, banyak pertanyaan dan kemusykilan dapat jawapan dan penyelesaian terutamanya dari segi kiraan bilangan hari persekolahan bagi setiap sekolah di Malaysia. Sebelum ini tiada surat yang menyatakan dengan jelas dan tepat tentang status hari sekolah berikutan penutupan sekolah disebabkan oleh banjir (awal tahun) dan jerubu (pertengahan/akhir tahun). Sila baca posting terdahulu (klik di sini) untuk melihat missing linknya.
Oleh itu, semua sekolah bolehlah membuat pindaan pada buku Buku Rekod Kedatangan (register) pada hari-hari yang terbabit dengan penutupan sekolah akibat bencana jerebu tersebut. Misalnya di Selangor tarikh-tarikhnya ialah 15/9/2015 (Selasa), 28/9/2015 (Isnin), 5 & 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) serta 19-22 Oktober 2015 (Isnin hingga Khamis) hendaklah:
- Catat kehadiran semua murid sebagai "0" yang membawa makna Tidak hadir bersebab.
- Hari-hari tersebut dikira sebagai Hari Sekolah. Tulis di ruang bawah bawah dan betulkan Jumlah Hari Belajar pada bulan-bulan terbabit.
Pastikan tidak menggunakan getah pemadam atau liquid paper' sewaktu membuat pembetulan. Sebaliknya potong, parap dan betulkan.
Untuk memudahkan pihak audit kelak, setiap sekolah bolehlah menyediakan lampiran arahan-arahan penutupan sekolah da di sebelah atas diletakkan surat PEMAKLUMAN STATUS HARI PERSEKOLAHAN AKIBAT BENCANA ini sebagai punca kuasa mengapa hari-hari tersebut dikira sebagai hari persekolahan.
PK HEM perlu bertindak pantas untuk menyelaras dan menyeragamkan pembetulan pada Buku Kedatangan Murid tersebut.
PK HEM perlu bertindak pantas untuk menyelaras dan menyeragamkan pembetulan pada Buku Kedatangan Murid tersebut.
Sunday, September 27, 2015
Penutupan Sekolah Pada 28.9.15 Berikutan Jerebu
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor ditutup pada Isnin, 28 September 2015 berikutan bacaan IPU menunjukkan Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-309)
Wednesday, September 23, 2015
Janji kita di sini 1.10.15
Para Pegawai dan Exco diminta berkumpul di masjid Kula Selangor ini pada pukul 7.45 pagi 1 Oktober 2015 untuk sama-sama bertolak ke SK Seri Maamor
Wednesday, May 6, 2015
Selamat Datang Ke Blog MGB Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)