MENU

Wednesday, January 13, 2021

Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0)

 As salam dan selamat sejahtera,


Sila muat turun Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0) di di pautan ini 


http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/lain-lain/category/449-penjajaran-kurikulum-standard-sekolah-rendah-kssr-semakan-2017 


Sebahagian besar mata pelajaran sudah ada DPK 2.0nya. Bagi yang belum ada, lawati dari semasa ke semasa untuk menyemak dan mengambil tindakan.  


Selepas itu masukkannya ke dalam RPT masing-masing. RPT sekolah kita pada tahun 2021 ini ialah:

Tahap 1 - ___ minggu kalender akademik

Tahap 2 - ___ minggu kelander akademik


Sisipan - bermaksud kita mengajar kurikulum tahun 2020 (DPK 1.0) yang tidak dapat dilaksanakan atau tidak dikuasai murid (terkesan) kepada murid tahun 2021 ini.


Ada dua kaedah sisipan sebagaimana yang BPK sarankan iaitu:

1- dikhususkan pada minggu2 tertentu

2- dibuat sepanjang tahun


Ia bergantung kepada situasi di sekolah masing-masing. Jika tiada sebarang DPK 1.0 yang terkesan maka tidak perlu dibuat langsung sisipan ini. Sila bincang bersama PK Pentadbiran atau Guru Besar.


Sebagai peringatan bersama, amalan membeli atau mengambil RPT dari sekolah/internet lain perlu dielakkan kerana kita sepatutnya merancang sendiri RPT tersebut sesuai dengan murid-murid dan MKA sekolah kita.  Kita perlu memastikan RPT kita cukup untuk silibus (DPK2.0/Sisipan) dapat dihabiskan seperti yang dirancang.


Sekian, terima kasih.


Guru Besar


13 Januari 2021


No comments:

Post a Comment