MENU

Monday, July 20, 2020

Bagaimana Boleh Saya Menyediakan Kalender Akademik Sekolah Yang Baharu?

Apabila berlakunya perubahan besar terhadap takwim persekolahan dan penjajaran kurikulum maka adalah perlu untuk kita mengubah Kalender Akademik Sekolah (KAS) semula.  Jika KAS tidak disediakan, bandingkan minggu persekolahan, minggu akademik yang dicatat dalam Rancangan Pengajaran Tahunan setiap daripada guru kita. Hampir pasti akan ada yang tidak sama. Perkara ini sudah berlaku sejak lama dahulu. Antara  puncanya ia terjadi adalah disebabkan sesetengah guru ada yang mengambil kira minggu cuti sekolah sebagai minggu persekolahan, ada yang menggunakan minggu kalender setahun dan ada yang kiraan minggu persekolahannya berpatah balik (reset) ke minggu pertama apabila bertukar penggal.  Ketidakseragaman ini telah menyebabkan banyak kekeliruan dan kesilapan berlaku. 

Apabila guru tidak dapat suatu rujukan standard dari pihak sekolah tentang KAS, maka apabila dia membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), boleh menyebabkan berlakunya ketidak seragaman dari segi minggu/tarikh ajaran.  Maka jika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan timbul beberapa masalah. Misalnya apabila pentadbir merujuk kepada sesuatu minggu, maka akan ada gurunya merujuk kepada tarikh yang lain kerana minggu di RPTnya tidak sama seperti yang digunakan oleh pentadbir tadi.  Selain itu, bagi mata pelajaran (misalnya RBT dan TMK) yang bersilih ganti antara minggu genap dan minggu ganjil. Mungkin akan ada keadaan di mana pada sesuatu minggu itu, kedua-dua guru tidak masuk ke kelas atau kedua-duanya akan masuk kelas pada waktu yang sama akibat dari bilangan minggu di RPT mereka tidak sama.


Untuk memulakan langkah menyediakan Kalender Akademik Sekolah, dapatkan 3 dokumen asas ini:


  1. Takwim Pindaan Penggal Persekolahan 2020 termasuk perubahan cuti-cuti Muat turun Takwim Pindaan Penggal Persekolahan Tahun 2020 (155 KB)
  2. PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH Jam Minimum Setahun Bagi Setiap Mata Pelajaran + Pindaan https://drive.google.com/file/d/1o9TIypyhQtgsf04fEVP-mMIzMm_HLXlD/viewPEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
  3. Penjajaran Kurikulum yang mengasingkan Standard Pembelajaran kepada 3 jenis kandungan iaitu Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap
Kemudian Guru Besar perlu menetapkan setelah berbincang dengan Jawatan Kuasa Tertinggi Sekolahnya bilangan minggu akademik sekolahnya (antara 32 - 40 minggu). Rujuk bahan Powerpoint bertajuk Taklimat Masa dan Jadual 3 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum tentang Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran Mengikut Jam Setahun di Bawah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM.

Bullet kedua dalam slaid ketiga

Slaid ketujuh




CONTOH KALENDER AKADEMIK SEKOLAH

Dalam setahun terdapat 52/53 minggu dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2016 telah menetapkan sebanyak 43 minggu sebagai minggu persekolahan (lajur 1), pihak sekolah mengambil 38 minggu akademik (lajur 5).  Para guru akan menyediakan RPT (lajur 7) selari dengan minggu-minggu akademik yang ditetapkan.





Kalnder Akademik baru https://docs.google.com/spreadsheets/d/1u3xA5dqUPLo_aYFlVtSF2Fg-IvmBGX2og7-bkugm5W0/edit#gid=1231964615

                              *Lajur 1 - Minggu Persekolahan
                                                   *Lajur 4 - Minggu Akademik

Untuk mudah, dicadangkan Minggu Persekolahan dimulakan dengan kiraan 1 semula pada pada minggu 13 Julai 2020.  Sekolah ini tidak mengambil minggu pertama tersebut sebagai Minggu Akademiknya dan menetapkan 19 minggu akademik (rujuk lajur ke-4).

Maka dari sini, panitia mata pelajar sudah boleh mula merancang untuk mengisi 19 minggu akademik ini dengan baki kurikulum yang masih belum habis dilaksanakan.


No comments:

Post a Comment