MENU

Monday, July 20, 2020

Bagaimana Saya Boleh Memeta Masuk Baki Kurikulum (Kandungan Asas) ke Dalam Kalender Akademik Yang Baharu?

Rajah di bawah menunjukkan gabungan Kalender Akademik Sekolah (KAS) dengan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT).  Kita boleh lihat Tajuk 1 mula diajar pada minggu kedua persekolahan (bersamaan Minggu 1 Kalender Akademik).  Sila rujuk lajur 1 (Minggu Persekolahan) dan lajur 4 (Minggu Akademik).

Minggu Akademik bermaksud terdapat proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.  Dalam RPT ini, semua ketiga-tiga kandungan kurikulum - Kandungan Asas (KA), Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP) dimasukkan ke dalamnya.  Kita dapat lihat dalam RPT ini, guru dijangka memerlukan 4 masa untuk menghabiskan KA dan menyelitkan satu masa untuk KT bagi Tajuk 1 dalam minggu pertama dia mengajar.  Kemudain Tajuk 1 ini bersambung masuk ke minggu kedua dan guru ini memperuntukkan 1 masa untuk mengakhiri KA diikuti dengan 3 masa lagi untuk KT.  Akhir sekali dia menjalankan PdP berkaitan KP untuk menamatkan Tajuk 1.


Begitulah seterusnya yang mana dijangka dia dapat menghabiskan kesemua 13 tajuk pada minggu ke-38 (akademik).  Namun disebabkan berlakunya wabak Covid-19, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup selama hampir 4 bulan (18 Mac hingga 15 Julai 2020). 

Apabila sekolah dibuka pada 15 Julai 2020, masih ada 15 minggu akademik (Minggu Akademik ke-24 hingga 38) yang berbaki berdasarkan Kalender Akademik Sekolah yang asal. Dalam pada itu terdapat 13 Minggu Akademik (Minggu Akademik ke-11 hingga 23) lagi yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan menyeluruh.  Ini menjadikan kesemuanya 28 minggu akademik yang diperlukan untuk menghabiskan silibus.

Dalam rajah di bawah, pada ruang sebelah kanan kita dapat lihat terdapat hanya 23 minggu persekolahan dan 19 minggu akademik. Jadi bagaimana dapat kita 'menyumbat' kandungan 28 minggu ke dalam 19 minggu ini?

BPK telah menjajarkan kandungan kurikulum dengan langkah mengasingkan standard pembelajaran kepada 3 jenis kandungan iaitu Kandungan Asas (KA), Kandungan Tambahan (KT) dan Kandungan Pelengkap (KP). Bagi membolehkan untuk 28 minggu standard kandungan dapat dimasukkan ke dalam 19 minggu, maka hanya kandungan Asas yang perlu untuk dimasukkan ke dalam 19 minggu akademik ini.  Manakala Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap masih boleh diselitkan jika masih ada ruang.
Perlu memetakan Kandungan Asas ke dalam petak kuning di sebelah kanan

Sehubungan itu, kita perlu memetakan baki kurikulum (KA) masuk ke dalam petak berwarna kuning.  Misalkan, guru ini sebelum cuti pada 13 Mac 2020, beliau masih belum sempat mengajar Tajuk 5 (minggu akademik 9 dan 10).  Maka dia perlu masukkan sama Tajuk 5 ke dalam petak kuning.  Bermakna beliau perlu 'menyumbat' masuk 25 minggu akademik ke dalam 19 minggu.  Caranya ialah dengan hanya mengambil KA dari tajuk 5 hingga tajuk 13 dan masukkan ke dalam petak kuning. Guru boleh memasukkan sama KT dan KP pada mana yang perlu pada pandangan beliau.


Contoh pemetaan selesi dilakukan dari ruang sebelah kiri masuk ke ruang sebelah kanan.

Jadi adakah anda masih berfikir kita tidak perlu membuat RPT yang baharu?

RPT Asal
RPT Selepas Dijajarkan



Bagaimana Boleh Saya Menyediakan Kalender Akademik Sekolah Yang Baharu?

Apabila berlakunya perubahan besar terhadap takwim persekolahan dan penjajaran kurikulum maka adalah perlu untuk kita mengubah Kalender Akademik Sekolah (KAS) semula.  Jika KAS tidak disediakan, bandingkan minggu persekolahan, minggu akademik yang dicatat dalam Rancangan Pengajaran Tahunan setiap daripada guru kita. Hampir pasti akan ada yang tidak sama. Perkara ini sudah berlaku sejak lama dahulu. Antara  puncanya ia terjadi adalah disebabkan sesetengah guru ada yang mengambil kira minggu cuti sekolah sebagai minggu persekolahan, ada yang menggunakan minggu kalender setahun dan ada yang kiraan minggu persekolahannya berpatah balik (reset) ke minggu pertama apabila bertukar penggal.  Ketidakseragaman ini telah menyebabkan banyak kekeliruan dan kesilapan berlaku. 

Apabila guru tidak dapat suatu rujukan standard dari pihak sekolah tentang KAS, maka apabila dia membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), boleh menyebabkan berlakunya ketidak seragaman dari segi minggu/tarikh ajaran.  Maka jika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan timbul beberapa masalah. Misalnya apabila pentadbir merujuk kepada sesuatu minggu, maka akan ada gurunya merujuk kepada tarikh yang lain kerana minggu di RPTnya tidak sama seperti yang digunakan oleh pentadbir tadi.  Selain itu, bagi mata pelajaran (misalnya RBT dan TMK) yang bersilih ganti antara minggu genap dan minggu ganjil. Mungkin akan ada keadaan di mana pada sesuatu minggu itu, kedua-dua guru tidak masuk ke kelas atau kedua-duanya akan masuk kelas pada waktu yang sama akibat dari bilangan minggu di RPT mereka tidak sama.


Untuk memulakan langkah menyediakan Kalender Akademik Sekolah, dapatkan 3 dokumen asas ini:


  1. Takwim Pindaan Penggal Persekolahan 2020 termasuk perubahan cuti-cuti Muat turun Takwim Pindaan Penggal Persekolahan Tahun 2020 (155 KB)
  2. PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH Jam Minimum Setahun Bagi Setiap Mata Pelajaran + Pindaan https://drive.google.com/file/d/1o9TIypyhQtgsf04fEVP-mMIzMm_HLXlD/viewPEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
  3. Penjajaran Kurikulum yang mengasingkan Standard Pembelajaran kepada 3 jenis kandungan iaitu Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap
Kemudian Guru Besar perlu menetapkan setelah berbincang dengan Jawatan Kuasa Tertinggi Sekolahnya bilangan minggu akademik sekolahnya (antara 32 - 40 minggu). Rujuk bahan Powerpoint bertajuk Taklimat Masa dan Jadual 3 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum tentang Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran Mengikut Jam Setahun di Bawah KSSR (Semakan 2017) dan KSSM.

Bullet kedua dalam slaid ketiga

Slaid ketujuh




CONTOH KALENDER AKADEMIK SEKOLAH

Dalam setahun terdapat 52/53 minggu dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2016 telah menetapkan sebanyak 43 minggu sebagai minggu persekolahan (lajur 1), pihak sekolah mengambil 38 minggu akademik (lajur 5).  Para guru akan menyediakan RPT (lajur 7) selari dengan minggu-minggu akademik yang ditetapkan.





Kalnder Akademik baru https://docs.google.com/spreadsheets/d/1u3xA5dqUPLo_aYFlVtSF2Fg-IvmBGX2og7-bkugm5W0/edit#gid=1231964615

                              *Lajur 1 - Minggu Persekolahan
                                                   *Lajur 4 - Minggu Akademik

Untuk mudah, dicadangkan Minggu Persekolahan dimulakan dengan kiraan 1 semula pada pada minggu 13 Julai 2020.  Sekolah ini tidak mengambil minggu pertama tersebut sebagai Minggu Akademiknya dan menetapkan 19 minggu akademik (rujuk lajur ke-4).

Maka dari sini, panitia mata pelajar sudah boleh mula merancang untuk mengisi 19 minggu akademik ini dengan baki kurikulum yang masih belum habis dilaksanakan.


Sunday, July 19, 2020

Pindaan Kalender Akademik Sekolah 2020

Guru Besar merupakan nakhoda kepada sesebuah sekolah (bahtera) yang diterajuinya. Sebagai seorang nakhoda, sudah pasti dia perlu tahu destinasi, mengetahui cara bagaimana dan juga menganggar tempoh masa untuk sampai ke destinasi, berpengalaman dalam selok-belok pelayaran selain dari mengenali, mengetahui kekuatan dan kecukupan anak-anak kapalnya. Tidak boleh dikesampingkan juga ialah kemampuan dan kemahiran untuk menangani krisis terutamanya pada saat-saat kritikal yang boleh hadir tidak tentu masa dan keadaan. Nakhoda tidak boleh cepat mengalah dan berputus asa, sebaliknya dia perlu mampu untuk bangkit sambil menjadi pendorong kepada anak-anak kapalnya. Mengetahui dan mengenali akan kekuatan, kebolehan, sikap, dan pengetahuan sedia ada anak-anak kapalnya merupakan salah satu aset penting yang dapat membantu memudahkan urusannya mencapai matlamat.
Sebelum bahtera memulakan pelayaran, persiapan rapi dan jitu perlu dibuat. Kata-kata Jika anda gagal untuk merancang, bermakna anda merancang untuk gagal patut dijadikan pegangan kepada setiap Guru Besar. Di antara aspek merancang yang utama sebelum memulakan sesi persekolahan ialah menyediakan carta masa dan carta perjalanan sesebuah sekolah. Sudah tentu untuk menghasilkannya, Guru Besar perlu membincangkan penyediaan carta-carta ini dengan membabitkan semua Penolong Kanan, ketua-ketua dan wakil setiap komponen pengurusan sekolah. Semestinya Guru Besarlah yang perlu mempengerusikan mesyuarat ini sendiri. Untuk itu, sudah pasti ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang tinggi, luas dan mendalam menjadi satu kelebihan yang sangat membantu untuk melancarkan proses bagi menghasilkan perancangan yang terbaik.
Salah satu carta masa dan carta perjalanan yang penting di sekolah ialah Kalender Akademik Sekolah. Ia perlu disedia dan disiapkan sebelum sekolah dibuka. Ini disebabkan bermula dari Kalender Akademik Sekolah inilah maka setiap panitia mata pelajaran boleh merancang dan memulakan kerja untuk menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan, Penolong Kanan membuat agihan tugas mengajar, menjana jadual waktu sekolah, menentukan masa datang dan masa balik sekolah, dan semua Penolong Kanan yang lain dapat bergerak menyediakan takwim semua aktiviti masing-masing.
Namun seperti yang semua sedia maklum, pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mencetuskan krisis yang tidak pernah terjangka sebelum ini. Maka sebagai pemimpin sekolah, kita perlu menghadapi dan menangani dengan baik dan teratur. Maka jika sebelum ini kita hanya menyediakan Kalender Akademik Sekolah pada penghujung tahun sebelum sesi persekolahan tahun berikutnya dibuka, namun kali ini di pertengahan tahun kita perlu menyusunnya semula untuk disesuaikan dengan krisis yang sedang berlaku.
Umum semua mengetahui bahawa sekolah telah ditutup sepanjang hampir 4 bulan sejak 18 Mac 2020 apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermula dengan PKP, diikuti dengan PKP Bersyarat, PKP Diperketatkan dan kini dalam PKP Pemulihan. Ini telah merencatkan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Tidak ketinggalan segala perancangan sekolah yang telah digarap dalam Kalender Akademik Sekolah 2020 juga turut terjejas.
Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan Surat Siaran 6/2020 PINDAAN TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA pada 22 Jun 2020, mengubah peruntukan masa minimum penjajaran kurikulum setiap mata pelajaran (PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM SELARI PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH, 10 Julai 2020) dan menjajarkan kandungan kurikulum dengan mengeluarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) pada 12 Julai 2020, maka sudah pasti sekolah perlu membuat pindaan terhadap Kalender Akademik Sekolah sedia ada masing-masing.
Contoh Kalender Akademik Sekolah 2020 setelah dipinda


Tuesday, July 14, 2020

Apa Tindakan Segera Kita Sekarang?

Apa tindakan sekolah?
  1. Sediakan Kalender Akademik (app ASKA)
    1. Pilih berapa minggu akademik
    2. Tentukan PAT - sama ada dijalan atau tidak, pada minggu berapa
    3. Tentukan minggu-minggu mana yang merupakan minggu akademik daripada 23 minggu baki persekolahan
  2. Kerangka Jadual Waktu (app SADO)
    1. Berdasarkan bilangan minggu akademik, dapatkan bilangan petak/masa bagi setiap mata pelajaran
      1. Tahap 1
        1. 19 Minggu KA - 41 petak/masa
        2. 20 Minggu KA - 36 petak/masa
        3. 21 Minggu KA - 36 petak/masa
        4. 22 Minggu KA - 36 petak/masa
      2. Tahap 2
        1. 19 Minggu KA - 50 petak/masa
        2. 20 Minggu KA - 41 petak/masa
        3. 21 Minggu KA - 41 petak/masa
        4. 22 Minggu KA - 41 petak/masa
    2. Tentukan masa mula belajar, masa rehat dan masa balik dalam rangka jadual berdasarkan kepada jumlah bilangan petak/masa yang diperolehi di atas
  3. Membuat Jadual Waktu
    1. Mengagihkan guru ajaran
    2. Menjana jadual waktu
    3. Sebarkan kepada guru dan ibubapa/murid
  4. Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan
    1. Muat turun Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) dari portal BPK, KPM
    2. Agihkan PdP mengikut bilangan minggu akademik
    3. Sesuaikan dengan minggu PAT
  5. Penyediaan RPH
    1. Merujuk kepada DPK
    2. Banyak menjurus kepada Kandungan Asas
CONTOH KALENDER AKADEMIK TAHAP 2

Monday, July 13, 2020

ASKA dan SADO


Sudah boleh digunakan walaupun belum siap sepenuhmya. Memandangkan bimbang lewat, dikongsikan terus pautannya di sini.
  1. ASKA - klik di sini
  2. SADO - klik di sini

Sila buat buat salinan. Jangan diganggu fail asal.

  • Klik pada File > Make a copy... dan simpan
  • Pastikan sign in e-mel

Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 5


Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi mata pelajaran tahun 5 berikut sudah boleh dimuat turun untuk dibuat Rancangan Pelajaran Tahunan pembukaan semula sekolah 2020.

Tahun 5

Penjajaran KSSR Bahasa Cina SJK Tahun 5
File Size:
915.80 kB
Downloads:
379 x

Penjajaran KSSR Bahasa Cina SK Tahun 5
File Size:
950.02 kB
Downloads:
84 x

Penjajaran KSSR Bahasa Iban Tahun 5
File Size:
676.21 kB
Downloads:
70 x

Penjajaran KSSR Bahasa Inggeris SJK Tahun 5
File Size:
702.60 kB
Downloads:
377 x

Penjajaran KSSR Bahasa Inggeris SK Tahun 5
File Size:
720.45 kB
Downloads:
967 x

Penjajaran KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 5
File Size:
515.48 kB
Downloads:
20 x

Penjajaran KSSR Bahasa Melayu SJK Tahun 5
File Size:
813.48 kB
Downloads:
380 x

Penjajaran KSSR Bahasa Melayu SK Tahun 5
File Size:
810.30 kB
Downloads:
812 x

Penjajaran KSSR Bahasa Semai Tahun 5
File Size:
525.77 kB
Downloads:
11 x

Penjajaran KSSR Bahasa Tamil SJK Tahun 5
File Size:
949.81 kB
Downloads:
94 x

Penjajaran KSSR Bahasa Tamil SK Tahun 5
File Size:
1.06 MB
Downloads:
34 x



Penjajaran KSSR Matematik Tahun 5
File Size:
645.06 kB
Downloads:
936 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Islam Tahun 5
File Size:
1.17 MB
Downloads:
49 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5
File Size:
1003.81 kB
Downloads:
518 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Moral Tahun 5
File Size:
360.04 kB
Downloads:
336 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5
File Size:
803.10 kB
Downloads:
330 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 5
File Size:
663.18 kB
Downloads:
416 x

Penjajaran KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5
File Size:
631.83 kB
Downloads:
402 x

Penjajaran KSSR Sains Tahun 5

Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 6

Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi mata pelajaran tahun 6 berikut sudah boleh dimuat turun untuk dibuat Rancangan Pelajaran Tahunan pembukaan semula sekolah 2020.

Tahun 6

Penjajaran KSSR Bahasa Cina SJK Tahun 6
File Size:
786.70 kB
Downloads:
196 x

Penjajaran KSSR Bahasa Cina SK Tahun 6
File Size:
826.88 kB
Downloads:
46 x

Penjajaran KSSR Bahasa Iban Tahun 6
File Size:
534.15 kB
Downloads:
13 x

Penjajaran KSSR Bahasa Inggeris SJK Tahun 6
File Size:
733.16 kB
Downloads:
100 x

Penjajaran KSSR Bahasa Inggeris SK Tahun 6
File Size:
732.82 kB
Downloads:
154 x

Penjajaran KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 6
File Size:
592.57 kB
Downloads:
7 x

Penjajaran KSSR Bahasa Melayu SJK Tahun 6
File Size:
673.95 kB
Downloads:
267 x

Penjajaran KSSR Bahasa Melayu SK Tahun 6
File Size:
677.43 kB
Downloads:
545 x

Penjajaran KSSR Bahasa Semai Tahun 6
File Size:
759.92 kB
Downloads:
2 x

Penjajaran KSSR Bahasa Tamil SJK Tahun 6
File Size:
805.39 kB
Downloads:
77 x

Penjajaran KSSR Bahasa Tamil SK Tahun 6
File Size:
868.34 kB
Downloads:
27 x

Penjajaran KSSR Matematik Tahun 6
File Size:
683.83 kB
Downloads:
588 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Islam Tahun 6
File Size:
1.20 MB
Downloads:
36 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6
File Size:
1.04 MB
Downloads:
361 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Moral Tahun 6
File Size:
360.34 kB
Downloads:
237 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Muzik Tahun 6
File Size:
1013.22 kB
Downloads:
211 x

Penjajaran KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 6
File Size:
695.18 kB
Downloads:
151 x

Penjajaran KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6
File Size:
619.73 kB
Downloads:
146 x

Penjajaran KSSR Sains Tahun 6
File Size:
662.07 kB
Downloads:
499 x

Penjajaran KSSR Sejarah Tahun 6
File Size:
467.02 kB
Downloads:
138 x

Penjajaran KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6
File Size:
431.94 kB