MENU

Friday, May 22, 2020

Hari Guru 2020: Pertandingan Video Pendek


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
Tema : Hari Guru 
Anjuran         : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS).
Tarikh Tutup.   :       6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat)

Kategori:
1. Murid dan ibu bapa
2. Guru dan warga sekolah

Hadiah
1. Pertandingan Peringkat Daerah
Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian + Piala
Naib Johan RM 200.00 + Sijil Pencapaian
Ketiga RM 100.00 + Sijil Pencapaian
2. Pertandingan Peringkat Negeri
Johan RM 500.00 + Sijil Pencapaian + Piala
Naib Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian
Ketiga RM 200.00 + Sijil Pencapaian
   
  • Semua penyertaan akan diusahakan untuk menerima sijil penyertaan dalam bentuk sofcopy.
  • Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian dalam bentuk hardcopy 
  • Pihak MGB Selangor berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.


Syarat Penyertaan
1. Hasil klip video pendek itu berdurasi lebih kurang 4 minit dengan mesej yang sesuai dan jelas selari dengan tema yang telah ditetapkan serta mengikut kreativiti masing-masing.

2. Peserta juga digalakkan untuk memasukkan lencana sekolah peserta di dalam video tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Akan tetapi peserta diwajibkan memuatkan logo Majlis Guru Besar Negeri Selangor. Boleh juga didapati melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com)

3. Kapsyen (caption) video yang dimuat naik harus menarik perhatian panel-panel juri.

4. Muatnaik ke YouTube anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #videomgbselangor, #bomsmgbs, #jpnselangorterbilang,  #bomsselangorterbilang  serta pastikan akaun anda adalah ‘public’ dan tidak ‘private’.

5. Sila ambil perhatian bahawa lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi, asalkan tidak melanggar SOP PKP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa.

6.        Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia dengan syarat sekolah peserta adalah sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Konsep video adalah bebas sama ada berkonsepkan iklan, komersil TV, sketsa, dokumentari atau drama  mengikut kreativiti masing-masing. Video yang dihasilkan mestilah menjurus kepada konsep negara bangsa. 

8. Penggunaan Bahasa Melayu / Inggeris mestilah diberikan keutamaan. Akan tetapi sekiranya ada bahasa lain digunakan, sarikata (subtitle) dalam Bahasa Melayu / Inggeris mestilah disertakan.

9. Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu / mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan masyarakat.

10. Bahan penyertaan mestilah daripada karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri. Jika mengguna pakai footage video yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan video.

12. Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai trek. uzik sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

13. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap, tidak mengikut syarat atau lewat diterima.

14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.

15. Setiap karya yang dikemukakan untuk pertandingan adalah menjadi hak milik penganjur.

*Perlu diingatkan, peserta pertandingan video pendek MGBS perlu meletakkan tanda pagar (hashtag) #videomgbselangor, #bomsmgbs, #jpnselangorterbilang  #bomsselangorterbilang di dalam kapsyen (caption) anda mengikut kreativiti masing-masing.


Penilaian
Panel hakim berkecuali akan dilantik untuk menghakimi penyertaan yang layak.
Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
        a) Menepati tema                 = 30 markah
        b) Idea (isi kandungan)/ Penyampaian = 30 markah
        c) Kreativiti/ Inovasi                 = 30 markah
      d) Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak di YouTube = 10 markah
                               Jumlah markah keseluruhan = 100 markah

Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

Semua video yang diterima oleh pihak Urus setia menjadi hak milik bersama Majlis Guru Besar Selangor (MGBS).  Penganjur berhak menolak atau membatalkan kemenangan mana-mana video yang tidak menepati objektif penganjuran atau mengandungi unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat.

Kandungan video mestilah kreatif dan menarik serta menepati tema yang diberikan.

Hak Milik

1. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.

2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan. 

3. Video yang menyertai pertandingan ini masih menjadi hak milik bersama penggiat video kecuali bagi video yang memenangi pertandingan ini. Pihak penganjur berhak menggunapakai atau membuat sebarang perubahan mengikut kesesuaian dan keperluan terhadap video yang menyertai pertandingan ini.

4. Video yang memenangi pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) sepenuhnya dan  boleh diguna pakai untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain promosi.

5. Peserta adalah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.

Penyertaan
1. Borang Penyertaan secara Google Form akan mula dikeluarkan melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com mulai 31 Mei 2020.
2. Peserta boleh menghantar penyertaan seberapa banyak video yang mungkin, namun hanya satu  hadiah sahaja yang layak dimenangi sekiranya terpilih.

3. Peserta perlu memuat naik video di YouTube.

4. Salah satu kriteria (markah 10%) pemenang akan dikira melalui jumlah ‘like’ dan ‘view’ terbanyak yang diperolehi dari YouTube

5.          Peserta yang bertanding boleh mengadakan promosi di mana-mana media untuk mendapatkan ‘like’ dan ‘view’ terbanyak itu.     

5. Tarikh  akhir penghantaran penyertaan dan pertandingan ialah pada jam 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat).

6. Jumlah ‘like’ dan ‘view’ terbanyak di YouTube itu adalah sehingga jam 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat).

7. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En Megat Pauzi Ibrahim (013-2528803) atau En Rosman Mansoor (012-3050121).


Terima kasih.

SUKIMIN BIN JUKI
Yang Dipertua,
Majlis Guru Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment