MENU
▼
Sunday, May 31, 2020
Saturday, May 30, 2020
Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 MEI 2020
https://t.me/MKNRasmi/2618
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi), [May 30, 2020 at 5:14 PM]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊
Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 MEI 2020
Kes baharu dilaporkan: 30
Perincian kes baharu:-
--> 3 kes import (0 BWN, 3WN)
--> 27 kes penularan tempatan (17 BWN, 10 WN)
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,762
Jumlah kes aktif: 1,317
Kes sembuh: 95
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,330 (85.42%)
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 9 (Seramai 2 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Kematian: 0
Jumlah keseluruhan kematian: 115 (1.48%)
Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
- CPRC KKM
Sent from my iPhone
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi), [May 30, 2020 at 5:14 PM]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊
Ringkasan Kes COVID-19 pada 30 MEI 2020
Kes baharu dilaporkan: 30
Perincian kes baharu:-
--> 3 kes import (0 BWN, 3WN)
--> 27 kes penularan tempatan (17 BWN, 10 WN)
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,762
Jumlah kes aktif: 1,317
Kes sembuh: 95
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,330 (85.42%)
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 9 (Seramai 2 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Kematian: 0
Jumlah keseluruhan kematian: 115 (1.48%)
Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
- CPRC KKM
Sent from my iPhone
Hari Guru 2020: Borang Penyertaan Pertandingan Video Pendek
Sila klik Borang Penyertaan untuk memasuki peraduan. https://forms.gle/pW2ZgTJ5j5Ur2AfC6
Hari Guru 2020: Pertandingan Video Pendek
Tema : Hari Guru
Anjuran : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS).
Tarikh Tutup : 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat)
Kategori:
- Murid dan ibu bapa
- Guru dan warga sekolah
Hadiah:
Pertandingan Peringkat Daerah
Pertandingan Peringkat Negeri
- Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian + Piala
- Naib Johan RM 200.00 + Sijil Pencapaian
- Ketiga RM 100.00 + Sijil Pencapaian
Pertandingan Peringkat Negeri
- Johan RM 500.00 + Sijil Pencapaian + Piala
- Naib Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian
- Ketiga RM 200.00 + Sijil Pencapaian
Friday, May 29, 2020
https://t.me/MKNRasmi/2612
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi), [May 29, 2020 at 6:10 PM]
#COVID19 🇲🇾 Daripada 103 kes baharu, 7 adalah kes import dan 96 kes penularan tempatan.
Daripada 96 itu, 84 kes bukan warganegara dan hanya 12 kes melibatkan warganegara.
Berikut pecahan kes baharu import dan penularan tempatan mengikut negeri.
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi), [May 29, 2020 at 6:10 PM]
#COVID19 🇲🇾 Daripada 103 kes baharu, 7 adalah kes import dan 96 kes penularan tempatan.
Daripada 96 itu, 84 kes bukan warganegara dan hanya 12 kes melibatkan warganegara.
Berikut pecahan kes baharu import dan penularan tempatan mengikut negeri.
Sunday, May 24, 2020
Friday, May 22, 2020
Hari Guru 2020: Pertandingan Video Pendek
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
Tema : Hari Guru
Anjuran : Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS).
Tarikh Tutup. : 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat)
Kategori:
1. Murid dan ibu bapa
2. Guru dan warga sekolah
Hadiah
1. Pertandingan Peringkat Daerah
Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian + Piala
Naib Johan RM 200.00 + Sijil Pencapaian
Ketiga RM 100.00 + Sijil Pencapaian
2. Pertandingan Peringkat Negeri
Johan RM 500.00 + Sijil Pencapaian + Piala
Naib Johan RM 300.00 + Sijil Pencapaian
Ketiga RM 200.00 + Sijil Pencapaian
- Semua penyertaan akan diusahakan untuk menerima sijil penyertaan dalam bentuk sofcopy.
- Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian dalam bentuk hardcopy
- Pihak MGB Selangor berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.
Syarat Penyertaan
1. Hasil klip video pendek itu berdurasi lebih kurang 4 minit dengan mesej yang sesuai dan jelas selari dengan tema yang telah ditetapkan serta mengikut kreativiti masing-masing.
2. Peserta juga digalakkan untuk memasukkan lencana sekolah peserta di dalam video tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Akan tetapi peserta diwajibkan memuatkan logo Majlis Guru Besar Negeri Selangor. Boleh juga didapati melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com)
3. Kapsyen (caption) video yang dimuat naik harus menarik perhatian panel-panel juri.
4. Muatnaik ke YouTube anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #videomgbselangor, #bomsmgbs, #jpnselangorterbilang, #bomsselangorterbilang serta pastikan akaun anda adalah ‘public’ dan tidak ‘private’.
5. Sila ambil perhatian bahawa lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi, asalkan tidak melanggar SOP PKP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa.
6. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia dengan syarat sekolah peserta adalah sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Konsep video adalah bebas sama ada berkonsepkan iklan, komersil TV, sketsa, dokumentari atau drama mengikut kreativiti masing-masing. Video yang dihasilkan mestilah menjurus kepada konsep negara bangsa.
8. Penggunaan Bahasa Melayu / Inggeris mestilah diberikan keutamaan. Akan tetapi sekiranya ada bahasa lain digunakan, sarikata (subtitle) dalam Bahasa Melayu / Inggeris mestilah disertakan.
9. Hasil karya TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu / mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan masyarakat.
10. Bahan penyertaan mestilah daripada karya asal peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri. Jika mengguna pakai footage video yang sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan video.
12. Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai trek. uzik sedia ada di pasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
13. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap, tidak mengikut syarat atau lewat diterima.
14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
15. Setiap karya yang dikemukakan untuk pertandingan adalah menjadi hak milik penganjur.
*Perlu diingatkan, peserta pertandingan video pendek MGBS perlu meletakkan tanda pagar (hashtag) #videomgbselangor, #bomsmgbs, #jpnselangorterbilang #bomsselangorterbilang di dalam kapsyen (caption) anda mengikut kreativiti masing-masing.
Penilaian
Panel hakim berkecuali akan dilantik untuk menghakimi penyertaan yang layak.
Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
a) Menepati tema = 30 markah
b) Idea (isi kandungan)/ Penyampaian = 30 markah
c) Kreativiti/ Inovasi = 30 markah
d) Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak di YouTube = 10 markah
Jumlah markah keseluruhan = 100 markah
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
Semua video yang diterima oleh pihak Urus setia menjadi hak milik bersama Majlis Guru Besar Selangor (MGBS). Penganjur berhak menolak atau membatalkan kemenangan mana-mana video yang tidak menepati objektif penganjuran atau mengandungi unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat.
Kandungan video mestilah kreatif dan menarik serta menepati tema yang diberikan.
Hak Milik
1. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.
2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
3. Video yang menyertai pertandingan ini masih menjadi hak milik bersama penggiat video kecuali bagi video yang memenangi pertandingan ini. Pihak penganjur berhak menggunapakai atau membuat sebarang perubahan mengikut kesesuaian dan keperluan terhadap video yang menyertai pertandingan ini.
4. Video yang memenangi pertandingan akan menjadi hak milik Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) sepenuhnya dan boleh diguna pakai untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain promosi.
5. Peserta adalah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
Penyertaan
1. Borang Penyertaan secara Google Form akan mula dikeluarkan melalui blog Majlis Guru Besar Selangor di http://mgbselangor.blogspot.com mulai 31 Mei 2020.
2. Peserta boleh menghantar penyertaan seberapa banyak video yang mungkin, namun hanya satu hadiah sahaja yang layak dimenangi sekiranya terpilih.
3. Peserta perlu memuat naik video di YouTube.
4. Salah satu kriteria (markah 10%) pemenang akan dikira melalui jumlah ‘like’ dan ‘view’ terbanyak yang diperolehi dari YouTube
5. Peserta yang bertanding boleh mengadakan promosi di mana-mana media untuk mendapatkan ‘like’ dan ‘view’ terbanyak itu.
5. Tarikh akhir penghantaran penyertaan dan pertandingan ialah pada jam 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat).
6. Jumlah ‘like’ dan ‘view’ terbanyak di YouTube itu adalah sehingga jam 6.00 petang, 26 Jun 2020 (Jumaat).
7. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En Megat Pauzi Ibrahim (013-2528803) atau En Rosman Mansoor (012-3050121).
Terima kasih.
SUKIMIN BIN JUKI
Yang Dipertua,
Majlis Guru Besar Selangor.
Tuesday, May 19, 2020
Monday, May 18, 2020
Saturday, May 16, 2020
Ucapan Selamat Hari Guru 2020 Daripada Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU
Friday, May 15, 2020
Selamat Hari Guru 2020
Majlis Guru Besar Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pendidik terutamanya buat para Guru Besar.
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
Pada tahun ini terasa kelainan cara sambutan apabila ia dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi sesi pertemuan.
Thursday, May 14, 2020
COVID-19: Sumbangan RM20,000.20 MGB Selangor Untuk Frontliners
14 Mei 2020: Akhbar SINAR HARIAN. Alhamdullilah kami dari Majlis Guru Besar Selangor dan Majlis Guru Besar Daerah-daerah seluruh Selangor dapat menyumbangkan RM20 000.20.