MENU

Sunday, March 29, 2020

COVID-19: Survei Tentang Kesediaan Murid dan Keluarga Terhadap Pembelajaran Secara Dalam Talian

Tiada penerangan foto disediakan.
As salam dan selamat sejahtera,
Kementerian Pendidikan sedang mengadakan Survei Tentang Kesediaan Murid dan Keluarga Terhadap Pembelajaran Secara Dalam Talian.
Setakat ini ia telah mencapai sejumlah hampir 500k responden. KPM mengharapkan agar bilangan responden dapat mencecah sekurang-kurangnya 1 juta apabilaia ditutup pada hari Selasa, 3 April 2020.
Mohon kerjasama semua untuk sama-sama berganding bahu menyebar dan memohon para ibubapa mengisi borang survei ini https://surveymurid.moe.edu.my/
Semua maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT untuk kegunaan KPM semata-mata dan tidak diedarkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Selain itu Jabatan Perangkaan Malaysia juga mengalu-alukan semua penduduk Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas memberikan kerjasama dengan menyertai Survei Khas Kesan COVID-19 Terhadap Ekonomi dan Individu di pautan ini https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSM.
Terima kasih.
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM)
29/3/2020
Imej mungkin mengandungi: teks


Tiada penerangan foto disediakan.

No comments:

Post a Comment