MENU

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Respon 2

MGB terpanggil untuk sama-sama berganding bahu bersama kerajaan membendung penularan virus COVID-19 dengan cara menyebarkan maklumat.  Semoga ia membantu.

Cadangan sebaran info kepada guru, AKP, PIBG dan semua ibubapa/penjaga.


As salam dan selamat sejahtera,

Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu esok hingga 31 Mac 2020 (Selasa) di seluruh negara maka dimaklumkan bahawa pejabat sekolah dan sekolah akan ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Hanya Pengawal Keselamatan dan Kakitangan Pembersihan yang akan bertugas. Selain daripada mereka, tidak dibenarkan sebarang kemasukan ke kawasan sekolah dalam tempoh itu kecuali dengan izin Guru Besar terlebih dahulu.

Sila patuhi ketetapan kerajaan dari masa ke masa.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar

No comments:

Post a Comment